Friday, October 12, 2012

KURMA DAGING VERSI NADIA





























Less Is More. Tak semestinya kalau kita longokkan bahan2 yang banyak dalam sesuatu masakan, masakan kita itu akan menjadi lebih sedap. 

Samalah macam orang pompuan. Kalau ditempekkan mekap yang banyak di muka, tak semestinya dia akan kelihatan lebih cantik.

Hehehe Mokcik dah mula merapu. Lama tak merapu kat sini.

Anyway, apa yang Kjee ingin cerita kat sini ialah mengenai lauk Kurma Daging yang my doter masak siang tadi. Dia hanya bubuh bawang besar, bawang putih, halia, rempah Kurma Adabi, non-fat natural yogurt dan garam. Tiada santan. Tiada fresh milk.

Tetapi Kjee makan sampai menjilat sudu. Bukan menjilat jari sebab jari terluka, kena makan dengan sudu. Inilah masalah ramai orang pompuan yang selak buku resipi ataupun sekarang ni bukan main rajin lagi singgah kat blog masakan.



Tengok jer senarai bahan2 yang menjela2, dia orang dah seram. Kjee pun sama. Kekadang berminit2 terkebil2 tengok the long list of ingredients. So, ambil jalan mudah. Tak payah buat. Masak yang simple2 jer.

Kerana itulah, Kjee suka improvise atau modify resipi yang Kjee teringin nak buat tapi tak suka nak masuk hutan keluar hutan cari bahan2.

Korang mesti tahu tagline Kjee iaitu KITA YANG BUAT DIA. Dah lama dah Kjee guna tagline tu. Sejak Kjee jadi Production Manager drama dulu. Ada pengarah drama yang banyak songeh. Kalau dalam skrip ada prop sekian2, dia pun konon2 nak tunjuk terer suruh Production Manager cari! Apabila Kjee guna tagline femes Kjee tu, muka terus ketat! Hehehe

So hari ini Nadia buktikan dia boleh buat lauk Kurma Daging with the least of ingredients. Dan Mama senyum lebar sebab sedap. Korang tengok ler resipi hampir sama Kjee buat, disini. Dia tak letak jugak fresh milk yang biasa Kjee bubuh.

So the moral of my entry, make do with what you have in your pantry. Tak perlu masuk hutan, keluar hutan cari bahan.

Dan tak perlu tempek mekap tebal dua inci sebab korang perasan korang lebih lawa. Tersengih Kjee apabila Unclepali pernah bisik kat Kjee apabila nampak seorang teman Kjee satu ketika dulu. "Kenapa muka dia putih melepak cam Micheal Jackson?" Opppssss.








Related Posts:

  • DAGING LADA HITAM DENGAN CILI BESAR Lauk ini Kjee buat minggu lepas untuk makan dengan bubur nasi atau congee. Orang Utara panggil bubur nasi, Kanji. Kjee guna cili besar atau capsicum atau bell peppers warna hijau dan kuning sebab itu aje yang ada dal… Read More
  • KARIPAP DAGING Kjee rasa semua orang suka makan karipap. Dari kecik, itulah kuih yang awal2 sekali diperkenalkan kepada kita. Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak selalu buat guna keledek. Tapi kini pengunaan kele… Read More
  • STEW DAGING, KENTANG LENYEK DAN GARLIC BREAD Orang mengantuk sorong bantal. Dua hari lepas, Kjee bagitau Nadia ada baki daging batang pinang lepas buat Daging Goreng hari tu. Mintak idea nak masak apa. "Buat Beef Stew jer mama. Kan mama suka makan kat Fis… Read More
  • BIFSTIK DAGING ZAMAN KECIK-KECIK Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Jalan Cochrane, Cheras. Kalau bapak dapat gaji, dia akan bawak kami ke satu restoran Cina Hailam di Jalan Peel. Kami akan menikmati Bifstik Hailam. Mem… Read More
  • BEEF AND SHITAKE MUSHROOM PIE Kjee tak pernah buat sendiri Beef Pie. Selalu makan kat Cafe atau Deli sahaja. Tapi Kjee rajin buat Chicken Pies. Pernah jugak niaga dulu. Tapi a few days ago, kami singgah di Dave's Deli, IOI City Mall. Dahlia, office… Read More

4 comments:

  1. salam kak Jee
    jalan2 sini tengok kurma ayam yg kurang bahan tu,best jugak sbb "kita yg buat dia" sukahati kita lah kan,yalah kita yg nak makan pun,banyak bahan cemana pun akhirnya "kesitu" jugak kan rugi je,sesekali buat shortcut save segala,saya pun suka jugak macam ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Jee...

    Aina pun selalu masak yang simple je. Kat dapur hanya ada rempah ratus asas sahaja, kalau nak masak yang pelik2 terpaksa pergi supermarket beli barang tambahan. Typikal kehidupan kami makan yang biasa dimasak kalau cuba sesuatu yg baru mau tengok je menu tu.

    ReplyDelete
  3. ..yg pnting dlm dapur kta misti complete bhn basic2 utk mskn...ikut selera urg kta...rempah ratus x prlu yg pelik2...mskn sdp bla cukup rasa masin manis n masam nya...x kira apa resepi...

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak...sy heran mcm manalah org-org tu leh masak ikut senarai yg berjela2 tu ataupun setakat tulis kat resepi je sedangkan si tukang masak tu sendiri pun byk skip bhn2 dlm resepinya...kita bukan rasa pun apo dia masak tgk gambar je yg cantik...yg penting adalah bhn2 asasnya yg remeh temeh leh tolak ketepi.

    ReplyDelete