Wednesday, June 8, 2016

ALAHAI BULAN PUASA MAKAN SAMBAL IJO IKAN DENGAN PETAI?







Hari ni Kjee buat Sambal Ijo (Hijau) untuk dijadikan stok bulan Puasa. Sepatutnya buat sebelum puasa aritu tapi bila tak sihat, maka tertangguh-tangguh. Kjee gemar buat sambal ijo ni banyak-banyak sebab ia versatile atau serba guna.

Boleh dimakan dengan nasi begitu sahaja,. Kjee simpan dalam bekas kecik-kecik untuk sekali makan. Kemudian dipanaskan dalam kuali dan diletak ikan goreng bersama petai, atau dipecahkan telor dan letak ikan bilis goreng garing.

Kalau nak letak sayur, selalunya Kjee guna Terung Kontot yang Kjee dah bakar atau goreng. Susun dalam pinggan dan curahkan sambal ijo di atas. Bendi pun boleh dibuat sama. Hiris kasar-kasar bendi tu dan goreng. Kemudian susun atas pinggan dan curahkan sambal ijo ini.

Hari ini Kjee buat extra pedas. Kjee tambah cili padi hijau. Bukan cili padi kampung tapi yang dia orang kata dari Siam. Kjee buat banyak hari ni sebab nak bagi my jiran se kampung. Kjee guna 1½ kilo Cili Hijau, ½ kilo cili padi dan 1½ bawang besar. Jadilah satu kuali besar. Esok baru nak bagi my jiran sebab masa buka nanti baru nak rasa samada cukup garam serta asam keping.

Foto ini semua yang lama. Kjee hanya baru siapkan sambal ijo. Tapi dalam peti ais ada Ikan Siakap. Yayyyy boleh buat Ikan Siakap Goreng letak petai dan Sambal Ijo. Hehehe.

Resipi Sambal Ijo, korang INTAI SINI.










Related Posts:

  • SINGGANG IKAN KEMBUNG SAMA BUDU Apabila masak Singgang, teringat arwah Bonda. Satu hari Kjee temankan beliau ke klinik. Doktor sarankan Bonda makan singgang. Tak ingat apa masalah kesihatan beliau masa tu. Seingat Kjee beliau ada Diabetes dan Darah T… Read More
  • IKAN SALMON PANGGANG Ada merasa pelik apabila Kjee seringkali tayang apa yang Kjee masak. Dan Kjee kata, buat ratah aje. Serius... Kjee memang dah lama tak masak nasi dalam rumah Kjee. Hanya masak nasi untuk anak-anak bulus Kjee. Tetapi in… Read More
  • KERABU MANGGA THAI IKAN DORY Nama jer nampak gah tapi sebenarnya Kerabu Mangga Thai jer. Hehehe. Kjee ternampak aritu ada chef kat AFC buat Thai Mango Salad ni makan dengan ikan goreng. Tapi dia orang guna ikan Talapia. Kjee selalu konfius s… Read More
  • ACAR IKAN TALANG MASIN Kali pertama Kjee buat Acar Ikan Masin ini menggunakan Ikan Kurau Masin bertahun-tahun yang lalu. Kalau tak silap, Kjee guna resipi Amy Beh. Buku tu entah hilang kemana. Sedap sangat. Kjee sudah hampir terlupa kewuj… Read More
  • GULAI IKAN TONGKOL VERSI WONG JOWO KOLUMPO Masa kecik-kecik, Ikan Tongkol tak pernah masuk rumah kami. Mungkin sebab tiada pengaruh Pantai Timur dalam keluarga kami. Maklumlah mak asal orang Melaka tapi lahir di Kolumpo. Dan bapak orang Melaka piau. Bila dah b… Read More

3 comments:

  1. tiba2 teringin plk nk makan cmni...

    ReplyDelete
  2. Sedap bah itu Kak Jee.... kalau rajin saya pun tingin wat banyak2 simpan stok!

    ReplyDelete