Wednesday, December 7, 2011

SALAAM MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIM


ehsan google

Ada kata ibu surah Yasin. Arwah bonda kata hati surah Yasin. Apa pun nama yang diberikan, Kjee dan keluarga memang sudah lama mengamalkan ayat itu. Sesiapa yang seringkali baca surah Yasin, pasti kenal ayat ni kan?





Dulu Kjee pernah bercerita mengenai ayat ini. Kami sekeluarga diperkenalkan kepada ayat ini oleh seorang pakcik yang cukup alim bernama Pak Sahak di Taiping, Perak ketika Kjee darjah satu. Arwah bapak memang pindah randah dari satu bandar ke bandar lain semasa Kjee kecil.

Nak dijadikan cerita, kami diperkenalkan kepada Pak Sahak (skrg dah arwah), sebab ada masalah arwah bapak yang Kjee tak ingat. Maklumlah masa tu kecik lagi.

Arwah Pak Sahak bercerita mengenai dia terbabit dalam satu accident kereta dimana semua penumpangnya meninggal dunia. Pak Sahak merangkak keluar dari kereta itu tanpa sebarang calar di badannya! Dia adalah pengamal tegar ayat Salam mung qaulammir rabbir rahim. Tiap kali melangkah keluar dari rumah, walaupun untuk destinasi yang dekat pun, beliau membaca ayat itu.

Dan kami dididik oleh arwah bonda dan bapak baca ayat itu setiap kali keluar rumah. Sudah jadi macam kemestian. Naik je kereta, bapak akan tanya.."Dah baca Salaam mung?" Dan itu jugaklah amalan Kjee sekarang dan seringkali mengingatkan Nadia dan Unclepali.

Enam tahun lalu, Kjee pernah terbabit dalam satu accident di jalan menuju ke Hulu Langat. Ketika itu, Kjee kekenyangan selepas makan tengah hari dengan Nadia. Tiba2 Kjee rasa mengantuk sangat. Dalam hati Kjee, mesti nak berhenti seketika untuk tidur.

Tetapi sebaik sahaja Kjee pandang ke depan, Kjee tengok Kjee sudah masuk ke lorong kanan. Sebuah lori pasir 10 tan menuju terus kepada kereta Kjee. Kjee swerve ke kiri tetapi lori tu langgar sipi bahagian depan kereta Kjee. Kjee terus berhenti. Masa tu terbang semangat!! Drebar lori tu berhenti lori dan berkejar ke arah Kjee. Apabila dari jauh dia nampak Kjee tak apa2, dia terus blah.

Nadia yang tengah tidur nyenyak di sebelah Kjee meraung2. Kira-kira 10 minit setelah Kjee dapat balik semangat, Kjee terus call Unclepali. Dia datang setengah jam kemudian dan lori penunda sampai. Lelaki yang bawak lori penunda tu terkejut tengok Kjee. Dia bisik pada Unclepali.

"Abang...bertuah kakak. Selalu ni kalau ada accident kawasan ni, jarang hidup!!" Unclepali hanya bagitau Kjee masa dah sampai rumah. Sedikit pun Kjee tak luka cuma lengan kanan Kjee sakit sebab terhentak pintu kereta dari dalam. Kereta teruk. Claim insurans dan bilnya hampir Rm5-ribu.

Pastu Kjee call adik Kjee (skrg dah arwah). Kjee nak pinjam salah sebuah kereta dia sebab kereta Kjee sudah dibawak ke workshop. Adik Kjee terkejut dengar Kjee accident. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah :"Kau tak baca Salaam mung ker?"

Kemudian malam tadi ketika berlaku rompakan (lihat sini) di restoran Dunkin Donut, sepanjang 10 minit Kjee zikir dalam hati ayat yang sama selain mengucap dua kalimahsyahadat. Kalau matipun biarlah dalam iman, kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.

Itulah Kjee harap korang dapat amalkan ayat ni dan turunkan kepada anak2. Ayat ini sahajalah yang Kjee tahu. Mungkin orang lain ada ayat lain. Tetapi inilah pengalaman menggunakan ayat ini yang ingin Kjee kongsi bersama korang. Mujarab ke tidak, bukan kita yang tentukan. Wallahualam. Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui!



Related Posts:

  • TOLAK ICERD PART TWO      Sepanjang laluan LRT dari Gombak, tren kami semakin sesak. Ada dua amoi berhampiran Kjee. Satu duduk, satu lagi tak berani duduk sebab pakai hot pants. Dia agak mengelabah kerana dikelilingi an… Read More
  • SELAMAT TAHUN BAHARU 2021      TIADA apa yang lebih penting daripada mendoakan agar tahun 2021 yang tiba esok akan menjadi tahun yang selamat bagi kita semua. Selamat dalam apa jua keadaan terutama sekali dari Pandemik yang … Read More
  • KENAL TAK KITA?      Pasukan Bolasepak Artis Wanita. Jika tak silap Kjee ini pada tahun 1980. Masa itu Kjee kerja sebagai wartawan. Jadi artis sambil-sambil aje. Curi-curi. Opis kita, Berita Harian tak tahu. 🤭&nbs… Read More
  • KJEE ADA LAGI LAH            Kjee sedar dah lebih sebulan Kjee terkeluar dari Radar. Ada yang risau. Mesej tanya, Kjee ok ker? Mungkin nak tahu hidup lagi ke? Isyhh dia orang tak lah guna perkataan 'Hidup ke lagi?… Read More
  • PAYUNG ELAK TEMPIAS...? AKHIRNYA sampai juga my plastic full face mask. Order kat Shopee. Ingatkan lepas guna tak perlu pakai pelitup mulut. Rupa-rupanya pelitup separuh tu is a must. Tak pakai boleh kena saman! Yang plastic full mask tu… Read More

8 comments:

  1. Assalamualikum Kak Jee apa kbr? trima kasih kongsi ntry ni Ani hargai..

    ReplyDelete
  2. salam kak jee. nak tanye doa ini dari surah yasin ke? boleh tahu ayat mana, nk baca ejaan jawi nye.. terima kasih

    zera

    ReplyDelete
  3. salam kak jee..
    saya & keluarga pun mngamalkan ayat y sama ketika menaiki knderaan.. alhamdulillah sejak memandu smpai sekarang tiada apa2 y truk y berlaku dgn izin ALLAH, cuma sy mngamalkan
    '' ALLAH, MUHAMMAD, ADAM, SALAM MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIM 3 kali masa naik kereta"

    slain tu ayat yasin ke 9 juga sy amalkan untuk pendinding diri serta rumah.. dan alhamdullillah setakat ini di rumah sewa sy masih selamat dan dilimdungi ALLAH wlaupun bnyak rumah student di area taman perumahan yang sama dah bnyak kali kna pecah masuk...:)

    ReplyDelete
  4. ya betul tu kak Jee kalau kita baca Yasin pada ayat ni juga kita digalakan membacanya dan ulang 3x..insyaAllah akan diamalkan.tq sharing yer kak:)

    ReplyDelete
  5. salam Cik pinkmoon. di usia ini Kjee masih tercari2 ayat yang dapat dijadikan pendinding diri dan juga rumah. terima kasih banyak2 atas info ini. Sejak kecil lagi Kjee telah aijar supaya membaca surah yassin. Jadi, walaupun tidaklah boleh hafal seluruh surah ini seperti arwah bapak, tetapi Kjee boleh membaca dengan lancar.
    Ayah ke-9 ini, insya allah, akan Kjee jadikan panduan. ertinya "Dan Kami telah jadikan penghalang dihadapan dan juga dibelakang mereka; juga Kami tutup pandangan mereka, supaya tiada melihat suatu apapun.."
    Subhanallah.

    ReplyDelete
  6. Salam Kjee...

    mintak maaf KJee..betulkan kalau eima silap..kalau menurut bacaan jawi kita kena sebut "salaamun" kan...

    ReplyDelete