Friday, October 23, 2020

SOTONG BAKAR AIR ASAM


     Kejadian banyak hari yang lepas. Terlupa nak post kat sini. Ala sotong bakar biasa-biasa atas grill pan.  Lumur garam pastu dibakar.
     Dah elok masaknya, buatlah air Asam untuk cicah. 
     Stail Kjee mudah aje. Sebiji bawang besar di dadu atau dimayang halus. Belacan sebesar ibu jari dibakar kemudian ditenyeh-tenyeh dengan sudu jadikan serbuk. Air asam jawa diramas. Jangan cair sangat. Letak gula melaka dan sedikit sos nampla (fish sauce). Potong-potong cili padi, cili hidup dan daun ketumbar. Perah jus limau. Gaul. Rasa. Itu jer. 

1 comment:

  1. mudah dan sedaapp!! berselera tengok gambar sotong tu

    ReplyDelete