Wednesday, November 27, 2013

KERANA SUKA SANGAT, UNCLEPALI....




...buat sendiri Pop Corn! Pandainya...mana dapat resipi? Google lah apa lagi!! Apa yang tak ada kat google. Ramai jugak yang turut ajar step by step. Dalam blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan pun ada...

Tak susah buat pop corn ni rupa-rupanya. Nasib baik Kjee tak suruh UnclePali beli pop corn maker. Hehehe.

Hanya perlu bahan asas iaitu periuk bertutup rapat, biji jagung kering, minyak (UnclePali guna minyak Zaiton), gula (Unclepali tak guna) dan sedikit susu manis untuk sira pop corn selepas siap masak.

Mula-mula panaskan minyak. UnclePali kata jangan sampai minyak terlalu panas. Minyak itu cukup untuk menutupi periuk. Kira satu layer jer. Pastu masukkan jagung yang cukup-cukup untuk menutup minyak tu. Kira satu layer jugak jagung.





Lepas tu gunakan tudung periuk, tutup periuk rapat-rapat dan besarkan api. Jagung tu akan meletup-letup..sekejap jer. Bila hilang bunyi meletup, cepat-cepat padam api.

UnclePali tak sira pop corn dengan gula yang telah dicairkan. Dia cuma sira dengan susu pekat manis. Sedap! Tak mahal belanjanya.

Bijiran jagung kering tu beli lah kat mana-mana kedai runcit yang ada jual. UnclePali kata kalau boleh dapat jagung Africa lagi bagus. Pop Corn jadi besar dan cantik.

Kalau nak sira dengan gula, masak gula dengan sedikit air hingga pekat. Campurkan sedikit susu manis. Pastu terus sira pop corn.

Selamat mencuba.







Related Posts:

  • 76. mashed potato dengan brown sauceresipi lagik. hantam sajalah labu. tengah boring ni. resipi ni guna kentang bukannya serbuk kentang. dulu ingatkan susah nak buat. bila dah buat sekali, senang rupanya. korang pun try jer lah yer. sedap kalau makan dengan fre… Read More
  • Ikan Bulu Ayam? Potong serong buang kepala dan perut Dicampur kunyit dan tepung beras Kenal ikan ni? Arwah mak panggil ikan bulu ayam. Entah betul entah tidak. Tadi Kjee pergi pasaraya Seri Ternak kat Selayang. Teruja betul nampak i… Read More
  • 112. chicken mushroom pot pielepas baca entry bantal bucuk sampai tergolek, kjee bagi resipi lak. chicken mushroom pot pie with brown sauce. nak cepat ni sebab nak masak lunch. tapi sotong baru jer rendam sebab leka blogging dan layan FB. tapi tadi kjee … Read More
  • UBI KAYU GORENG Mula ingat nak rebus. Tapi malas pulak. So pagi tadi goreng jer. Mudahkan kerja sebab lepas tu nak buat lauk Tempoyak Pucuk Kayu untuk lunch. Oleh kerana pagi tadi agak kenyang bekfas dengan ubi goreng, Kjee terus dera Unc… Read More
  • APPLE PUFFS INTI MENTAHbaru jer balik dari melaka. ngam ngam 12 jam sampai balik rumah. keluar kul 12.30 tengah hari sampai balik kul 12.30 malam. kesian unclepali. abis nak buat camner. mula ingatkan nak tido. sampai kat pengkalan balak tetiba ter… Read More

7 comments:

  1. Mudah dan sedap paling penting boleh ikut selera sendiri.

    ReplyDelete
  2. MAK SAYA ADA BELI PERIUK SERBA GUNA.PENJUAL TU AJAR CARA BUAT POPCORN NI
    TP MAK TAK JUMPA BIJI JAGUNG TU KAT KEDAI BIASA
    BERTAHUN MAK PERAM PERIUK TU.. BARU BULAN LEPAS JUMPA BIJI JAGUNG KAT PASARAYA..WAH!KAK JEE JGN TAK TAHU, MAK SAYA BISNES POPCORN LETAK KAT KEDAI SEDARA DI KAMPUNG,SEBUNGKUS RM1,LAKU JE..BUDAK2 SUKA
    SKRG KALAU ANAK CUCU BALIK MESTI BUAT POPCORN UTK CUCU2NYA
    HEHE

    ReplyDelete
  3. Menarik. Boleh try ni. Thx for sharing..

    ReplyDelete
  4. Salaam Kjee...

    Kita pun buat popcorn dalam periuk non stick je. Masa anak-anak kecil dulu, bila buat popcorn ni, dua dua dok ngadap periuk. Pas tu tiga tiga (termasuklah mak budak ni) dok kegirangan bila dengna pop pop dari dalam periuk tu. Kita tak sira guna susu pekat, tapi kita masukkan sikit majerin... kasi lemak lemak masin sket...

    ReplyDelete
  5. Dari haritu saya nak buat popcorn ni tapi tak jumpa2 bertih jagung tu kat kedai..he he.. tengok kak jee dah buat ni lagi semangat saya nak buat :)

    ReplyDelete