Thursday, October 4, 2012

LAUK UDANG GALAH UNDANG PENYAKIT



Sesekali makan apa salahnya kan? Makan mati, tak makan pun mati gak. So no big deal. Kalau dah tiba masa kita nak gol, makan apa pun kita akan gol jugak. Itu falsafah hidup Kjee. Masing2 berhak punya falsafah hidup sendiri kan?

Sehari dua ni Kjee tengok ramai sangat yang tayang lauk pauk udang galah samada kat blog atau FB. Tadi masa ke Sri ternak di Selayang beli stok dapur, ternampak selonggok udang galah. 

Dah lama dah tak jumpa Udang Galah. Dan bila dah lama tak jumpa, sekali jumpa mesti rembat punya, kalau tidak malam tak leh tidur. Asyik ingat jer kan!

Anyway, tadi Kjee beli 15 ekor. Sorang 5 ekor. Cukuplah kan? Sampai rumah, terus Kjee masak sebab dah rindu sangat nak makan udang galah masak lemak cili api dengan peria katak.










Kjee masak biase2 jer. Tumbuk cili api (cili api siam yang pedas tu) dengan bawang merah dan bawang utih. Kemudian peria katak dihiris ikut suka dan rendam seketika dalam air garam supaya hilang sikit pahitnya.

Kemudian Kjee tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serai yang telah diketuk, dan jugak peria katak yang dicuci sebab takut ada garam terlekat. Tumis hingga peria agak lembut. Kemudian masukkan santan dan jugak sedikit serbuk kunyit. Daun kunyit dicarik2 dan masuk gak.

Biarkan santan mendidih. Kjee guna sepenuhnya santan pekat. Jaga jangan pecah santan. Apabila sudah mendidih, masukkan udang yang telah dibersihkan dan ditoskan airnya. Apabila santan kembali mendidih, masukkan asam keping dan perlahankan api. Bubuh garam dan pak aji.

Apabila semua sudah masak sempurna padam api.

Tadi Kjee kawankan dengan ikan tenggiri jeruk. Unclepali pulak buat telor dadar. Alhamdullilah. Ini sahaja rezeki kami  suami isteri hari ini. 



Masa masak tadi, tahan jer lah kecur. Hehehe

Related Posts:

  • KWAY TEOW GORENG PULAU PINANG       Antara menu yang menjadi kesukaan sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke rumah Kjee dulu. Tak ingat siapa yang pernah rasa tetapi ada Timbalan Menteri turut datang bersama famili. Of course… Read More
  • GULAI AYAM CARA PAHANG           Bulan Puasa kali ini, jarang sangat Kjee masak. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Rasa malas yang amat-amat. Rupa-rupa itu petanda Kjee tak sihat. Perkataan malas seb… Read More
  • KUAH SATE KELUARGAKU       Dah berapa lama Kjee tak buat kuah Sate, Kjee tak ingat. Tetapi apabila UnclePali kata ayam dan daging kat Taman Melawati dah habis, Kjee pun terfikir nak buat kuah Sate. Rendang Daging atau A… Read More
  • SAMBAL SOTONG       Hari ini Kjee masak lauk instant. Instant? Sambal Sotong dalam tin ke? Macam Kari Ayam atau Kambing dalam tin?      Isyhhh semalas-malas Kjee, belum pernah lagi beli lauk dalam … Read More
  • KUAH SATE... BANYAK RAHSIANYA Kjee jarang-jarang buat Kuah Sate. Banyak sebab. Satu, kerana kalau nak makan kuah sate, beli aje kat my cousins yang masih buat bisnes jual sate. Kedua, kureng rajin sebab renyah. Kacang nak kena sangai (goreng… Read More

9 comments:

  1. isshhh isshhh ... mengancam nya lauk kak jee nih ... kecur dibuatnya ! ...

    ReplyDelete
  2. kat sini tak ada daun kunyit ... telan ayaq lioq dah ni :-)

    ReplyDelete
  3. SEDAP... KALAU BUAT BUTTER PROWN X PON GORENG TEPUNG BESTNYA....

    GAMBAR PASANGAN GAY BERSAMA ANAK-ANAK MEREKA

    ReplyDelete
  4. mmm...meleleh....
    sekali sekala melayan selera kan kjee.

    ReplyDelete
  5. salam kak gee...Ya Allah sedap ni...

    ReplyDelete
  6. Kak jee nape tak ada belalai dia .Saya suka cari yang belalainya besar2 so boleh makan .Makan macam kaki ketam...sedap...Kalau saya beli seorang seekor je itupun anak2 tgal kepala so kami berdua la makan kepala ...

    ReplyDelete
  7. HARI TU SAYA MASAK IKAN CARU MASAK LEMAK..LETAK PERIA KATAK..ADUH SEDAPNYE HEHE

    ReplyDelete
  8. sedapnye kak gee..dulu slalu gak sy mkn udang galah ni sbb xbf suka mancing udang galah...he3

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak Jee masak...meleleh air liur nie...erm,,,,,,,

    ReplyDelete