Monday, June 20, 2011

SAMBAL CUMIT CUMIT (EH BETUL KER)


 Korang kenal ke Cumit Cumit? Cumit Cumit ni sejenis sotong kenit yang dia orang keringkan. Segala isi perut cumit tidak dibuang. Kalau nasib tak baik,  masa masak, keluarlah dakwat hitam sotong tu dan sambal menjadi hitam. Sebab itulah kot kena rebus dulu.
Tapi masa Kjee masak hari tu nampaknya nasib baik sikit. Dakwat dia tak bocor. So warna sambal Kjee boleh lah tahan.

Kjee belajar makan cumit cumit ni dari mak mertua Kjee masa Kjee mula2 kahwin dengan Unclepali dulu. Kjee tengok dia tengah godek2 buat sambal kat dapur. Kjee pun menyibuklah. First time dalam hidup Kjee tengok cumit. Punyalah excited. Pastu bila makan, kena pulak dengan tekak.

Bila nak balik KL, mak pun bagilah sepeket cumit cumit kering. Dia ajar camner nak buat. Hmm lepas tu, Kjee pandai cari sendiri. Kjee beli cumit cumit di kedai ikan kering Soon Cheong Marine Products di NSK, Selayang.

Kalau pergi Soon Cheong memang gelap mata. Banyaknya variety ikan kering, bilis, udang kering dan yang sewaktu dengannya. Murah pulak tu. Kjee paling suka beli ikan talang kering. Seekor besar baru belas ringgit jer. Masak kari sedap giler.

Isyhh dah tersasar pulak. Berbalik kepada cumit cumit ni, cara masak dia sama cam buat sambal biasa. Tapi kena cuci dan rebus kira-kira 15 minit. Kemudian toskan airnya. Pastu buatlah sambal macam biasa. Bila sambal dah hampir siap, masukkan cumit yang telah direbus.Masaklah lagi kira-kira 10 minit dan padam api.

Kalau korang nak jugak resipi, boleh tengok sini. Itu resipi sotong dengan terung pipit. Kalau korang nak bubuh terung pipit pun okay, tak bubuh pun tak per. Polis sure tak tangkap. Hehehe

Sedap sangat makan dengan nasi panas2 atau pun nasi impit ataupun lempeng. Kecur lak. Esok lusa nak gi Soon Cheong. Nak beli ikan talang sekali. Lama tak buat kari ikan talang masin.

Related Posts:

  • BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge. Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung un… Read More
  • SOTONG GORENG KUNYIT MEMBUKA SELERA Ini antara lauk yang Kjee suka masak sebab my husband dan doter suka sangat makan. Kekadang Kjee buat Ayam goreng kunyit. selalunya Kjee bubuh kacang panjang tapi hari ini Kjee letak kacang buncis. S… Read More
  • SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili. Mudah dimasak, sedap dan … Read More
  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • SOTONG KENIT AKA CUMIT2 GORENG GARING Tadi ketika Kjee berlegar2 kat Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor, Kjee sampai di gerai jual sotong dan udang. Mata Kjee liar cari udang 'lain dari yang lain'. Sebabnya Kjee dah boring asyik makan udang yang species sam… Read More

8 comments:

  1. sedap nye kak Jie. kalau makan ni anak2 suka janggut tu, berebut2.
    panggil cumit2 ek ....comel je sebut

    ReplyDelete
  2. cumit2? x penah dengar n x penah makan...jakun ekk??camne rasa die kak jee?

    ReplyDelete
  3. eina: rasa macama sotong keringlah.

    ReplyDelete
  4. Mmg slalu gi NSK tapi xpernah lak singgah kat ikan kering tu...xper pasni mesti singgah, hehehe...

    Ooo lupa, hi Kjee, ni 1st comment asernya, slalu jd silent reader jer...:)

    ReplyDelete
  5. ala kak jee.. maklong baru balik dari kedai tu..
    beli udang kering dan ikan kering.. lain kali nak beli cumit2 ni pulak.. nak masak macam kak jee ni.. macam sedap je..

    ReplyDelete
  6. maklong: suka alah maklong ni. rajin sangat masak2 walaupun sibuk ngan cucu2 kenit. hehehe Shikin: rajin2 lah komen. join geng kaki komen. hehehe

    ReplyDelete
  7. kak jee..
    Wallah tu favourite saya tu sotong tu..tapi kat sini kita panggil sotong kering jer. ohh kena rebus dulu yer..saya selalunya rendam jer .

    ReplyDelete
  8. saya panggil cumi-cumi..

    ReplyDelete