Sunday, January 19, 2020

Nasi Lemak Berhalba


   Tentu korang rasa pelik. Nasi Lemak Johor? Ingatkan laksa aje yang bersifat kenegerian. Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Utara dan Laksa Johor! 
   Actually sewaktu first time dengar seorang sahabat kata dia selalu teringin nak balik Johor makan Nasi Lemak letak halba, bawang dan halia, berkerut kening Kjee. Tekak dan otak tak dapat nak register. 
    Sepanjang usia Kjee yang sudah melewati enam series, tak pernah jumpa nasi lemak letak halba bagai. Memanglah Kjee pernah pergi Johor dan apabila bekfes, makan nasi lemak di sana. Tetapi tak pernah terfikir dia orang letak 'macam-macam' selain santan! 
   Anyway, lebih kurang setahun lalu, kami singgah bekfes di sebuah kedai makan di Setapak Indah. Ada jual nasi lemak bungkus. UnclePali suka sangat dan kalau nampak, dia mesti makan. Kjee intai sewaktu UP makan. Ehhh ada bawang, halba, halia lah. Ohhh ini kot Nasi Lemak Johor. Dan Kjee terai sikit. Sedaplah! 
 
   
   Rasanya hari ini kali kedua Kjee buat. UP memang pelik sikit bab makan. Tetapi dia tak komplen pun pasal letak halba, bawang dan halia. 
   Sukatan untuk nasi lemak yang biasa Kjee buat ialah 1:1:1. Beras satu pot, santan satu pot dan air jugak satu pot. Garam mesti cukup rasa. 
   Sebelum ditanak, masukkan sedikit halba, sedikit bawang besar dan juga halia yang telah dimayang.  Daun pandan pun jangan lupa yer. 
   Didihkan dulu air dalam kukusan. Kemudian Kjee akan tanak beras yang sudah dicampur tadi, atas dapur (kacau perlahan-lahan) sampai airnya hampir kering. Pastu transfer ke kukusan sehingga siap. Jangan dikacau selepas masuk kukusan. 

   Kemudian, dipadankanlah dengan apa sahaja lauk iringan. Hari ini Kjee buat Sambal Sotong yang dalam tin. Sedap sotong tu. Kjee guna sambal tumis yang Kjee dah buat awal-awal dan bekukan. Senang kan?! Kalau kesuntukan masa, memang mudah ada sambal tumis siap ini. 
   Kemudian Kjee rebus telor, goreng ikan bilis dan kacang. Pelengkapnya Kjee hiris timun. 
   UP rajin sikit hari ini dan turut buat Sirap Bandung Aiskrim Soda yang juga berasal dari Johor.
   Kalau nak tau cara buat Sirap Bandung Aiskrim Soda UnclePali, sila klik SINI.

NOTA TAMBAHAN.
SORRY SATU LORRY. SELAIN ORANG JOHOR, ORANG NEGERI LAIN PUN ADA LETAK HALBA, BAWANG DAN HALIA. ADA JUGA YANG LETAK BUNGA LAWANG DAN SERAI. KJEE YANG KETINGGALAN TREN. 😆




2 comments:

  1. bau dia wangi sangat-sangat kan kak jee :)

    ReplyDelete
  2. org kedah pun biasa letak halba kak jee.sedap..lama dah sebenarnya..rasa lain sikit sb wangi dan sebagainya.

    ReplyDelete