Wednesday, June 29, 2011

SOTONG KANGKUNG SOS MANIS PEDAS


Kjee sebenarnya dah lama tak makan sotong kangkung samada kat kedai ataupun buat sendiri. Banyak bahaya makan kangkung ni selain sejuk dan berangin. sila tengok ni dan tak tahulah Kjee korang sanggup ke tidak makan kangkung lagi. Tetapi kalau anda hati2 ketika mencuci sayur kangkung, rasanya okaylah kot.

Kjee tak tahu kenapa peniaga jual sepinggan sotong kangkung mahal. Sotong kembang tu bukanlah mahal sangat. Kalau tak silap kjee, seekor tak sampai RM2, pastu kangkung sekilo tak sampai RM2.50. Dia orang bubuh setangkai dua jer kangkung. Pastu belanja sos pun taklah tinggi sangat. Tapi kalau kita pergi intai gerai2 yang jual sotong kangkung, ada yang mencecah sampai RM5 hingga RM6 sepinggan. Sotongnya dibubuh ciput lak tu.

Oklah, kalau ada yang minat nak buat, sos sotong kangkung Kjee sama dengan sos tahu bakar.
 BAHAN2NYA::

sotong kembang
kangkung
bijan yang telah disangai.

CARANYA:
Sotong dicelur dalam air panas kira2 7 minit. Pastu toskan dan dipotong ikut citarasa. Selalunya selebar jari manis. Kangkung dipetik daun dan batangnya dan cuci bersih pastu dicelur kira-kira 5 minit dalam air panas sama seperti celur sotong. Timur dihiris ikut suka.

Susun atas pinggan sotong, kangkung dan timun ikut citarasa. Pastu curahkanlah sosnya. Taburkan bijan yang telah disangai. Itu jer. Senang kan. Sebab itu kjee marah sangat kenapa mahal sangat dia orang jual.

BAHAN2 SOS:
 
sotong kembang dari cik google
Semuanya ada lima item...sama sukatan. Kalu guna cawan pastikan cawan yang sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air sejuk (paip).

Campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai  mendidih. Pelankan api sampai dapat kepekatan yang kita nak.

Itu resipi asal member tu. Tapi kjee ni buat sikit perubahan. Sebenarnya, cili kering yang dikisar tu tak boleh nak agak kepedasannya. Jadi Kjee hati2 bila mencampurnya. Kekadang ¾ cawan dan kekadang ½ jer. Gitu juga dengan petis. Kekadang ½ cawan jer takut masin sangat.

Pastu Kjee ubah lagi. Cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, Kjee campur dulu dengan air sejuk satu cawan tadi dan Kjee tapiskan ke dalam periuk. Sebab? Kan masa kita blend cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sangat sebenarnya. Jadi, bila ditapis ngan air tadi kita akan dadapat hasil sos yang halus dan cantik.

Oh ya lupa nak bagitau. Sos ni boleh simpan lama dalam fridge dengan syarat korang tak habiskan. Boleh digunakan untuk tahu bakar (resipi klik sini), rojak buah atau yong taufoo.





Related Posts:

  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • TAHU BAKAR SOS PEDASkjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar. ini antara makanan favorite kjee.… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5 Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti. Semalam Kjee ajak UnclePali per… Read More
  • SIMPLE TAPI SEDAP Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak maka… Read More
  • SOTONG GORENG SAMA KUNYIT...SEDAPLAH EH Kalau beli sotong, Kjee selalu ketandusan idea nak masak apa. Hari tu Kjee beli sebab nak masak sambal bubuh petai. Tapi tetiba ubah fikiran buat pulak sambal udang petai. Dah seminggu Sotong tu duduk bertapa d… Read More

9 comments:

  1. bestnya kakjee..selalu kalau sotong kembang ni buat sambal tumis je...bleh tukar menu lain kali....:)

    ReplyDelete
  2. sotong kembang tak sedap buat sambal tumis. nak kena guna sotong kering yang kita rendam sendri baru sedap.

    ReplyDelete
  3. alamak gee akak cari acc gee bagai nak rak...akhir dpt jugak...macam mana nak jadi teman gee di alam cyber ni enh..kak emi suka baca tulisan gee dari gee zaman wartawan lagi...fb kak emi: emi hamidah..

    ReplyDelete
  4. Saya Mau tau mana Saya boleh cari tempat ini?
    Terima kasih.
    Joe

    ReplyDelete
  5. Sorry joe, ini masa saya meniaga dulu.So

    ReplyDelete
  6. sotong kembang ni mahal kak jee, sekilo rm15, seekor dlm rm7-8 mmg mhal

    ReplyDelete
  7. Sos buat sendiri lagi best saya dah cuba kicap masin+kicap manis+sos tiram sedikit lime jus dan cili api dan tabur kan badam kisar dan kacang tanah

    ReplyDelete