Thursday, March 23, 2017

AYAM GORENG KUNYIT MERAJUK PUNYA PASAL




       Kjee masak lauk ini semalam sebab kes merajuk dua hari lepas. Teringin nak makan kat Restoran Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang femes tu di Kampung Pandan. Sampai sana, tak ada parking. Nak park tepi jalan, ada satu van penguatkuasa DBKL sedang saman beberapa biji kereta.

       So Kjee ajak UnclePali pergi ke satu lagi restoran mereka di Pandan Indah. UnclePali guna waze. Tetapi malangnya, waze bawa kami ke depan rumah orang. "Anda sudah sampai ke destinasi anda," kata cik Waze.

       UnclePali garu kepala kebingungan. Apa hal pulak nak bingung. Dah banyak kali Kjee dalam kereta dengan UnclePali, tetiba sampai belakang rumah orang. Serius ni! Waze bawak!

       So kami pergilah makan kat satu kedai yang Kjee langsung tak minat. Tapi tak boleh komplen. Itu rezeki kami dua beranak.

       Malam sebelum tidur, Kjee suruh UnclePali beli ayam dan kacang panjang serta carrot. Bahan-bahan lain semua ada.








       Maka inilah Ayam Goreng Kunyit versi Kjee. Entah sama entah tidak dengan Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Tetapi Kjee suka versi Kjee ni. UnclePali pun makan bertambah walaupun hanya A One Dish Meal.

        Actually dan banyak kali Kjee buat lauk ni. Kekadang guna sotong, kekadang guna udang. Semuanya sedap belaka. Cuma kali ini, Kjee perap seketika ayam yang telah dipotong bite-size, dengan halia dan bawang putih. Kjee sagat kedua-dua bahan itu dan gaulkan hingga rata. Kemudian letak kunyit serbuk dan garam secukup rasa.  Perap lebih kurang 20 minit.

        Setelah kacang panjang dipetik-petik, Kjee pun hiris carrot dan potong gemuk sikit daripada mancis. Juga hiris kasar-kasar dua biji bawang besar. Tiga biji cili merah Kjee hiris panjang-panjang sama seperti saiz carrot tadi. Oh ya mesti korang tanya kenapa kacang panjang itu dipetik-petik. Ada seorang makcik tu kata, kacang panjang lebih sedap dipetik-petik daripada dipotong/dihiris guna pisau. Entahlah.

       Dah perap ayam, goreng dalam minyak yang banyak hingga masak. Boleh garing tetapi jangan terlalu garing nanti isi ayam itu keras. Keluarkan dan letakkan dalam mangkuk atau besen. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng carrot hingga lembut. Keluarkan. Kemudian masukkan kacang panjang dan golekkan sebentar sahaja. Begtiu juga dengan bawang dan cili. Goreng sekadar layu sahaja.

       Campurkan ssemua itu dengan ayam dan gaul hingga mesra. Kalau perlu, letak lagi garam dan gaul sekali lagi. Boleh hidang.

       Lihat juga DISINI.

     

 


Related Posts:

  • REBUNG MADU MLCP        Apabila membeli rebung, Kjee suka jenis yang jeruk. Yang dihiris nipis-nipis. Rasanya masam-masam dan sedap dimasak Lemak Cili Padi (mlcp). Tetapi setelah diperkenalkan kepada Rebung Madu … Read More
  • 152. Satay dan Kuah Satay Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk s… Read More
  • AYAM GORENG BEREMPAH GARING              Ayam goreng adalah favorite kami sekeluarga. Especially kalau makan panas-panas. Pakar menggoreng ayam dalam rumah kami ialah UnclePali. Bukan sahaja goreng ayam tetapi di… Read More
  • AYAM GORENG KUNYIT MERAJUK PUNYA PASAL        Kjee masak lauk ini semalam sebab kes merajuk dua hari lepas. Teringin nak makan kat Restoran Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang femes tu di Kampung Pandan. Sampai sana, tak ada parking. Nak park… Read More
  • SAMBAL UDANG PETAI               Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasi… Read More

4 comments:

  1. sedap tu kjee..saya pun suka mkn macam ni dgn nasi panas..

    ReplyDelete
  2. saya pun ada dengar cerita tentang kacang panjang dipetik-petik lagi sedap rasanya. orang tua2 zaman dulu sangat kreatif.

    ReplyDelete