Tuesday, August 23, 2011

AMY TERKEJUT NABILA FAIL CERAI!



Amy Search
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. -mStar

Related Posts:

  • DIBUNUH SEBAB TOLAK AJAKAN SEKS Oleh NORHAYATI YAHAYAnorhayati.yahaya@kosmo.com.myGAMBAR fail menunjukkan anggota polis menjalankan siasatan di tempat mayat Nurul Awatif dibakar di Jalan Bukit Belacan, Ampang Jaya pada 5 September lalu.SHAH ALAM – Polis s… Read More
  • KEADAAN AHMAD JAIS SEMAKIN STABILAlhamdullilah. Itulah berita yang baru Kjee terima dari seorang rakan. Katanya beberapa teman artis telah pergi menziarah Datuk Ahmad Jais tadi. Selain Datuk Ahmad Jais, Kjee difahamkan Datuk Yahaya Sulong (yang Kjee panggil… Read More
  • HARGAILAH NYAWA. JANGAN BERGELUT DENGAN PERAGUT! ehsan cik google Kes ragut masih berleluasa di mana2 tak kira bandar besar mahupun di pekan2 kecik. Setiap kali Kjee nampak kaum wanita jalan sambil melenggang dengan beg tangan dikepitkan di celah ketiak, Kjee selalu seram… Read More
  • KLIP BERITA 27 SEPT 2011 Mangsa lif terhempas hadapi risiko keguguranKUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang cedera setelah lif dinaikinya di sebuah pusat beli-belah di Selayang terhempas, dekat sini malam tadi, mung… Read More
  • DIANA PAKAI TUDUNG SETELAH MIMPI KIAMATOleh KEMALIA OTHMAN Wajah terbaru Diana AmirPETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiam… Read More

0 comments:

Post a Comment