Wednesday, February 8, 2012

SETELAH TIGA MINGGU BARU DAPUR BERASAP





Ingatkan ikan patin yang dijala dari kolam sebelah rumah Kjee tu nak masak gulai tempoyak. Tup2 pukul 2.45 petang Kjee dapat call dari Datin Azlin Ibrahim hari ini meeting di office 4Life untuk PD-ID. Hmmm kami terus bersiap2 ke office. Meeting start kul 3, kami sampai kul 3.30 ptg.

Hancur berkecai hasrat nak masak gulai tempoyak. So ubah fikiran dan masak simple2 jer. Ikan itu digoreng garing. Kemudian buat cicah simple jer. Kicap manis campur dengan jus limau kasturi, bubuh bawang cincang dan cili api.


Tadi Kjee buat kangkung goreng belacan dan telor dadar. Telor dadar itu Kjee buat untuk Unclepali. Dia memang cerewet bab ikan air tawar. Tapi heran pulak tadi dia makan tak ada komplen.

Kjee perap dulu ikan dengan halia dna bawang putih serta kunyit yang telah ditumbuk halus. Perap kira2 setengah jam baru goreng. Agaknya sebab itu tak bau hanyir. Dua ekor sekejap jer habis kami tiga beranak bedal. Hehehe.






Related Posts:

  • KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA  Kalau ke kedai mamak atau restoren India, kebanyakkan kari mereka menggunakan ikan bawal hitam. Nak tahu kenapa? Sebab ikan bawal hitam bukan sahaja sedap buat kari tetapi ia ikan yang lasak. Lasak bermakna tak mudah h… Read More
  • MENU BERBUKA 8 OGOS resipi klik sini   Hari ini Kjee teringin nak masak asam pedas. Kat dalam fridge ada 2 ekor ikan sembilang yang Kjee beli kat Sri Ternak hari tu. Kjee pun selak2 himpunan resipi asam pedas dalam blog. Isyhh cum… Read More
  • Ikan Bulu Ayam? Potong serong buang kepala dan perut Dicampur kunyit dan tepung beras Kenal ikan ni? Arwah mak panggil ikan bulu ayam. Entah betul entah tidak. Tadi Kjee pergi pasaraya Seri Ternak kat Selayang. Teruja betul nampak i… Read More
  • KARI SARDIN DALAM PERIUK TANAH  Dah lama Kjee teringin nak beli periuk tanah untuk masak kari. Arwah emak dulu suka masak kari dalam periuk tanah. Tapi apabila periuk itu pecah, dia tak beli lain buat ganti. Dia masak guna periuk biasa. Dan karinya s… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN JEPUN DAN TEMPOYAK PETAI JERUK Masa Kjee ke Sri Ternak semalam, Kjee mulanya frust jugak sebab tak banyak pilihan ikan. Selalunya malam2 buta banyak ikan yang dipamerkan. Rupa2nya dah dua atau tiga hari pasaraya itu kehabisan stok, kata Arie, adik an… Read More

8 comments:

  1. assalam kaK Jee..
    sekali berasap tp menu2 sedap tu kak, ikan goreng dan kangkung belacan he he

    ReplyDelete
  2. kak jee....
    sedapnyee......telan air liur nih...

    ReplyDelete
  3. sedapnye...kalau sy ni,seekor ikan sy sorang je ratah..he3

    ReplyDelete
  4. Walau lama dapur tak berasap menu kak jee ni wat saya terliur.. al maklumlah saya terpaksa makan menu berpantang je nih..

    ReplyDelete
  5. Buat meleleh air liurr jee, nampak limau kasturi tu, keeng kung tu punn, saja kan melambai kat mat gebu...sabarrr jee lahh....

    ReplyDelete
  6. alaaaaaa... frust tak dpt tengok ikan patin masak tempoyak.. hehe. Apa nak buat, KJee. Allah dah kata, Fauziah Abd Samad, rezeki ko kari ni ikan patin goreng jadi tu yg terjadi ikan patin goreng, hehe.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kakjee...wah sedapnya ikan bakar n cecahnya walaupun simple tapi boleh buat air liur meleleh...:)

    ReplyDelete