Saturday, June 25, 2011

ROTI BUN ANAK DARA







Hari ni hari rajin Nadia. Baru saja siap roti ni dia buat, dia buat pulak eggless moist chocolate cake. Puaslah dua tiga hari ni kami makan roti. Dah dekat dua bulan Nadia tak buat roti sebab sibuk belajar untuk exam. Semalam dia buat roti benggali aka roti paun aka roti putih.

Roti ni sourcenya dari CMG dan MamaFami. Terima Kasih.

Malas nak ghebang lama2. Jom kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:
240 gms tepung hi protein (tepung roti)
60 gm superfine flour (tepung gandum kata CMG pun, boleh)
50 gms gula castor
30 gm butter
10 gms susu tepung
150 ml air
1 butir telor
2 sudu kecik yeast
½ sudu kecik bread improver
½ sudu kecik bread softerner
5 gms garam
inti ikut suka

CARA:
Kjee guna breadmaker. Kalau tak ada bm, cuba tengok resipi CMG dalam blog Dapur Tanpa Sempadan http://tiffinbiru.blogspot.com/atau blog mamafami http://mamafami.blogspot.com/  

Masukkan semua bahan satu persatu bermula dengan bahan basah ke dalam tin breadmaker. Kemudian set pada doh dan tunggu selama masa yang ditetapkan. Brand Amway mengambil masa 1½ jam. Lepas tu keluarkan doh dan bubuh dalam besin alluminium dan tumbuk angin pada doh itu sampai leper.

Kemudian biarkan kira2 20 minit dengan ditutup towel dapur yang bersih. Selepas itu bahagikan ikut suka bulat2. Pastu leperkan dan bubuhlah inti dan bulatkan sekali lagi. Susun atas tray pembakar yang telah disapu merjerin dan ditaburkan tepung. Jangan susun rapat2 sebab roti akan naik sehingga sekali ganda. Biarkan selama 40 minit atau dirasakan sudah cukup naik.

Sapu telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit susu segar diatas roti dan bakar selama 20 hingga 25 minit guna suhu 160 degree. Bila dah nampak cantik warna keemasan, keluarkan dan sapukan pula mentega ketika ia masih panas. Cubalah. sangat berbaloi.





Related Posts:

  • ROTI BUN ANAK DARA Hari ni hari rajin Nadia. Baru saja siap roti ni dia buat, dia buat pulak eggless moist chocolate cake. Puaslah dua tiga hari ni kami makan roti. Dah dekat dua bulan Nadia tak buat roti sebab sibuk belajar untuk exam. S… Read More
  • GARLIC BREAD A.K.A. ROTI BAWANG PUTIH Garlic bread atau roti bawang putih sedap dimakan dengan segala jenis sup atau stew. Roti yang digunakan pulak ikut citarase masing-masing. Boleh guna roti perancis, roti burger, roti hotdog yang ada ke tak ke bijan … Read More
  • CEDDAR CHEESE BUNS OLEH NADIA Ini dia doh yang sudah sudah diuli oleh breadmaker Angin meroti sudah kembali. Semalam Nadia buat roti buns ceddar. Dapat ibu saudaranya Faridah dan nenek sedaranya Arpah makan untuk sarapan. Resipi asalnya potato bre… Read More
  • AT LAST DAPAT JUGAK RASA TUNA MAYO ROLLS! Setelah sekian lama termengidam nak makan Tuna Mayo Rolls, Nadia buatlah jugak untuk Kjee malam tadi. Tetapi hasilnya taklah sama cam yang dibuat oleh tuan punya resipi Che Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan yang femes sea… Read More
  • JANGAN TERBABAS GUNTING MUNCUNG ACUAN YER Ini Unclepali buat tau. Kasar2 bukan salah dia tapi tersilap potong muncung acuan. Kjee pasti sehari dua ni ramai yang dah dapat acuan roti jala yang korang pesan. Ingin Kjee beritahu, jangan berani2 sangat gunting ata… Read More

3 comments:

  1. Sakam kak Jee.Kita datang dgn sepinggan roti jala yang dibuat hari ni ikut resepi kak jee.Memang lembut dan sedap.Kita pun nampak link kat bawah tu.A milion thanks kerana sudilink ya kak jee.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak jee rajin nadia ,BM sy duk tido tu sebab tuannya M sangat hehehe cantik roti yg nadia buat mcm kat bakery gitu hehehe

    ReplyDelete
  3. jee cantik betul roti yang nadia buat ni menjadi betul ye tangan nadia.

    ReplyDelete