Sunday, October 25, 2020

7300 HARI BERSAMA


     Dua puluh tahun lalu. Selepas bertemu dan berkenalan seminggu, dia tanya tak risau ke hidup berdua aje dengan anak kecil? Masa itu Nadia 11 tahun. 
     Kan elok kalau kita... kahwin!
     Isyhhh biar betul mamat ni. Dia bujang 33 years old. Kita janda 46 years old. Dia anak lelaki tunggal. Bongsu pulak tu. Takkan mak dan tiga kakak2 dia benarkan!
     "Mak I dan seorang kakak I, balu. Seorang lagi janda. Takkan mereka tak boleh terima seorang lagi Ibu Tunggal!" Power pulak ayat mamat ni. 🤭
     Dan dengan bantuan tiga empat rakan kami, sebulan kemudian, dia lafazkan Akad pada 25/10/2000. Tetiba kita ada suami!  Sudah bergelar suami isteri, baru Kjee nak jumpa ibunya. Takut kena reject. 
     Tak sangka Kjee disambut mesra. Kenduri tumbang seekor lembu dan jiran2 sekampungnya, gotong royong jayakan majlis kami. 
     Itu kisah 20 tahun lalu. Hari ini dengan izinNya, kami telah bersama selama 7300 hari! Penuh dengan pelbagai warna kehidupan. Bukan setakat hitam putih aje. 
     Terima kasih sayangku. Sanggup susah senang dengan saya. Saya Mohon kepada Allah swt seandainya usia saya tidak panjang, Abang uruskan pemergian saya ke persinggahan abadiku. 
     Kita tunggu Abang di sana. 
     Insya Allah. 


6 comments:

  1. Indah ceritanya.. semoga kak jee dan uncle pali sentiasa berbahagia bersama hingga hujung usia...

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary Kak Gee. Till jannah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur. Semuga Kak gee dan uncle pali bahgia sehingga Jannah. Aamiin

    ReplyDelete