Friday, October 16, 2020

KUIH KERIA


     Made these yesterday. Kjee sebenarnya taklah berapa minat keledek. Tetapi sejak cuba buat Kuih Cucur Badak aritu, tiap kali nampak orang jual Keledek, macam teruja nak beli.
     UnclePali pulak suka makan Kuih Keria. Dulu dia selalu jugak beli Kuih Keria sira Gula Merah yang femes satu ketika dulu.
     So semalam Kjje guna 500 gms keledek oren. Buang kulit, potong dadu dan kukus lebih kurang 15 minit. Dah ok lembut terus lenyek masa panas2. Letak secubit garam dan gaul rata. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kjee letak satu cawan. Uli seketika pastu buat bebola sebesar bola ping pong. Dapat dalam 15 biji. Buat lubang di tengah-tengah. Ada orang alas dulang dengan plastik sebelum letak doh kuih tu. Tapi Kjee letak atas pinggan Corelle, ok jer. 

     Panaskan minyak. Ambil sebiji sebiji dan masukkan dalam minyak. Api biar sederhana. Balik-balikkan. Buat sampai habis. Toskan atas kertas tisu dapur. Sejukkan seketika. 
     Untuk menyira, masak setengah cawan gula putih bersama satu cawan air. Apabila gula sudah bertukar jadi pekat dan berbuih, masukkan kuih Keria dan terus kacau. Harus manja-manja takut penyek kuih. Apabila sudah kering, cerai-cerai kuih dan letak atas pinggan.   
     Sudah boleh hidang. 


   

Related Posts:

  • INI BUKAN CITER CUCUR UDANG...SO JANGAN TAK BACA!  Alamak? Ini mesti kes pinggan mangkuk terbang melayang2...sampaikan dah tak ada pinggan lagi Kjee nak bubuh cucur udang jagung ni, kan? Hahaha terer jugak korang mengagak! Actually taklah. Hari ni pepagi lagi Unclepal… Read More
  • BUBUR PUTERI MENYOROK  Puteri mana pulak menyorok ni? Macam2lah Kjee ni kan? Sebenarnya tekak Kjee teringin nak makan bubur butir nangka. Tapi kali ni Kjee nak buat kelainan sikit. Dapat ilham nak bubuh pes kacang merah yang Kjee beli dul… Read More
  • KARIPAP KENTANG AYAM SPECIAL Kelakar betul. Korang jangan ketawa menu bekfas Kjee pagi ni. Cadang tadi nak buat cekodok jagung udang versi tembab. Ala versi Che Mat Gebu. Tapi apabila masuk ke dapur, lain pulak citernya. innity_pub = "d1dc3a8270a6f939… Read More
  • KARIPAP AYAM + KENTANGKekadang Kjee rasa mood Kjee ni ikut cuaca. Kalau cuaca panas, jadi ceria. Kalau mendung, alamat nak bersembang dengan suami dan anak pun malas. Kjee rasa perangai Kjee ni tak luar biasa. Mood semua orang akan turun apabila … Read More
  • KARIPAP PEMBERIAN ROSE ANITA MENEPATI CITARASA KJEE!! Kjee ni hantu karipap. Pantang tengok bila singgah di gerai orang jual karipap. Biasanya, Kjee buat sendiri sebab Kjee ni cerewet dan mulut tak ada insurans apabila makan karipap orang buat. Ini adalah kerana arwah bond… Read More

1 comment: