Sunday, August 16, 2015

ROTI BAKAR BERSAMA TELOR DAN CHEESE











Kjee suka sangat cari idea nak pelbagaikan makanan berasaskan roti. Macam-macam dah Kjee try. Dan ini yang terbaru... Kjee bagi nama Roti Telor Cheese Bakar. Kjee jumpa resipi ini kat FB seorang rakan.

Caranya ala-ala Roti Bakar letak telor separuh masak yang Kjee pernah buat dulu. Cuma kelainannya roti ini dibakar, dan ditaburkan cheese.

Rasanya? Hmmm bayangkanlah roti bakar, letak telor separuh masak dan ditabur cheese. Kjee malas nak panaskan oven, jadi Kjee guna Magic Pan. Lebih menarik, rasanya, kalau dibakar dalam oven.

Ini satu menu sarapan yang boleh disediakan anak-anak. Ajak mereka tolong kita buat, lain kali dia orang boleh buat sendiri. Dan mama semua boleh relax. Hehehe.

Kjee guna brown bread Gardenia. Kjee guna sudu untuk penyekkan roti di bahagian tengah. Penyekkan sampai ada 'benteng' yang tinggi sikit, sekeliling.








Kemudian, Kjee panaskan Magic Pan. Kalau guna oven, panaskan ke suhu 160. Selepas magic pan panas, Kjee slowkan api dan susun roti didalam Magic Pan. (Kalau guna oven, susun roti dalam dulang pembakar).

Kemudian, pecahkan telor ke dalam bahagian tengah roti yang telah dipenyekkan. Hati-hati jangan tertumpah putih telor keluar dari kawasan tu. Seelok-elok guna telor gred C. Kjee taburkan sikit lada hitam (Kjee guna ajishio blackpepper). Kemudian tudung tudung Magic Pan. Api kena paling low sebab takut bahagian bawah roti, rentung.







Selepas 3 minit, Kjee bukak kembali Magic Pan. Kalau nampak putih telor dah berubah warna sikit, taburkan cheese di sekeliling 'benteng' roti. Kjee guna Ceddar Cheese Slice yang didadu kecik-kecik. Tutup kembali penutup Magic Pan. Periksa lagi 3 minit kemudian. Kalau kuning telor sudah kelihatan masak sikit, boleh alihkan.







Kuning telor tu harus 'runny' atau cair seperti kita makan telor separuh masak. Hidangkan panas-panas. Enak kalau dimakan bersama Mayonaise ataupun Sos Cili pilihan.

Boleh juga pelbagaikan dengan meletak sosej yang telah dihiris nipis di sekeliling roti, sebelum tabur cheese.

Kalau nak roti telor yang biasa Kjee buat, klik SINI.









3 comments: