Wednesday, August 8, 2012

TAUKE CONFIRM DAH KAHWIN DI SIAM




Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi. “Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

 “Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi,” katanya. Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

 “Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. “Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga. 

 “Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak,” jelasnya. – Murai.com.m

Related Posts:

  • YASMIN HANI DAH JADI ISTERI SHA'ARIN Selamat pengantin Baru diucapkan kepada pelakon Yasmin Hani Richardson dan bekas anggota Black Rose Sha'arin Mohammad Razali. Semoga kekal ke akhir hayat. Sha'arin tetap memilih pelakon sebagai isteri setelah berpisah deng… Read More
  • AISHAH LEBIH RAPAT DENGAN ANAK2 SELEPAS BERCERAIOleh KEMALIA OTHMANAishahKUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.Kata Aishah, … Read More
  • SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH Oleh KEMALIA OTHMANWalaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,Shahezy memberi… Read More
  • NISDAWATI LEGA, KJEE PULAK RISAU. Nisdawati - album google Wah nampaknya lepas ni, Kjee kena susun kata2 dengan baik dan berhemah kalau masukkan entry ke dalam blog ni. Kalau tidak nanti kena saman! Takuttt! innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050c… Read More
  • SAZZY, NAZRIL DAN BUAH HATI MEREKA foto mstar Comelnya Iman Lilly dan Tiara Rose, baby kembar aktres Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus. Siapa sangka Sazzy yang kecil molek mampu melalui penghamilan selama 9 bulan untuk sepasang anak kembar. Itulah kuasa… Read More

8 comments: