Wednesday, September 28, 2022

POTATO MASALA


       Beberapa hari lepas Kjee ke restoran Mamak kat Lembah Keramat. Kedai tu memang femes dengan Puri yang mengelembung macam belon. Potato Masala pun sedap.
       Tapi itu citer sebelum PKP. Sekarang dah tukar tukang buat puri. Nampak macam sama tapi rasa tidak. Puri tebal dan Potato Masala cair. 🤔
       So pagi ini Kjee buat ler. Malas buat puri. So Kjee buat her lempeng bawang. Mula lepas Subuh tadi. Bukan susah pun. Setengah jam jer dah terhidang. Kena pandai multi tasking. Buat dua tiga kerja di satu masa. 
        Mula2 kerjakan kentang. Buang kulit. Potong2 dan rebus.  Saiz mesti sama supaya masak sekata. Lepas itu buang air dan lenyek2 manja. Biar kasar2. 



       Masa menunggu kentang tu empuk, Kjee sediakan adunan lempeng. Letak sedikit kelapa parut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau bagi sebati dan tepikan. 
       Kemudian hiris satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih dan dua biji cili padi. Tumis guna minyak yang sedikit hingga naik bau. Kemudian masukkan kentang lenyek, sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan satu atau dua sudu susu cair, kalo suka. Perasakan dengan garam. 
       Didihkan. Padam api. Boleh terus hidang. Tadi Kjee terletak air yang agak banyak. Jenuh nak keringkan. Justeru my Potato Masala terlebih masak. Sedap kalau kentangnya masih kenyal. 


       Dah siap Potato Masala, UP pun keluar bilik lepas mengaji, baca Yasin dan buat Tahlil buat arwah Bonda setiap pagi. Bondanya meninggal 8 Ogos lalu. Sementara dia uruskan bekfes anak2 bulus, Kjee pun buat lempeng. 
       

       Masa buat lempeng, sebelah tangan amik periuk, letak air dan didihkan untuk buat telor separuh masak. Itu kesukaan UP mengadap sarapan. Kemudian dia tolong buat Teh Ais yang sedap! 
       Dalam masa setengah jam aje, terhidanglah bekfes kami suami isteri. Alhamdulillah syukur. Hujan renyai2 kat luar dah berhenti ketika kami menjamah rezeki dari Allah swt ini. 




       




       






2 comments:

  1. Mcm senang je buat potato masala.. esok nk buat la.. hrpnya menjadi..
    Takziah utk UP.. mg arwah mak UP dtmptkan di syurga bersama kalangan solehah.. mg UP & kak jee tabah menerima kehilangan.. aamiin.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak jee.. nk update ni.. excited sgt pg ni.. da buat potato masala ni pg ni.. lin ikut semua yg kak jee ckp.. menjadi la!! Hapy sgt sbb potato masala ni fav my husband.. tq so much kak jee.. 🤩

      Delete