Tuesday, August 18, 2015

kuih muih

CHURROS/KUIH BELIMBING PERTAMAKU








First time makan Churros ni di Restoran Arab Mozes (kalau tak silap eja) di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kjee dah selalu tengok chef mat salleh buat kat AFC.

Actually, sebelum ini Kjee dah makan. Air tangan bekas MIL Kjee, orang Jawa Batu Pahat. Masa tu Kjee baru kahwin dengan Abah Nadia. Kjee tak pasti nama kuih itu tetapi ada kata kuih Belimbing. Mungkin kerana ia mirip buah belimbing. Tetapi, sebaik sahaja digoreng, ia direndam dalam air gula. Sedap sangat makan sebab masa tu belum diabetic. Hehehe.

Berpuluh tahun kemudian, barulah Kjee dapat makan sekali kali kat Rest Arab Mozes tu. Tapi, kali itu dicelup pula dalam cokelat cair. Boleh tahan sedap.

Apabila saban hari ada sahaja fren FB share kuih ini kat FB, Kjee jadi excited nak buat. Cuba ajelah kan. Tak jadi, sekali itu ajelah.

Kjee amati resipi pemberian fren FB, Mamanya Arissa Danny. Wah mudahnya nak buat. Macam adunan cream puffs. Jerang air pastu masuk tepung pastu masuk telor kacau sampai likat. Pastu pipe lah dalam minyak panas.

Kjee guna acuan semperit yang biasa-biasa. Itu sahaja yang ada dalam simpanan. Tapi ada yang kata lebih mudah guna acuan semperit daripada piping bag.









Bab nak paip adunan ke dalam minyak panas, harus dilakukan dengan hati-hati. Kalau ada pembantu yang tolong potongkan adunan itu, okaylah. Tapi tadi Kjee buat sorang-sorang cos my assistant sibuk dengan urusan dia.

Hah jangan risau sebab kuih ni terlalu senang nak nak buat! Cubalah. Satu adunan tadi dapat dalam 10 biji Churros. Untuk keluarga Kjee yang kecil, cukuplah kan? Masa menggoreng, api jangan terlalu kecik kerana kalau lama sangat menggorengnya, Churros tu akan menjadi terlalu garing.

Bahan-bahan dan cara membuatnya seperti dibawah. Selamat mencuba. Pemilik asal resipi Kjee tak tahu. Mintak dihalalkan.


CHURROS
BAHAN2NYA
1 cawan air
1¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
secubit garam
1 biji telor

CARANYA
Jerang air dengan butter, gula dan garam sampai mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung dan kacau pantas-pantas. Sebaik jadi doh, padam api, masukkan telor dan kacau lagi pantas-pantas guna senduk kayu. Masukkan dalam piping bag atau acuan semperit.

Panaskan minyak dalam kuali. Paipkan adunan berhati-hati dalam minyak sederhana panas. Balik-balikkan. Bila warna keemasan, keluarkan dan tos minyaknya. Dah sejuk, ayak gula aising pada keseluruhan kuih. Kalau nak cicah cekelat atau maple syrup, tak perlu tabur gula aising.








bekfas

UNCLEPALI BUAT PANCAKES







Kjee selalu konfius. Pancakes ni asal orang kita buat atau Mat Salleh? Kita memang ada Lempeng Tepung atau ada orang panggil lempeng pekak. So, sapa tiru sapa! Tulis sambil cekak pinggang.  Hahaha.

Anyway, arini UnclePali buat Pancakes resipi omputih walaupun Kjee suka lempeng orang kita. Hari tu makan kat gerai pelakon Rena Tan kat Wangsa Maju, depan Seri Rampai Business Park. Sedap cicah dengan sambal tumis hijau dia.

UnclePali hanya buat pancakes kalau Nadia tak kerja. Hari ni Nadia cuti sebab pagi semalam dia terjatuh dan terseliuh kaki. So, memandangkan Nadia suka makan pancakes airtangan Papa dia, maka yang kena buat adalah UnclePali. Kjee tak lulus bab buat pancakes. Actually alasan malas nak buat. Hehehe.

Oleh kerana UnclePali jarang buat, maka Kjee intai entry lama. Sukatannya 2 cawan tepung gandum, 2 cawan susu segar (Kjee guna susu cair), 2 sudu besar butter dan 1 biji telor. Blend semua sampai sebati. Resipi penuh, korang check kat SINI.












Apabila Kjee kata dua cawan tepung, UnclePali garu kepala. "Dua cawan? Banyak jadi nanti. Sapa nak makan?" Kjee suruh dia guna cawan comel ala Old Town White Coffee tu. Apa-apa bekas yang kenit pun tak apa kalau yang nak makannya tak ramai. Atau mungkin boleh buat separuh adunan jer. Telor biar sebiji.

Sekejap aje UnclePali siap buat. Dia guna kuali non stick yang kenit... yang 6 inci tu. Dapat dalam 15 keping agaknya! Lain kali nak buat separuh jer adunan.

Kebetulan, my dear sister, Kak Hawa yang tinggal di Australia, kembali bercuti Raya aritu. Kjee kirim kat beliau Maple Syrup. Beliau beri Kjee 3 botol. Sukanya Kjee sebab Maple Syrup ori memang mahal. Hanya dijual di supermarket besar sahaja.

So, tadi kami makan Pancakes dengan Maple Syrup. Nasib baik tak ada sambal tumis. Kalau tidak, Kjee pasti makan dengan pancakes ni. Tekak Melayu. Opppsss Jawa. Hehehe.




Monday, August 17, 2015

lauk pauk

SAYUR TAU MIU, STIR FRIED







Kjee tak pasti samada korang biasa melihat sayur ni. Orang Cina pangil Tau Miu dan omputih panggil pea sprouts. Sama keluarga dengan Taugeh. Ia tidak ada ekor... or mungkin ekor dia dah dipotong siap-siap sebelum dipek. Rasa pun lebih kurang sama. Masak pun boleh buat sama cam kita masak taugeh.

Hari tu Kjee order Thai Salad kat KL House Of Lamb, Resident Chef  Rahime Harun, selitkan jugak sayur ni. Sedap sangat salad tu dan Kjee tak sangka rupa-rupanya Tau Miu boleh dimakan mentah. Eh kalau ia keluarga taugeh, mestilah boleh makan mentah kan!

Sayur Tau Miu ni taklah fragile sangat macam taugeh. Kalau letak kat luar pun ia tidak cepat rosak macam taugeh. Setakat ni Kjee hanya jumpa Tau Miu ni kat Hero Market. Or maybe, Kjee jarang pergi supermarket lain. Hehehe.










Penyediaannya mudah jer. Rendam seketika dalam iar pastu ditos kering. Kjee masak tumis bawang putih sahaja tadi secara stir fried atau goreng pantas-pantas. Ketuk-ketuk dua tiga biji bawang putih, tumis dalam minyak yang sedikit, kemudian masukkan udang (ayam, sotong dan sewaktu bolehlah). Balik-balikkan seketika kemudian campakkan sayur Tau Miu yang telah di cuci dan ditoskan. Kjee tak letak garam, cuma sedikit kicap cair atau sos ikan Thai.

Oppppsss tentu korang perasan kenapa ada benda hitam dalam gambar. Tadi, semasa nak kemas pantry, terjumpa sekeping cendawan telinga tikus. Kjee rendam dalam air panas, ricik halus-halus dan campak ke dalam kuali bersama sayur Tau Miu.

Kjee pernah masak letak cendawan tiram atau oyster mushrooms (foto bawah). Tak bubuh rencah apapun. Ala-ala vegetarian. Pun sedap.



Letak cendawan tiram



Tak perlu masak lama-lama. Lima tau enam minit jer. Kalau ada minyak bijan atau sesame oil, bolehlah letak satu dua titis keatas sayur setelah siap masak.

Kjee suka ratah jer sayur ni.







Sunday, August 16, 2015

bekfas

ROTI BAKAR BERSAMA TELOR DAN CHEESE











Kjee suka sangat cari idea nak pelbagaikan makanan berasaskan roti. Macam-macam dah Kjee try. Dan ini yang terbaru... Kjee bagi nama Roti Telor Cheese Bakar. Kjee jumpa resipi ini kat FB seorang rakan.

Caranya ala-ala Roti Bakar letak telor separuh masak yang Kjee pernah buat dulu. Cuma kelainannya roti ini dibakar, dan ditaburkan cheese.

Rasanya? Hmmm bayangkanlah roti bakar, letak telor separuh masak dan ditabur cheese. Kjee malas nak panaskan oven, jadi Kjee guna Magic Pan. Lebih menarik, rasanya, kalau dibakar dalam oven.

Ini satu menu sarapan yang boleh disediakan anak-anak. Ajak mereka tolong kita buat, lain kali dia orang boleh buat sendiri. Dan mama semua boleh relax. Hehehe.

Kjee guna brown bread Gardenia. Kjee guna sudu untuk penyekkan roti di bahagian tengah. Penyekkan sampai ada 'benteng' yang tinggi sikit, sekeliling.








Kemudian, Kjee panaskan Magic Pan. Kalau guna oven, panaskan ke suhu 160. Selepas magic pan panas, Kjee slowkan api dan susun roti didalam Magic Pan. (Kalau guna oven, susun roti dalam dulang pembakar).

Kemudian, pecahkan telor ke dalam bahagian tengah roti yang telah dipenyekkan. Hati-hati jangan tertumpah putih telor keluar dari kawasan tu. Seelok-elok guna telor gred C. Kjee taburkan sikit lada hitam (Kjee guna ajishio blackpepper). Kemudian tudung tudung Magic Pan. Api kena paling low sebab takut bahagian bawah roti, rentung.







Selepas 3 minit, Kjee bukak kembali Magic Pan. Kalau nampak putih telor dah berubah warna sikit, taburkan cheese di sekeliling 'benteng' roti. Kjee guna Ceddar Cheese Slice yang didadu kecik-kecik. Tutup kembali penutup Magic Pan. Periksa lagi 3 minit kemudian. Kalau kuning telor sudah kelihatan masak sikit, boleh alihkan.







Kuning telor tu harus 'runny' atau cair seperti kita makan telor separuh masak. Hidangkan panas-panas. Enak kalau dimakan bersama Mayonaise ataupun Sos Cili pilihan.

Boleh juga pelbagaikan dengan meletak sosej yang telah dihiris nipis di sekeliling roti, sebelum tabur cheese.

Kalau nak roti telor yang biasa Kjee buat, klik SINI.









Saturday, August 15, 2015

L'arome

BANYAK KE LEMAK KORANG KUMPUL RAYA NI?











Hari ni dah last day Raya. Tak ada lagi Open House, tak ada lagi Ketupat, Lemang dan Rendang. Sekarang ni masa untuk balik kepada masa 'Penghapusan'... hapuskan lemak-lemak yang follow korang balik dari Open House! Hehehe.

Kjee langsung tak rasa bersalah sebab Kjee tak banyak pergi Open House. Dan Kjee tak banyak makan sepanjang Syawal. So, tak ada masalah lah. Pun demikian, Kjee tetap masih sapu L'arome Warm Serum sebab ada banyak tan lagi lemak yang harus dilupuskan. Hehehe.

So, kalau korang nak sapu L'arome Warm Serum, korang tentu tahu camner nak cari mokcik. Whatsapp 01131771389 jer.

Harga satu set empat botol RM410 pos percuma di Semenanjung. Satu botol pun mokcik jual tapi beli satu botol rugi babe. Harganya RM160. Kalau korang rasa gaji tak masuk lagi untuk beli 4 botol, elok dikongsi dengan kawan-kawan yang senasib. Sabah dan Sarawak, empat botol RM424 sebelum pos.





Wednesday, August 12, 2015

daging

KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK









Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu duduk dalam freezer, lupa pulak.

Pagi tadi, tekak Kjee teringin sangat nak makan kari daging. Teringat daging batang pinang dalam freezer. Kentang pun ada... rasanya dua tiga bijik. Orite... tak mau ubah fikiran lagi walaupun turut bermain di kepala Daging Kaprau atau Daging Goreng Daun Selasih, Sampai rumah dari hantar Nadia pagi tadi, Kari Daging yang menang. Hehehe.

Sementara defrost daging, Kjee sediakan bawang merah, bawang putih dan halia. UnclePali petik 3 helai daun kari. Kalau tak ada daun kari, rasa tak lengkap masak kari. Memang ada 3 biji kentang. So Kjee kupas kulit dan belah dua.

Kjee suruh UnclePali standby pressure cooker nak rebus daging. Habis hiris-hiris daging Kjee perasan daging batang pinang dah lembut. Sumbat dalam pressure cooker nanti hancur.











Ini ada tips untuk pastikan daging itu lembut atau liat. Masa beli, pastikan daging itu warna pink. Kalau merah menyala, mesti liat. Lepas tu, korang cubit sikit daging tu. Kalau senang dicubit, maka itu daging lembut. Kalau kenyal atau liat masa dicubit (daging mentah), nasib ler kan kena rebus berjam-jam kalau tak guna pressure cooker.

Korang nak resipi lengkap kari daging, sila KLIK SINI. Resipi itu guna daging tetel yang direbus sampai lembut. Memang sedap guna daging tetel sebab ada urat-urat dan jugak lemak-lemak sikit. Tapi jangan sedih kalau kolestrol melonjak naik. Hehehe.

Ada orang tanya camner nak masak kari daging yang sedap. Kalau nak tips dari mokcik yang masih belajar ini, KLIK SINI. Tak tahu samada kena dengan citarasa korang.  Arwah mak selalu letak lebih kurang satu sudu besar kerisik dalam kari daging atau ayam. Kjee malas nak buat kerisik. Tapi hasilnya memang kebahboom. Hehehe.

Okay itu saja mokcik nak story arini. Kalau nak terai buat, ok jer... kalau tak nak, mokcik tak report polis. Ok babai.





Tuesday, August 11, 2015

Anak Seni

PENYAKIT KRONIK... FB PUNYA PASAL


























A few years ago... kalau tak silap Kjee masa tu Nadia umur  lebih kurang 10 tahun, ada kawan seperjuangan Kjee ditahan di Australia kerana bawak dadah dalam beg pakaian dia. Orangnya tak muda lah... rasa Kjee anak dah besar-besar.

Bukan kawan seperjuangan dalam bidang kewartawan tapi dia anak seni. Rasanya dia kena tahan dalam jel di Australia selama 5 tahun. Ada ler kengkawan Kjee yang berhubung dengan dia masa dia dalam jel. Malah, kawan-kawan turut hantar kad Raya kat dia. Suruh kami semua sign kat kad Raya tu tanda dia sokongan moral. Kjee pun sign sekali. Hehehe.

Macam mana cerita dia kena tangkap? Kjee tak begitu pasti tapi dari cerita yang Kjee dengar, dia berkawan dengan beberapa lelaki Nigger di KL. Artis ni janda. Salah seorang nigger tu, boy friend dia. Kemudian, si boy friend ajak dia pergi holiday kat Indonesia.

Selepas Indonesia, mereka akan sambung holiday kat Australia. Tapi, sebelum sempat berlepas ke Australia, kat airport (di Indonesia), artis itu disuruh ke Australia seorang diri, sebab boy friend Awang hitam tu ada kerja yang tak selesai, rupa-rupanya. Dia disuruh bawak satu beg pakaian. Artis tu pun terus ke destinasi.

Sampai di airport Australia, dia kena 100% check! Ada dadah dalam beg dia! Walaupun dia merayu beritahu pihak berkuasa sana dia tidak tahu menahu pasal beg dan dadah tu, dia tetap dihukum penjara. Masa itu, kami mohon persatuan artis bantu dia... nak dapatkan khidmat lawyer untuk defend dia, tapi tidak berhasil.

Anyway, sekarang dia dah bebas, dah kembali ke tanahair. Dah aktif balik berlakun. Kjee pasti dia cukup-cukup serik dan insaf. Sekembalinya juga dia dapat jodoh, juga di kalangan orang industri filem. Alhamdullilah.

Okay kenapa Kjee buat entry ini? Kjee terpanggil apabila membaca akhbar Mingguan Malaysia, Ahad lepas. Muka depan lagi.. (Sila lihat gambar atas).






Ini adalah antara penyakit di FB yang harus ditangani kita sendiri. Jangan harapkan pihak berkuasalah. Kuasa di tangan kita. Nak atau pun tak nak kita approve kalau ada orang asing request nak jadi kawan.

Kjee terima lebih 20 friend requests setiap sebulan. Ada yang masuk tak sampai 5 saat, Kjee dah block. Ada yang tahan lama sikit sebab Kjee tak on FB.

Kalau Kjee guna tactic letak gambar kucing atau lain-lain selain wajah Kjee, mereka tidak akan ganggu. Tetapi 5 minit selepas tukar profile picture muka kita yang dah berkedut seribu ni, , berderu-deru depa masuk nak jadi fren!!

Ada seorang kawan Kjee beritahu, di negara Awang Hitam memang ada kolej khas untuk sang penipu. Dan mereka diajar secara detail cara-cara untuk menipu. Sasaran mereka wanita yang terlajak usia , ibu tunggal dan jugak wanita yang dah kahwin tapi tua kerepot cam aku.

Saban hari ada aje cerita yang terpampang di akhbar pasal kes ke tipu dek janji manis rakan FB yang pastinya bukan orang Malaysia. Orang Malaysia pun ada tapi tak ler ramai sangat. Ada yang berhabis puluh ribu, ada yang berhabis ratus ribu. Tapi, masih ada yang tak serik-serik.

Susah sangat ke nak delete atau block terus requests dari orang asing? Tekan aje delete dah selesai masalah.

Semalam ada seorang kawan beritahu, kalaulah Kjee approve, mereka akan geledah fren list Kjee, dan pasti ada ramai dari kengkawan Kjee yang hampir 5,000 orang itu,  bakal jadi mangsa!!








Korang rasa, fren asing ini yang bekerja dalam bidang Oil and Gas, lapar sangat nak berkawan dengan orang kita? Kalau gaji dia dah berpuluh ribu duit dia orang, baik ler dia orang pergi cari gadis-gadis omputih yang cun melecun. Aku yang dah warga emas ni pun masih nak dijadikan kawan walaupun sah-sah dah berlaki!!

Terbaru, mereka bubuh nama orang Melayu, gambar orang Melayu! Camner Kjee tahu mereka bukan orang Melayu? Dia orang inbox tulis .."Hi...how are you!:. Kjee balas, "Assalammualaikum. Kau nak apa?" Dia masih jawab "Hi.. How Are You!!" Bingai betul.

UnclePali pulak dapat profile pic wanita seksi maut. Dan Kjee yakin ramai lelaki tak sedar diri yang terpedaya. Hehehe.





Ini yang Kjee dapat pagi tadi. Tak tau kenapa dia cabut lari.




So, korang fikirlah sendiri. Kalau betul korang berduit, korang pandang sekeliling korang. Cari sedara mara terdekat yang susah hidupnya. Mustahil tak ada! Kalau dia orang semua kaya raya cam korang, cari jiran-jiran yang bela anak yatim piatu, kena tinggal suami....

Hah camtu lah nak himpun saham untuk ke sana. Jangan sibuk-sibuk kata dunia dah nak kiamat, dah nak akhir zaman tapi tak reti nak kumpul harta untuk ke sana!!!

Sekian disudahi dengan Wabillahi Taufiq, WalHidayah... Wasalammualaikum Warahmatullahi Taala Wa Barakatuh.

Wednesday, August 5, 2015

citer Cik Han

MISTERI DI LALUAN MENTAKAB


Jaja bersama bonda kesayangan, Maziah Razak



Tiga tahun lalu ketika berjalan Raya di rumah kakak angkat Kjee, Maziah Razak, tetiba anaknya Jaja buka cerita pasal kejadian ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kuantan. Masa tu hujung-hujung puasa. Mereka memilih ikut jalan lama sebab Kak Maziah ada nak beli barang kat jalan lama tu.

Kjee tak berapa nak concentrate masa Jaja cerita sebab tengah sedap jamu makanan air tangan Kak Maziah. UnclePali yang suka dengar cerita-cerita mistik, pasang telinga.

Apa yang Kjee ingat masa tu, Jaja kata dia dan emak dia tercari-cari kedai makan untuk berbuka puasa. Masa tu hujan. Kemudian, Jaja ternampak satu warung tepi jalan. Dia berhenti kereta dan hendak turun. Tapi tak jadi nak makan situ sebab keadaan di warung tu pelik sangat.

Kjee ingat lagi Jaja kata: "Semua pelanggan yang tengah makan dalam kedai tu pakai baju ala 60-an. Keadaan dalam warung tu gelap. Hanya ada lampu minyak tanah. Orang dalam warung langsung tak pandang atau pedulikan kami ketika itu!"

Itu aje yang Kjee ingat Jaja cakap. Rasanya UnclePali asyik juga melayan Jaja tapi Kjee terus makan. Hehehe.

Pagi tadi, dalam perjalanan hantar Nadia pergi ke office, sampai di satu traffic lights, UnclePali hulurkan fon dia suruh tengok satu gambar.







"You rasa gambar ni ada kena mengena dengan cerita Jaja dulu?"

Kjee terus ambil fon UnclePali. Nadia pun sama-sama tengok.

"Isyhh biar betul ni. Ya tak ya lah. Jaja dulu cakap kawasan yang dia kena tu, sikit lebih kurang sama!"

Kjee terus forward gambar tu kepada Jaja di facebook. Dan ini jawapan yang Kjee terima dari Jaja.





















Jeng jeng jeng.... korang fikir sendirilah apa yang dilalui Zura Apis Zuraini. Apakah mungkin kejadian yang sama dilalui Jaja? Huhuhu dah seram bulu roma walaupun tengah type. Misteri Nusantara... Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Kwang kwang kwang....

Mujurlah Kjee tak mungkin lalu lagi kawasan tersebut kalau pulang ke kampung UnclePali di Kampung Ulu Jempol, Maran, Pahang. Kami guna jalan baru. Highway. Heheh




Tuesday, August 4, 2015

L'arome

COMMERCIAL BREAK KOJAP...















Kjee rasa dah tak perlu cerita banyak pasal L'arome sebab ia kini serum pelangsingan yang dah femes satu Malaya. Macam mana boleh jadi femes sedangkan ia langsung tak pernah muncul dalam iklan di TV? Well, sebab L'arome telah berjaya membuat ramai puas hati!

Tengok ajelah mokcik. Tak pernah selama ini ada orang tegur kata mokcik dah susut badan. Mokcik tak tahu langsung yang badan ni dah mengecut. Satu hari gi my regular tailor of 10 years yang terkejut ukuran badan mokcik dah berubah!

Mokcik sendiri pun tak perasan badan dah susut walaupun apabila pakai baju semuanya dah longgar semacam. Lepas my tailor kata ukuran badan Kjee dah susut 4 inci sana (sebelum puasa masa nak tempah baju), maka barulah Kjee sedar. Barulah berani berdiri depan cermin dan buat inspection!




Masih boleh senyum walaupun king kong



Baju sama dengan yang diatas tau... ohhh tidakkk!!


Sambil tidur pun boleh kurus!!





Okaylah tak mau cerita panjang sebab Mokcik bukan salesman hard core yang keletah bila berbicara. Korang cuba terai test. Kalau nak terai satu botol (rm165+poslaju) mokcik jual. Kalau nak beli empat botol (rm410+pos percuma) pun okay jer. Ini harga semenanjung.

Tapi mokcik faham, time time lepas Raya ni, ramai yang pokai. Mujur banyak open house kalau tidak camner nak sambung hidup kan. Bukan korang jer... mokcik pun. So, kalau pokai tapi nak jugak kurangkan berat badan dan jugak inci dari bodi yang mengembang sebab makan banyak masa Raya, kongsi-kongsi jer dengan rakan-rakan senasib.

Kalau beli 4 botol RM410. Kongsi dua orang, maknanya 2 botol baru RM205. Mokcik selalu tak encourage orang beli 1 botol sebab mahal babe. Elok beli 4 botol secara kongsi-kongsi.





Soalan yang selalu mokcik kena bertubi-tubi ialah kalau sapu L'arome ni, secepat mana boleh kurus? Alahai semuanya terserah kepada kepada keadaan bodi memasing. Orang yang muda lebih cepat proses pembakarannya. Anak mokcik amik masa lima hari jer nak trim perut dia yang buncit.

Mokcik of course lah amik masa lama. Dah usung lemak lebih 20 tahun! Tapi dengan bangganya selepas penggunaan secara teratur (2 kali sehari jer lepas mandi), mokcik pun susutlah 4 inci. Korang ingat senang ke nak susut 4 inci keliling dalam masa 45 hari?

Ok itu aje mokcik nak story. Kalau korang minat nak baca lebih lanjut pasal L'arome, boleh klik jer SINI. Nak beli, boleh Whatsapp 01131771389.









Monday, August 3, 2015

lauk pauk

MI BANDUNG MUAR MAK PON











Kjee memang minat sangat semua makanan yang berkuah. Soto ke, mi kari ker, Laksa Johor, Laksa Penang dan jugak mi bandung. Kureng sikit yang kering-kering. Makan roti canai pun mesti banjir. Kalau ke Restoran Nasi Kandar, kuah pun mesti banjir dan pasti mamak tu menyampah bila Kjee kata, lagi mau semua kuah kasi campur-campur dan banjir!! Hehehe.

Paste rempah Mi Bandung Mak Pon ni dah berbulan duduk dalam peti ais. Masa Kjee kemas aritu, jumpa 10 peket! Pastu bagi kat kawan-kawan, sekarang tinggal 4 peket.

Malam tadi tetiba teringin nak makan Mi Bandung Muor Mak Pon yang femes tu. Dulu masa Kjee niaga, Kjee jual jugak Mi Bandung tapi paste nya Kjee order dari Kluang, Johor. Dia hantar naik bas ekspres. Sedap lah jugak. Ahhh pada Kjee asal Mi Bandung jer mesti sedap.

Beberapa bulan lalu, Kjee ke Muar. Sahabat Kjee, Ruhil Angah orang Parit Bakar. Kebetulan dia pun balik kampung. Maka dia ajak Kjee pergi dua gerai Mi Bandung yang sangat femes di Muar. Sedapnya tak terkata. Sekarang dah teringin sangat nak turun Muar makan Mi Bandung. Tapi tak boleh turun sebab Nadia tak ada cuti. Maka buat ajelah sendiri.










Walaupun dah banyak kali Ruhil kata mudah sangat buat Mi Bandung guna paste Mak Pon atau jenama (ada banyak jenama sekarang) lain, namun Kjee ni seringkali malas nak buat. Apatah lagi kata Ruhil, kena rebus tulang lembu. Malas nak pergi pasar beli tulang. Stok tu yang sedap. Dulu masa niaga, Kjee guna rebusan tulang ayam jer.

Pagi tadi Kjee singgah makcik yang jual kat bawah pokok dekat rumah Kjee. Alhamdullilah ada tulang lembu. Kjee rembat ½ kilo jer sebab Kjee rasa yang akan makan, Kjee sorang sebab Nadia kerja dan arini dia puasa. UnclePali pulak, bab Mi Bandung tekak dia kureng sikit.

Setelah masuk tulang dan jugak daging sebanyak 250gms dalam pressure cooker, Kjee duduk sambi; tengok peket paste Mi Bandung Mak Pon. Alahai senang jer nak bikin. Guna air rebusan tulang, pastu letak rempah secukup rasa dan didihkan. Pastu letak sayur, mi dan telor.

Ruhil kata mesti letak tauhu yang dipotong-potong (tak payah goreng). "Kau letak lah jugak Nyah, udang ke ayam ker..." Orite Nyah... Mak harus ikut cakap sifu. Hehehe.

Kjee hiris daging yang dah lembut direbus, udang dibuang kulit tinggalkan ekor, dan tahu dihiris-hiris kasar. Sawi jugak dah dicuci dan dipotong-potong.

Ini bab yang Kjee suka. Tak payah tumis. Main rebus jer.









Kjee letak sup rebusan tulang tadi dalam periuk. Kemudian Kjee masukkan sedikit demi sedikit paste Mi Bandung hingga cukup rasa. Kemudian masukkan udang, sayur, daging dan bila dah elok mendidih, pecahkan telor ke dalam kuah. Masa ni api kena pelankan sebab kuning telor tu jangan bagi keras.

Kjee celur mi kuning dan letak dalam mangkuk. Lepas tu kaup perlahan-lahan kuah dan bahan-bahannya ke atas mi dalam mangkuk. Itu jer. Makan masa panas.

Paste ni ada dua jenis, kata Ijat, kawan opis Nadia yang asal dari Muar. Yang pedas dan yang kurang pedas. Kjee rasa yang Kjee beli tadi yang pedas sebab tengok UnclePali bangun amik tisu kesat hidung.

Rasanya? Well, kalau UnclePali yang tak minat sangat Mi Bandung boleh habis satu mangkuk (yang dalam foto tu), mestilah sedap. Cukup jer rasanya. Ada manis, ada pedas dan yang penting, bangkit rasa udang kering!!

Kjee dapat tahu paste Mi Bandung Mak Pon ni ada jual kat pasaraya di KL tapi Kjee tak pernah jumpa. Selalu kirim kat Ruhil atau kawan-kawan yang balik Muar. Atau bila turun Muor, kita borong untuk bagi kengkawan. Hehehe

Harganya 1 peket lebih kurang RM10. Boleh makan 4-5 orang.










Sunday, August 2, 2015

chinese food

BUBUR NASI DAGING SAMA TELOR ASIN









Biasanya selepas beberapa hari makan rendang, lontong dan segala yang memanaskan perut sepanjang Syawal, Kjee akan selang selikan dengan menyediakan makanan yang elok untuk perut.

Misalnya, sayur-sayuran yang masak air atau masak bening kata orang Jawa. Ataupun bubur. Tak kesahlah bubuh nasi ataupun bubur oats. Rehatkanlah sikit perut tu.

Kalau dulu-dulu, di bulan Puasa, perut sebenarnya lega sebab boleh berehat. Tapi zaman sekarang, bulan puasa, perut kena kerja lagi keras. Apa yang korang nampak kat Puasa Juadah, semua menyelerakan! Telan, telan dan telan sampailah masa untuk tidur kejap sementara tunggu sahur.

Sebab itulah, Kjee pilih juadah Bubur Lambuk jer kelmarin. Nadia dan UnclePali termasuk Kjee asyik lari ke tandas sebab perut meragam. Kalau buat bubur, fikir Kjee, bolehlah bagi perut rehat sekejap.










Hah ini bubur lambuk versi Kjee. Tak tahulah samada boleh dikeluar bubur lambuk sebab versi yang ori banyak rempah ratusnya. Versi Kjee ni simple jer. My family tak suka bau rempah yang over powering atau berlebih-lebih.

Kalau orang lain makan bubur dengan telor asin, Kjee pulak pecah telor asin ke dalam bubur masa bubur sudah elok masaknya. That means 10-15 mnit sebelum padam api. Hati-hati masa pecahkan telor tu ke dalam bubur yang tengah mendidih. Kelmarin, terpercik ke tangan kjee dan teramatlah sakit. Hehehe.

Kjee buat bubur tak letak garam sebab letak telor asin. Tapi dah berpuluh tahun Kjee buat bubur ni, tiada rasa masin walaupun Kjee letak banyak telor asin. Bila nak makan, kalau tak puas hati dengan kemasinannya, Kjee sediakan kicap cair atau nampla (Thai fish/squid sauce).

Dan kjee suka tabur banyak banayak bawang goreng macam dalam foto. Hmmmm.

Resipi korang skodeng kat SINI.