Saturday, July 16, 2011

KUIH RAYA SEDAP DARI SAL'S RECIPE

PROMO IKLAN BERBAYAR










choc chips
Hari ni Kjee dapat peluang rasa (biscuit testing) lima jenis biskut yang disediakan oleh Salbiah dan sahabatnya Zarina untuk tempahan Hari Raya. Awal2 lagi dah dapat rasa. Hilang rasanya rindu kepada kuih Raya. Terasa sangat dah dekat nak Raya!

Masa inilah bila kita rasa kuih Raya, betul2 terasa sedapnya. Maklumlah bila dah sampai Hari Raya, apabila mata rambang melihat pelbagai jenis biskut raya, tetiba selera nak makan pun hilang.

biskut mazola
Antara biskut yang dihulurkan oleh Sal dan Ina tadi ialah biskut Chocolate Chip, Biskut Mazola, Bangkit Kelapa, Tart Nenas dan Almond London. Almond London dijual dengan harga RM25 sebalang (45-50 biji). manakala Tart Nenas, Chocolate Chips, Biskut Mazola dan Bangkit Kelapa dijual dengan harga RM20 sebalang (45-50 biji).

Sebaik sahaja menjamah biskut2 air tangan dua wanita, yang masing2 ada career, tapi masih rajin ke dapur untuk mencari rezeki tambahan membuat kuih, Kjee dapat merasakan keikhlasan mereka.  Walaupun rupa dan bentuk kuih mungkin sama dengan yang dibuat oleh pengusaha  lain, kelebihan biskut Sal dan Ina adalah pada rasanya.

almond london
Kjee suka sangat Tart Nenas yang dibuat secara open tarts. Kecil dan cute sangat pada rupa dan rasanya ada kelainan. Rapuh apabila  masuk ke dalam mulut bukan di tangan! Mulanya Kjee rasa kecil sangat tetapi apabila difikirkan, di Hari Raya, biskut sebenarnya harus kecil dan comel supaya mudah kita nak merasa kuih lain. Kalau dibuat besar2 semua kuih, hmmm dah penuh pulak perut nak rasa ketupat dan rendang kan? Hehehe.

Almond London cookies mereka pula mewah denga rasa cokelat. Kjee memang peminat Almond London Cookies. Tapi pada Kjee cokelat yang digunakan oleh Sal dan Ina ini adalah dari kualiti atau gred yang elok. Jadi, rasanya lebih 'rich'. Kacang almond pulak diletak sebiji. Ada peniaga yang bubuh separuh jer.
Kjee pernah juga makan Almond London Cookies tanpa kacang
almond! Serius ni!!

Biskut Mazola yang paling kami minati. Apabila makan biskut Mazlo Ina dan Sal, Kjee rasa macam makan biskut yang dibuat masa Kjee muda2 dulu. Rapuh dalam mulut dan rasanya penuh dengan kacang. Sedap sangat. I Like!!!


bangkit kelapa

Begitu juga dengan Biskut Chocolate Chips.  Aroma chocolate atau koko menusuk ke hidung. Tak adalah rasa tepung semata2. Maklumlah kekadang orang meniaga, dibubuhnya pewarna berlebihan tetapi rasanya kosong.

biskut tarts
Biskut Bangkit Kelapa mereka pula juga mewah dengan kelapa. Bila kita kunyah, masih dapat 'mengunyah parutan' kelapa di dalamnya. Rasanya cukup manis dan lemak.

Kjee berpendapat mereka berdua ini masih mengekalkan resipi yang diturunkan kepada ibu atau sauadara mereka sebelum ini. Bukan senang hendak mendapat rasa keenakan biskut tanpa dicemari oleh keinginan peniaga hendak mengaut lebih untung.

Biskut Mazola dan Biskut Chocolate Chips adalah paling laris atau 'Best Seller' mereka selama ini.



Untuk tempahan, hubungi:


Salbiah 0162135247
Zarina  012 2920075

1 comments:

Anonymous said...

dah contact zarina dari sal's recipe.katanya penghantaran boleh diuruskan,senanglah macam ni. malam ni nak bincang2 dgn hubby and anak2 nak order jenis apa dan qtty. thanks kak jee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...