Wednesday, May 30, 2012

MUDAH JER BUAT CILI JERUK





Kalau makan mi atau mihun atau kwayteow goreng, kalau tak ada cili jeruk, rasa tak lengkap. Betul tak? Sekarang ni dah tak ramai peniaga yang hidangkan cili jeruk. Kalau kita mintak, diberikan cili merah atau cili padi yang dibubuh kicap cair.


Apapun, Kjee lebih berselera kalau makan mi goreng dan yang sewaktu dengannya bersama cili jeruk. Nak buat bukanlah susah, tapi peniaga sekarang dah tak kuasa melayan. Mungkin satu hari nanti akan pupus cili jeruk ni dari muka bumi. Ewah. Hehehe.

Masa Kjee meniaga dulu, Kjee main taram jer buat cili jeruk. Kjee potong cili hijau, lepas tu Kjee curah air panas, bubuh cuka sikit. Siap. Tak sampai dua hari, mulalah timbul selaput di bahagian permukaan air cili jeruk tu. Kekadang Kjee buang jer bila air bertukar warna.

Lama jugak Kjee guna kaedah itu. Tak ada pun orang complain sehinggalah Chef Yang Jamil singgah gerai Kjee satu ketika dulu.

Dia tanya. "Ni kau buat ker?" Kjee dengan senyum lebar mengaku. "Yelah...sapa lagi?" Dia jawab "Hampeh!! Penang Fried Kwayteow kau memang sedap tapi bab cili jeruk, kau gagal!!!" Terkejut giler Kjee.

"Mai aku ajar hang buat cara yang betul!" Maka sejak itu Kjee guna resipi Chef Yang Jamil. Terima kasih Chef. 

Kjee tak pernah bodoh sombong. Kalau ada orang beri tips macam mana nak masak lebih sedap, Kjee memang suka follow. 

Ini cara Chef Yang Jamil ajar Kjee. Belilah dalam setengah kilo cili hijau yang segar bugar. Cili api yang hijau pun sedap jugak. Tapi potong kasar2. Kekadang kalau maleh, potong dua atau biarkan sebiji sebiji. Cili hijau pulak harus yang kilat2 dan kalau dipicit keras lagi. Maknnya ia segar. 

Kjee pilih sebiji sebiji masa pergi pasar borong. Tukang jual jeling jer tapi Kjee tak ambil kesah. Biar penat asalkan orang makan puas hati. 

Pastu potong atau hiris bulat2. Tak payah halus2. Kasar2 jer. Tapi janganlah kasar sangat. Lepas potong, buang bijinya. Kjee buat cara ni. Kjee rendam seketika dalam bekas plastik. Pastu Kjee kaup perlahan2 tinggalkan biji cili.

Selepas itu, keringkan cili tu. Letak atas surat khabar dan biarkan airnya kering sejam dua. Apabila sudah pasti ia sudah kering betul2, masukkannya ke dalam botol atau balang kaca. Balang plastik pun okay jugaklah.

Semua foto di google


Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.

Cili jeruk cam ni tahan sampai dua minggu (tak payah simpan dalam fridge) kekadang lebih dengan syarat korang tak habiskan. Insya allah tak berkulat. Cuba le try. Makan ngan mi kari, mi sup atau mi goreng. Fuhhh best lah.

31 comments:

  1. Hai Kjee rindu nak tengok kjee berlakon masa dulu2... =)

    ReplyDelete
  2. Tak suka cili jeruk. Sebab memang tak makan pedas..Hihihi:)

    Kakjee, tengok link ni. Ada promote blog akak:)
    http://pelangi6767.blogspot.com/2012/05/blog-masakan.html

    ReplyDelete
  3. hoooo.

    cili jeruk ni, kalo makan ngan nasi air.
    bila gigit je, rasa masamnya.
    perhh..

    ReplyDelete
  4. i like these kjee....nak try cara kjee lak sebelum ni nor tak pernah buat pun Man yang buat nor tahu makan je....

    ReplyDelete
  5. Saya makan dengan nasi pun jadi KJee ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Jee

    Terima kasih berkongsi tips!
    Selalu ita buat ikut kaedah kak jee..
    Jirus air panas, toskan pas tu masuk balang, letak gula, cuka dah siap!

    Rupanay salah ye kaedah tu..
    Lepas ni boleh lah ita ikut kaedah yg kak jee kongsikan ni..
    Terima kasih banyak2 kak jee

    ReplyDelete
  7. tq kjee share cara buat cili jeruk ni.memang mencari pun cara membuatnya sebab klu lea buat selalu je berkulat

    ReplyDelete
  8. kak jee.cuka masak maksudnya cuka yang kita beli kat pasaraya tu ke?yang dlm botol tu?

    nadirah.

    ReplyDelete
  9. Ya. Cuka masak tu cuka tiruan yang biasa kita beli jat kedai runcit atau supermart.

    ReplyDelete
  10. salam kakjee...tq share di sini.tak tau kena keringkan dulu cili tu.muahhh.tq kakjee.ia sgt membantu.hubby suka cili jeruk

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak gee

    2-3 akli dok telan air liur ni bila tengok cili jeruk tu kak, adoiii ct kalau makan mee hoon kalau tak pekena cili jeruk macam kurang lengkap aje. Tulah kalau dekat kedai bila kita mintak kompom memang tak pernah ada.

    Terima kasih kak Gee atas perkongsian resipi ni ya, akan cuba buat sendiri :)

    Oh ya agar2 serbuk tu ct guna jenama NONA kak :)

    ReplyDelete
  12. Thnx CT. Kjee asyik beli serbuk agar2 yang silap jer. Hehehe

    ReplyDelete
  13. kakjee,
    sedapnya cili jeruk. lagi sedap makan ngan mee goreng,kueyteow dan megi hehehe.sy rajin gak buat cili jeruk. tapi lepas potong, basuh terus masuk dalam balang dan letak perasa. next time nak try cara kakjee plak. mekasih kakjee

    ReplyDelete
  14. hmmm...tq 4 sharing...terliur dibuatnya...selalu gi pasar mlm beli mee goreng yg masak dlm kuali besar tu...dulu2 1.50 kot sebungkus...minta cili jeruk lebih...sedapnye...pastu mkn ngn ayam percik...wah rindu pasar mlm kt Msia pulak dah... kt nihon ni ada cili frozen je...import... kalau cili hijau jepun mmg tak pedas langsung...tapi sgt sedap...grill dengan sedikit olive oil dan ratah mcm tu je...rangup... agak2 cili hijau jepun nih sesuai ke buat cili jeruk ni kak Jee?

    ReplyDelete
  15. air jeruk tu makan dgn kueh teow kerang memang best...sebelah klinik ni ada lg menu ni....guna cabai melaka.

    ReplyDelete
  16. wah..kebetulan pula, saya baru je buat cili jeruk, malas nk cari kt tenet sy buat mcm nk buat jeruk pelam huu..mula2 rendam semalam dua dlm air garam, pastu saya basuh tos rendam pula dalam air gula...hihi, tp termanis pula cili jeruk saya..tu pun tengok encik somi makan bertambah cili jeruk regu dgn chow koew teow sy buat..lepas ni boleh cuba resipi k.jee pula..tq kak

    ReplyDelete
  17. Betullah kak jee..kalau makan dengan mee goreng..kuew teow goreng memang tak sah kalau takde cili jeruk nie..

    ReplyDelete
  18. thanks kak jie utk petua tuh....

    ReplyDelete
  19. Salam,
    thanks kak jee..maaf ya, nk tanya..cuka masak tu dah paham dah yg mana tp tak perlu dimasak/panaskan kan?? yg menyebabkan cepat berkulattu sebab dicampur airke?

    ReplyDelete
  20. Normah raja Rastam SharuniOctober 9, 2012 at 1:58 PM

    baguih lah kjee nie ... beri tips terperinci sungguh mengenai cili jeruk... Semoga allah memberkati kjee & famili di atas kejujuran kjee tu... saya nak cuba... sebab hubby suku cili jeruk....

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum kak jee.
    terima kasih ya sbb kongsi resepi ni, dari dulu sy nak buat tp x th cam mana....sy suka mkn cili jeruk dgn mee basah. suami sy kalau beli mee basah selalu lupa mintak cili jeruk. lps ni x payah susah2...sy buat sendiri aje....u re the best person that i had found. tq once again.

    ReplyDelete
  22. Nampaknya cili diperam dlm cuka 100% tak guna air panas ke? Kalau tidak cammana gula nak larut? Biasa org buat, cuka makan dicampaur dgn air panas dan dibotolkan. Confuse le sikit.

    ReplyDelete
  23. Cubalah dulu. Kalau tak jadi barulah komen ya.

    ReplyDelete
  24. salam...tq kakjee sebab sudi kongsi resepi nie..suami sy mesti suka nie kalau buat untuk dia..he3

    ReplyDelete
  25. As Salam Kak Gee,

    Saya dh cuba mengikut resepi kak gee. Mmg sedap x terkata. Senang citer boleh meratah mcm tu je. Mkn dgn maggie sup/goreng pun sodap.... Tq so much fr sharing d wondeful recipe.

    Eza

    ReplyDelete
  26. Assalam kjee..klo x keberatan, sy nk belajar buat kicap char kuew teow..leh ajar dak??

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Ese nak cubo buek cagho ni. In Syaa Allah. Semoga menjadi. Timo kasih sharingnya. Selamat poso.

    ReplyDelete
  28. السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
    Kjee cuka msak tu kena mask dulu ke

    ReplyDelete
  29. Mida... namanya cuka masak sebab ada cuka getah dan sebagainya. Cuka untuk memasak.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum. T.kasih k.Jee sudi share resepi chef Yang Jamil ni. Dah pernah buat beberapa bulan lepas. Cili cmpur dgn petai. Boh dlm freeze, sampai la ni sedap & rangup. Hari ni buat lg utk umah mak pulak. Moga resepi ni jd jariah pahala berpanjangan utk chef Yang Jamil & kak Jee, ameen insyaAllah

    ReplyDelete