Tuesday, August 7, 2012

NASIHAT DARI SELEBRITI YANG TELERBIH DULU 'BERHIJRAH'











Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik


KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya. - mStar Online

Related Posts:

  • MOHSIN DAN YASMIN... YOU ARE BOTH MISSED BY MANY. AL FATIHAH Hari ini genap 9 tahun Hani Mohsin Hanafi menemui penciptanya. Dan juga genap 6 tahun Yasmin Ahmad pulang ke rahmatullah. You are both missed by many! Kjee tahu entri Kjee yang INI  telah membuat ramai… Read More
  • PENYAKIT KRONIK... FB PUNYA PASAL A few years ago... kalau tak silap Kjee masa tu Nadia umur  lebih kurang 10 tahun, ada kawan seperjuangan Kjee ditahan di Australia kerana bawak dadah dalam beg pakaian dia. Orangnya tak muda… Read More
  • AL FATIHAH YUSSRY @ YUS JAMBU Tauke bersama sahabat handai Allahyarham di Hosp Selayang. - foto ehsan Din Seri Nilam Tiga foto diatas dari instagram Tauke dan Jihan Muse Tika kemunculannya dulu, Yussry Edo atau Yus Jambu, bagi … Read More
  • AL FATIHAH MARIAM ISMAIL @ MARIANI Allahyarham Mariani bersama anak bongsunya Melissa, menantu dan cucu-cucu. Ini foto terbaru dari FB Lis. Status yang dimuat naik Melissa Saila di FB beliau Kjee akan update cerita yang terbaru dari masa ke masa… Read More
  • SEPETANG DEMI KASIH KEPADA SHARIFAH AINI Cenderahati untu yang hadir Yang hadir Sedangkan mereka yang meminati suaranya yang lemak merdu, merinduinya, ini kan pulak insan-insan yang pernah susah senang bersamanya. Mereka juga lah bergi… Read More

3 comments:

  1. min sokong kak jie! jgn baru setahun nak pakai tudung sibuk hentam gov bagai! ntah apa2..

    ReplyDelete
  2. betul tu..berhijrah,,ikut apa yang Allah suruh,..tapi jangan la dah pandai cakap agama, kata sana sini..

    ReplyDelete