Monday, March 28, 2011

177. Szechuan Hot N Spicy Soup



Kjee selalu makan soup ni kalau restoren Chinese muslim. Tapi bahan2 yang dia orang gunakan tak sama. Selalu dia orang bubuh sayur sawi jeruk bahagian batangnya yang putih dan rangup tu. Ala sawi jeruk cina yang ada orang bubuh dalam asam pedas. Pastu dia orang guna udang.

Bagaimanapun, sawi jeruk dan udang tak der dalam fridge. So Kjee hantam sajalah bubuh apa yang ada kat rumah. Rasa dia sama jugak. Sedap dan berpeluh2 makan. Kjee bubuh cili api yang warna merah tu. Kalau resipi orginal, dia orang guna Szechuan Red Pepper Corns. Tapi jenuh dah cari tak jumpa.

Okay kita intai resipi.

BAHAN2NYA:
4 biji telur (poached)
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar udang kering
cendawan telinga tikus (direndam)
fucuk (kjee guna jenis yang keras. rendam hingga lembut)
2 biji kentang dipotong empat setiap satu
1 cube ikan bilis knorrs (boleh guna ayam atau daging)
garam
serbuk perasa
cili api ikut kepedasan
1 keping asam keping

CARA:

Poach telur. Teknik poach ialah jerang air dalam periuk. kemudian pecahkan telor masukkan perlahan2dalam air yang telah dicampur sedikit cuka. Jangan dikacau. Apabila kuning telor dah keras, keluarkan dan cepat2 bubuh dalam bekas berisi air paip. Buat sampai semua telah telah di poach.
 Tumis bawang putih guna sedikit minyak dan campakkan sekali udang kering. Kemudian bubuhlah tiga atau empat cawan air. Kjee guna dua koleh stainless steel.

Bila air mula mengelegak, masukkan kentang dan cendawan telinga tikus yang telah dikerat2. Masukkan juga fucuk dan terus biarkan ia mengelegak. Kemudian masuskkan cili api yang telah dibelah dua, cube ikan bilis dan sedikit garam dan serbuk perasa.

Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping dan biar terus masak sambil perlahankan api. Masukkan telor dan jangan kacau. Biarkan ia mendidih perlahan. rasa. Pastu padamlah api.
 
Kalau suka boleh bubuh sohun. Tapi resipi ori tak bubuh.

Related Posts:

  • THAI OX TAIL SOUP                Ini favorite UnclePali. Selalunya balik dari kerja, mesti singgah kat Niara Tomyam berhampiran rumah kami. Seminggu tiga kali.  Dia akan beli satu bungkus baw… Read More
  • KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni. Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee b… Read More
  • SUP AYAM JAGUNG MANIS Abaikan jari jemari king kong. Hehehe Dah banyak kali Nadia sebut pasal Sweet Corn Soup, tiap kali kami melintasi sebuah restoran di Setapak yang kini sudah tiada. Kalau ke restoran tersebut, Nadia mesti order satu m… Read More
  • SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) b… Read More
  • SUP CENDAWAN SHITAKE SEGAR         Kalau ke restoran untuk menikmati makanan Barat atau Western, Mushroom Soup sudah pasti menjadi pilihan untuk mengiringi makanan. Tetapi, apakah semua restoran tersebut menyediakan sup … Read More

4 comments:

  1. selalu nor beli paket yang magi atau pun knor masak macam magi segera kali ni nor nak buat coz resepi kjee dah bagi....norasmah

    ReplyDelete
  2. Nampak ada ikan goreng cekik leher kat tepi mangkuk tuh..perghh lauk ni lawan pulak dengan lada kering goreng... mamah macam makan ulam gitu...

    ReplyDelete
  3. gie bru je blajo teknik poach ni lam magazine ..apa ya tak ingat... so lps ni leh try ngan resepi Szechuan k.gee ni...

    ReplyDelete
  4. macam sayur chap chai sikit cuma chap chai kering sikit yang ni ada soupnya, aku bab sayur-sayur ni memang suka.

    ReplyDelete