Sunday, December 20, 2020

NASI JAGUNG


     Baru minggu lepas masak Nasi Hujan Panas. Hari ini Kjee masak pulak Nasi Jagung sebab ternampak foto tayangan  Singaporean Ana A Rahman di FB.
     Kjee first time makan Nasi Jagung di kampung my husband berbelas tahun lalu masa anak saudara dia kahwin. Punyalah sedap. I think that's the best Nasi Jagung I ever ate. 
     So apabila nampak Ana tayang NJ yang dia buat untuk breakfast pagi ini, Kjee pun teruja nak buat. Lagipun Beras Basmathi Parboiled pemberian Nor Farhana Musa masih banyak. Baru sekali guna.
     Masak NJ stail Kjee ini tak ubah macam Kjee buat Nasi Hujan Panas aritu. Cuma letak jagung manis dalam tin ketika nasi dah transfer ke kukusan. Letaklah banyak mana suka. Dan last sekali setelah nasi siap, Kjee tabur satu kotak kecik kismis. Sila tengok Nasi Hujan Panas yang Kjee buat aritu. Tetapi untuk NJ tak perlu titiskan coloring. 

     Cara masak Kurma Ayam, tengok resipi kat SINI. Untuk UnclePali Kjee letak telor rebus. Memang kesukaan dia kalau Kari atau Kurma disertakan telor rebus. Kjee pulak suka sangat letak kentang.


     Hari ini rajin sikit buat Acar Tumis. Ala-ala Acar Rampai. Tapi Kjee tak kuasa nak hiris sampai halus. Asal jadi udahlah. 😁
    Bahan2 yang Kjee guna tadi Timun, Carrot, bawang Ros, bawang putih, halia, sedikit biji sawi serta satu sudu besar cili kering kisar dan 4 biji cili padi merah. Kjee dah plan nak letak bijan tapi terlupa. Nak makan baru perasan. 😆
     Caranya, hiris Timun. Bahagian tengah yang ada biji tu buang. Carrot pun hiris sama saiz. Bawang Ros dan bawang putih dibiarkan sebiji-sebiji. Halia dimayang halus. Cili padi dibuang biji dan hiris memanjang. 
     Letak sedikit minyak dalam kuali. Sudah panas masukkan 1 sudu kecik biji sawi. Dah meletup-letup, masukkan cili kering kisar. Goreng sampai naik minyak. Kemudian masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar cuka putih. Kacau rata, letak garam sikit. Kemudian masukkan semua bahan yang telah dihiris. Gaul hingga mesra. Masak lebih kurang 10 minit. Padam api. Kalau letak bijan, sedap. 
     
     

0 comments:

Post a Comment