Saturday, June 25, 2011

DAGING GORENG KUNYIT







Kjee selalu makan lauk ni tapi tak percaya buat. Pelikkan, menu semudah ini? Tapi untuk berbuka puasa semalam, Kjee cubalah buat. Inilah lauk pilihan kami bertiga kalau pergi makan di gerai orang Kelantan yang jual Nasi Dagang dan sewaktu dengannya untuk bekfas.

Tapi heran bin ajaib. Kenapa hasil daging kunyit yang Kjee buat semalam tak sama rupanya dengan yang kami makan selama ini? Bezanya cuma pada rupa tapi rasa ngam pulak.

Mungkin Kjee jer rasa lain. Kjee tengok tangan Nadia dan Unclepali tak henti2 mencapai masa makan. Okaylah kot.

Kerana Kjee hari ni masih dalam mood bersedih dan berkabung, tak naklah bebel banyak2. Jom kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:

300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)
garam secukup rasa

CARA:

Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.

Itu cara Kjee buat. Selamat mencuba.








Related Posts:

  • ASAM REBUS DAGING MELAKA Tak tahulah Kjee samada lauk ni milik orang Melaka ke tidak. Tapi inilah resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda. Tapi dia guna daging tetel yang sedap tu tapi tak sihat. Kjee guna daging batang pinang sebab itu jer lah y… Read More
  • DAGING MASAK NEGRO? Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak n… Read More
  • KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH Dah banyak kali Kjee masak Daging Daun Selasih atau bahasa Thai,  daun Kaprau atau Sweet Thai Basil. Kjee ingat lagi, kali pertama Kjee buat letak paste tomyam yang merah tu. Sedap jugak. Tapi minggu lep… Read More
  • ASAM REBUS TETEL GAYA MELAKA? Kjee mana gambar asam rebus tetel aritu, tanya fren FB Kjee. Ohhh belum masuk lagi dalam blog ker? Well, sehari dua ni Kjee sibuk sangat. Sibuk melayan gastrik yang tetiba menyerang. Jadi terlupalah pulak kewuj… Read More

10 comments:

  1. antara menu fav E-na ni...senang dan sedap di mkn!

    ReplyDelete
  2. menarik dan tertarik.... tapi sayang masih dalam pantang.... x boleh makan daging..... huhuhu

    ReplyDelete
  3. liza: dalam pantang tak boleh makan daging? isyhh x pernah dgr pun.

    ReplyDelete
  4. kjee bkn pntang bersalin..... hehhee pantang sakit lain....

    ReplyDelete
  5. afiq suka daging atau ayam goreng kunyit. aku pun selalu masak ni.

    ReplyDelete
  6. kak jee...kak jee letak minyak tak?kalu nak garing ncantik..pas air daging kering,tarok minyakskit..pastu baru masukkan bawang n semua2 bahan lain..tu la yang jadi sedap..style kelantancamtuhla...

    ReplyDelete
  7. mula2 kjee goreng separuh masak, pastu terus bubuh air, keringkan air tu. minyaknya masih banyak.

    ReplyDelete
  8. salam kak jee
    just nk share cara org klate buat lauk ni
    daging dipotong,gaul garamkunyit,campak dlm kuali dan biarkan sampai airnya kering,pastu baru masukkan minyak..jngn banyak sangat,just cukup2 mcm buat telur mata kerbau tu jer(bkn deep fry),kacau seketika,pastu baru masukkan bwg,cili dan kacang..tu jer.daging kena yg lembut,baru sedap.klu org klate dia goreng daging lembut yg ada lemak tk hancur utk resepi nih...selamat mencuba semula..norma,kuantan(asal klate deh...ha..ha..)

    ReplyDelete
  9. terima kasih norma. lain kali cuba cara awak tu.

    ReplyDelete
  10. terima kasih semua. my hubby memang suka lauk ni tapi saya tak tau camne nak buat. nasib baik come across k.jee nye blog. It looks so simple n nice. Akan cuba secepat mungkin.

    ReplyDelete