Saturday, December 17, 2011

ROTI BAKAR SPECIAL DI TAMBUN, IPOH



Roti Bakar dengan telor separuh masak

Roti Benggali



Hari kedua di Ipoh, bangun pagi terasa nak cari sarapan di kawasan berhampiran Tambun, tempat penginapan kami. Tak berani nak ronda jauh2 cari bekfas takut sesat. Tetiba Kjee ternampak satu foodcourt. Unclepali drive perlahan2 cari parking. Nampak gerai hujung sekali yang menawarkan roti bakar special.



Roti bakar Kaya

Ramainya orang. Biasalah, kalau ramai orang makanan gerenti sedap. So kami pun duduk. Rata2 semua pelanggan kat situ makan roti bakar. Wah mesti rasanya lain daripada yang lain. Kemudian Kjee nampak orang kat meja sebelah makan roti bakar yang tebal. Siap ada telor setengah masak atas roti bakar tu. Teringat Kjee pada Half Boiled Egg dan Toast di Pakli Kopitiam yang sangat2 Kjee suka!

Kjee dan Unclepali order yang sama. Sementara menunggu, Unclepali ambil nasi lemak bungkus atas meja. Kjee rasa sikit. Sedap! Nasinya ada rasa lemak. Tak macam sesetengah nasi lemak bungkus di KL yang nasinya hanya nasi putih baisa.

Hayati bersama anaknya
Dato Hafifi order mi goreng basah dari gerai sebelah. Sementara menunggu order kami, tetiba tauke kedai datang ke maja Kjee. "Ini kak Fauziah Samad ker? Saya Hayati, fren FB Kjee.." Ewah, sampai ke sini rupa2ny ada fren FB Kjee.

Seronok sangat dapat bertemu in real life. Selalu merapu kat FB jer kan.

Kemudian roti bakar kami sampai. Hmmm memang menepati citarasa Kjee. Rotinya tebal dan dibakar garing. Kemudian ada sebiji telor setengah masak, tertenggek diatas roti bakar. Kjee pun keluarkan ajishio pepper dari dalam beg tangan. Kjee memang sentiasa bawa ajishio pepper ni sebab Unclepali suka sangat order telor separuh masak. Kami tak suka kalau makan dengan lada sulah dan kicap.

Keenakan roti bakar semestinya pada rotinya. Menurut Hayati, roti itu memang ditempah khas dari pembekal yang sudah lama terkenal membuat roti. Menurut, kalau guna roti zaman ini, hasilnya tak sedap.

Selepas makan mi goreng, Dato Hafifi order pulak roti kaya. Kjee amik sepotong. Sedap jugak.

Lain kali datang Ipoh, gerai Hayati ini mesti kami singgah. Patutlah ramai pengunjung. Memang sedap.


Related Posts:

  • LAWA KAN GAMBAR NI TETAPI ...... Omputih kata..LOOKS CAN BE VERY DECEIVING Dah lama sangat tak buat Spaghetti Bolognaise. So seandainya singgah di restoran yang jual makanan favorite Kjee tu, tak tergamak rasanya tak order. Itulah yang terjadi for d… Read More
  • JJCM - CENDOL PAK SU DI SUNGAI BULOH Apa yang menyebabkan semangkuk cendol tu sedap? Santannya? Cendolnya? Gulanya? atau bahan2 tambahan seperti pulut, kacang ataupun jagung? Kjee kata semuanya sekali plus gulanya mesti ada satu macam punya bau. Bau gula Mela… Read More
  • 274. Jalan2 Cari makan - Western Food @ Arima Classic mixed grill braised lamb shank Tadi Kjee beri pilihan kepada Unclepali nak makan apa for dinner. Maklumlah birthday boy kan? Kjee suruh dia pilih antara Chinese Muslim Food di De Templar along MRR2 Highway, makana… Read More
  • SANTAI DALAM GARDEN...AWESOME Kami sampai di Curve, Mutiara Damansara. Terpinga2 cari Garden Cafe.  "Abang konar kiri, jalan sampai hujung, pastu nampak kedai yang ada pokok2 dan bunga yang cantik, itulah Garden," kata pak guard itu kepada Uncle… Read More
  • JJCM - ZAI SEAFOOD KPG MELAYU SG BULOH Kjee ni cukup pelik dalam bab memilih kedai makan especially kalau pergi tempat2 baru. Kjee hanya singgah ikut naluri. Kalau Kjee rasa tetiba berkenan satu2 kedai, maka Kjee singgah. Kalau makanan dia tak okay, itulah first… Read More

9 comments:

  1. Menariknya roti bakar tu..

    Saya kalo rasa nak makan roti bakar, saya & family ke Kaya Kopitiam @ restoran jejantas Sg. Buloh je.. boleh la.. anak2 pun suka.

    ReplyDelete
  2. K.Jee.. kalau dtg Ipoh jgn riso kalau pusing2 pun xsesat jauh... :)

    ReplyDelete
  3. wah ..sarap roti bako ye pamus kedei tu ...rugi le masa tu nor ade d kulim bila lagi nak mai ,nak jumpa gak..nor

    ReplyDelete
  4. kak jee, org kita ke yg buat tu...waahhhh first time la tgk roti bakar bumiputera, selalu geng itu je yg buat roti bakar...sedap

    ReplyDelete
  5. gerai nie kat Tambun area mana?

    ReplyDelete
  6. sebelah dewan komuniti Tambun. add Hayati Khalib untuk tahu lokasi sebenar.

    ReplyDelete
  7. mee kak mah pun jadi gerai kesukaan kami sekeluarga k jee,baik pagi atau mlm.

    ReplyDelete
  8. salam kak jee..
    so just cari dewan komuniti tambun jumpalah kedai ni ek? dekat tak ngan giant ke tesco kat tambun tuh? BTW ari tuh kak jee dok kat homestay kan masa g tambun... ada kontek tak?

    ReplyDelete
  9. Maaf Kjee pun tak tau arah. hari tu sesat dan jumpa.
    Homestay tu korang kena call nombor ni 02195782008, Puan Jann.

    ReplyDelete