Tuesday, October 25, 2011

famili dan kehidupanku

KENAPA KJEE GUNA KERUSI RODA?



Inilah kerusi roda yang dah bawak Kjee ke seluruh negara!


Isyhh isyhhh iyshhh..apabila ramai yang nampak Kjee naik kerusi roda, ada juga yang tanya lagi Kjee sakit apa. Actually agaknya mereka ini readers baru.


Kjee dah hampir 3 tahun sakit lutut. Sepatutnya kena operate bubuh besi. Pertama Kjee takut dan kedua tak mampu. Kemudian lebih setahun lalu, seorang Hamba Allah sedekahkan kerusi roda buat Kjee.

Sekarang ini kaki Kjee sudah semakin kuat tetapi Kjee hanya mampu berjalan 15 atau 20 tapak. Lebih banyak, Kjee rebah. So dalam rumah Kjee guna tongkat atau jalan pelan2. Kalau keluar, biasanya kalau ke tempat yang luas, kena guna kerusi roda.

Korang sambung je baca kat sini yer.


kisah2 close to my heart

ALHAMDULLILAH KAMI TELAH HIDUP BERSAMA SELAMA 11 TAHUN!

Sebulan selepas nikah

Setahun selepas nikah






Assalamualaikum..








Sebelas tahun lalu, Kjee telah membuat solat Istiqarah...mintak Allah swt, tutup pintu hati Kjee kepada semua  lelaki yang ingin singgah dalam hidup Jee sebagai seorang suami. Andainya, itu tidak dibenarkan, maka hantarlah kepada Kjee seorang lelaki yang boleh membawa aku ke jalanNya. Seorang lelaki yang boleh menjaga aku dan anakku sebaik mungkin.

Tidak lama selepas itu, ketika Kjee sedang menumbuk cili di dapur, tiba2 Kjee termelatah. Kjee sebut Oh Pali. Nadia yang sedang baca buku di ruang tamu datang kepada Kjee...Mama nak minum air bali ker? Nadia pergi kedai belakang beli yer. Kjee terpinga2.

Tidak sampai seminggu selepas itu, Kjee dipertemukan dengan seorang insan bernama Pali ketika sedang chatting di internet. Kami bertukar2 nombor telefon. Dia mintak jumpa tetapi Kjee kata, Kjee hanya akan pergi jumpa dia seandainya Nadia ikut sama. Dia sangat2 setuju!

Dan selepas pertemuan itu di sebuah restoran mamak di Taman Melati, seminggu kemudian, dia bertanya samada Kjee tidak bimbang tinggal berdua sahaja bersama Nadia? Zaman ini macam2 boleh berlaku...Dan sebulan kemudian, semua kini sejarah paling manis dalam hidup Kjee...Kjee menjadi isterinya!

Terima kasih bondanya Hajah Siti Rokiah, kakak2nya Paridah, Hjh Saadiah dan Fazilah kerana sudi menerima Kjee sebagai ahli keluarga mereka.

Walaupun, Kjee mengakui hidup kami tidak sunyi dari segala cabaran, namun sebagai satu famili, kami bertiga cukup happy.

Alhamdullilah. Hari ini ku panjatkan syukur he hadrat Allah swt kerana kami telah berjaya melepasi segala rintangan. Kjee terlalu berharap, suami Kjee bernama Pazeli ini akan dapat bersama Kjee susah dan senang hingga ke nafas akhirku.

Terima kasih abang...Jee tahu abang terlalu banyak bersabar dengan segala kekurangan Jee, paling penting menjaga Jee dan Nadia ketika kami sakit.. Jee berharap abang akan terus bersama Jee hingga ke nafas akhir Jee, Insya Allah. I Love you! Thank God, We Made It!!!

Terima Kasih Sharifah Rosidah, Shamsul Bahari, Yazid Othman dan Norbaya Musa kerana telah sama2 merealisasikan hasrat kami untuk menjadi suami isteri, 11 tahun lalu.

Bacalah jugak sini.


Di Galeria Tun Mahathir, Langkawi

Terkini



Monday, October 24, 2011

kedai Kjee

KEDAI ONLINE KJEE - 4

Ingin diberitahu, hari ini stock double boiler dan ramekins saiz 3.5" sudah sampai. So, sesiapa yang emel dan pm Kjee untuk order sebelum ini, kini boleh buat demikian secepat mungkin. Stok terhad.

Please emel me at kedai@fauziahsamad.com.

(KJEE ADA BERI NOMBOR HANDFON UNTUK SMS KEPADA MEREKA YANG EMEL SEBELUM INI. ITU BUKAN NOMBOR KJEE TAU. PLEASE GUNAKAN UNTUK SMS JER YER BUKAN UNTUK BERKENALAN. TERIMA KASIH)



kisah2 close to my heart

DATO SERI NAJIB - A TRUE AND FINE GENTLEMAN!





Kena usik sikit dengan Kjee, merah padam muka Dato Seri!!
 Apa yang kita dapat bayangkan kalau pandang wajah Dato Seri Najib di TV, gambar atau surat khabar? Mesti korang kata kulit putih melepak, bibir merah yang sentiasa menguntumkan senyuman. Itu jer ker?







Well, selama 45 minit Kjee duduk berdepan dengan Malaysia's Nombor One ni, macam2 Kjee nampak. Macam2 yang berlegar dalam otak Kjee. Jarak usia Kjee dengan PM kita ni taklah jauh sangat...alamak kalau aku tulis berapa tahun nanti korang dapat agak usia aku. Beliau lahir dalam bulan yang sama dengan Kjee. Tapi tahun lain sikit jer. Kahkahkah

Beliau pada kaca mata Kjee, adalah A True and Fine Gentleman. Kalau di translate ke bahasa kita, seorang lelaki yang berhemah tinggi. Selalunya, orang macam beliau ni tergolong dalam golongan Bangsawan! Eh serius ni. Bukan Kjee nak mengampu lah. PM tak kuasa nak layan tukang ampu tau.

Melihat cara Dato Seri Najib carry himself, terbayang Kjee wajah dan gaya bonda beliau, Tun Hajah Rahah. Seorang yang sopan dan berbudi bahasa tinggi. Malah, dulu2 masa Kjee interview beliau , susah nak dengar suara yang terbit dari mulut Tun Rahah Mohmad Noah itu.

Tetapi Dato Seri Najib taklah sebiji cam tu. Suara beliau kuat jugak kedengaran. Cuma beliau seorang yang cukup malu. Apabila Kjee mengusiknya semalam, beliau senyum sambil tunduk. Maaf yer Datin Seri Rosmah. But You're so lucky to be his wife!! 

Semalam Kjee beritahu Dato Seri, kali pertama Kjee ternampak beliau ialah ketika beliau berdiri so composed beside his mum and brothers  masa jenazah Allahyarham Tun dibawak ke bangunan Parlimen untuk penghormatan terakhir setelah meninggal dunia di London. Masa tu, Dato Seri cukup muda dan handsome giler!!

Beliau senyum, tunduk dan kata...Ya tahun 1976! Merah padam muka Dato Seri!!

Pada Kjee, Dato Seri Najib telah melalui fasa pembesaran yang cukup tertib. Tun Hajah Rahah pernah diinterview sebagai berkata, Najib adalah seorang anak yang cukup baik. Tidak susah membesarkannya!

Dan Kjee terfikir, kenapa orang sebaik Dato Seri Najib sering menjadi sasaran pemfitnah dan pengkhianat negara. Jawapan Unclepali (my asben) ringkas. "Mereka (orang atasan pembangkang) tahu Najib tu seorang manusia yang amat baik. Tetapi apa kan daya. Mereka terpaksa melakukannya (memfitnah dan sebagainya) demi agenda politik mereka yang rakus!! Semua kerana kuasa dan mahu menakluki Putrajaya tanpa memikirkan akibat dan kemudharatan kepada rakyat!!

Semalam Kjee berbual dengan Cik Umi Hani, salah seorang pegawai yang cukup rapat dengan Dato Seri. Kata Umi, seboleh mungkin, kami di pejabat beliau, cuba memberi beliau seberapa banyak ruang untuk beliau 'bernafas". Kami rela dimaki hamun oleh mereka yang datang tetapi tidak berpeluang menemuinya. Kerana kami tidak mahu serabutkan fikiran PM. 

Beliau amat suka majlis2 yang santai sebab masa itu, beliau boleh relax tanpa gangguan. Umi cakap begitu setelah Kjee kata, kenapa in person, Dato Seri nampak lebih muda!

"Apabila beliau relax, ketenangan jelas terpacar di wajah beliau..." tambah Umi.

Dalam perjalanan balik dari Seri Perdana malam tadi, Kjee tak dapat padamkan wajah2 PM yang Kjee tatap sepanjang 45 minit itu. Ketika beliau senyum, ketika beliau serius menaip di handfon (mungkin sedang tweet), ketika beliau terkejut apabila MC masukkan gol pertama, ketika beliau mengelamun (agaknya terfikir agenda malam itu. Beliau terus berlepas ke Kuantan selepas majlis malam tadi). Dan banyak lagi ekspresi muka PM yang kita cintai yang tak dapat Kjee rakamkan sebab kamera tidak ada pada Kjee masa itu.

Kalaulah ini kali terakhir Kjee dapat duduk berapa inci sahaja dari beliau, Kjee sudah rasa cukup puas. Momen ini akan terus terpahat dalam kotak memori Kjee hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

Baca sini.


Yang tengah tu Special Officer PM, Encik Hawari (begitulah nama yang Kjee dengar)

kisah2 close to my heart

PERTAMA KALI KU JEJAK KAKI KE SERI PERDANA - PART 3


Cik Umi yang ayu ni yang aturkan Kjee duduk semeja dengan PM! Thnx Umi. Love you!!
Bersama Dato M Kayveas. Ramah sangat!
Hah, terima kasih semua sebab sudi tunggu lama nak baca story Kjee. Memang banyak cekadak mokcik ni. Nak bagi saspen orang jer kan!!










Kalau tahu nak duduk semeja dengan PM, harus aku mekap sakan!! Hehehe

Okay, kat mana Kjee hah...oh ya...tetiba masa Kjee sorang2 duduk di kerusi roda, masa orang lain amik makanan, ada suara lembut sapa Kjee. Kjee toleh. Eh Cik Umi Hani, pegawai media di Jabatan Perdana Menteri. Orangnya ayu sangat2. Hmmm kalau aku ada anak lelaki, nak jugak buat menantu budak Umi ni!!

Kak Jee, kata Umi. Jom kita ke meja PM. Tadi saya dah tanya beliau. Beliau kata beliau kenal Kjee dan ajak Kjee join meja dia! Hah?!!! Isyhh jangan nak main2 Umi. Kjee ni ada sakit jantung. Hari tu dah check ECG tapi tak ada...saja ayat kat dia hehehe

Kata Cik Umi, eh serius ni. Jom saya tolak kerusi roda Kjee ni. Sepantas kilat Kjee kata...eh mana boleh. Berat ni. Hanya asben saya jer boleh tolak. Umi terus nampak salah seorang bodyguard PM kat situ. Panggil dia. Terus bodyguard tu datang.

"Eh nanti..jangan dulu...asben saya tak tahu nanti saya ke mana!!" kata Kjee terketar2. Actually nak bagi excuse tak nak ke meja DS Najib. Giler betul!! Punyalah takut masa tu. Jantungku berdengup deras!! Cik Umi dan bodyguard tu tak peduli. Terus sorong wheelchair Kjee ke meja DS Najib. Masa tu Kjee rasa macam nak masuk balik perut ibuku!!!

Kenapalah kau menyelit Nadia? Bagilah can Mama nak pose dengan Dato Seri najib!!


Sampai di meja makan yang hanya ada empat kerusi, ada DS Najib, seorang lelaki handsome (yang Kjee diperkenalkan sebagai Dato K...bukan Dato K tu..tapi Dato Kamarul) dan seorang lelaki berbangsa India dari Astro. Unclepali kata dia komentator ESPN. Ahhh mana nak tahu. Kjee bukan pelanggan Astro!

Mau tak mahu, terimalah jugak qada' dan qadar kena duduk bertentangan dengan Malaysia's Nombor One!!! Fuyooo menang loteri pun tak best camnilah!! Sejuk perut arwah bonda mengandung dan melahirkan aku!!! Oh My Tuhan!!!! (translation dari Oh My God!!)

Lidah Kjee jadi kelu. Nasib baik kelu kalau tidak, naya merapu depan PM. PM tanya nak makan apa? Kjee hanya senyum dan geleng kepala. Isyhh makanlah, kata beliau sambil gamit kepada waiter suruh layan Kjee!! Lidah Kjee yang kelu jawab tergagap2 ...Saya diet Dato Seri!! (Walhal kebulur sebab lunch tadi tak selera makan sebab excited nak jumpa PM). Tapi waiter hantar satu demi satu makanan. Kjee jamah sikit jer sebab rasa susah sangat makanan nak masuk kerongkong!!


Dato Seri kata, awak mesti A fan of MU. Tahu apa Kjee jawab? Not so much MU but ada great fan of YOU!! DS Najib tunduk malu. Senyum.

Match pun start. Mata Kjee asyik curi pandang DS Najib. Memang dia penyokong tegar MU. Sambil makan perlahan2, mata beliau  tak beralih dari screen TV besar belakang Kjee. Ingatkan DS pandang Kjee rupanya pandang screen Sebab itulah, malu nak makan. Nyesal lak.

Kjee mula rimas. Biasalah kalau tengok bola, suara Kjee jer yang lebih. Tapi malam tadi kena kemut suara! Kjee pandang kat meja Unclepali dan Nadia. Dia orang tengah pulun baeeekkk punya. Kjee bagi signal kepada Personal Assistant Dato Seri bernama Encik AmHari nak kembali ke meja asal Kjee. Alasannya, bagilah orang lain duduk pulak. Takkan nak conquer sorang2 kan! Tapi dia kata selepas break first half.

Sebaik sahaja half time break, Kjee signal kat Unclepali suruh datang amik Kjee. Sempat tanya Dato Seri boleh ke amik gambar dengan beliau. Korang tahu apa dia jawab dengan senyuman cukup manis? Of course...sure...jom sini. Dan Kjee pun ditolak Unclepali ke sisi DS Najib. Punyalah happy. Cuma bila balik rumah tengok gambar, tiba2 tertanya...bila masa lak Nadia menyelit kat tengah2. Spoil betullah. kahkahkah.

Ada lagi tau. Itu kena tunggu malam sikit. Dah penat jari jemari ku ini!!!

Lepas ni, tunggu apa story Kjee tau...memang DS Najib ni A True And Fine Gentleman!! BUkan calang2 punya lelaki. Tapi korang tahu tak sebenarnya,a beliau seorang yang pemalu! Betul. Nanti story Kjee lepas ni yer!

Dato K ini yang ramah sangat layan KJee

kisah2 close to my heart

PERTAMA KALI KU JEJAK KAKI DI SERI PERDANA - PART 2


Ini Dato Kamarul, pegawai atasan TLDM


Unclepali kata ini gambar superimpose! Hehehe


Sambung citer semalam.

Sebaik sahaja keluar dari lif, seorang lagi polis wanita cun sambut kami dan usher ke Dewan Bankuasi (Banquet Hall). Terpinga2 Kjee. Nak tengok bola kat sini ker? Ingatkan kat padang atau tempat terbuka!! Ini sudah terbaek!!!

Dulu masa Nadia datang berbuka di Seri Perdana, ia dibuat di tempat terbuka (perkarangan garden SP). Masa dalam perjalanan tadi, Kjee terfikir, kalaulah kat luar bangunan, habislah aku. Kjee bukannya tahan panas! Mesti berpeluh giler2!!

Sambil Unclepali tolak kerusi roda Kjee, Kjee pun terpinga2 cari meja. Mata Kjee liar jugak. Ada hati nak pilih meja yang paling hampir dengan meja VVIP. At least kalau tak leh gambar dengan PM dan Datin Seri, ambik gambar dari jauh pun jadilah.

Akhirnya, kami dapat meja yang dirasakan paling sesuai dan terus tunggu Shila dan suaminya Nan serta Nadia sampai. Mereka pergi parking kereta. Nadia sampai tercunggap2. "Mama, dasyatnya buat dalam dewan ni. Dulu kami bukak puasa duduk kat luar jer." Well....

Masa menunggu Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah datang, bekas deejay Radio Era/Sinar FM, David Low yang menjadi emcee majlis menghiburkan kami dengan sessi temubual dan kuiz. Sempat jugak Kjee menang hadiah apabila David tanya apa binatang kesayangan Dato Seri Najib. Elehhh cennnang jer. Dah lama dah Kjee post pasal PM kita sayang kucing. .Klik sini.

Pastu David suruh kami semua bangun dan beratur sepanjang ruang jalan masuk dewan untuk menyambut ketibaan DS Najib. Kjee kecewa sangat apabila David umumkan, Datin Seri Rosmah tidak dapat menghadirkan diri. Terdengar jugak keluhan ramai apabila dengar David Low buat pengumuman itu.

Kemudian tepat kul 8.15 malam, DS Najib masuk ke dalam Dewan. Kecuh betul. Semua acu kamera dan hulur tangan. Kesian Kjee...diselindungi orang ramai . Tak leh nak buat apa sebab duduk kat kerusi roda.

And then Jeng jeng jeng, DS Najib sampai ke Kjee. (Sila tengok video) Ketaq lutut Kjee. Tangan terus jadi sejuk. DS Najib sambut salam Kjee. Pastu tanya kenapa naik wheel chair. Lidah Kjee dah kelu. Kjee tanya mana Datin Seri. Beliau kata DSeri ada kerja sikit.

Pastu DS Najib pun terus bersalaman dengan semua dan duduk di tempat yang dikhaskan. Punyalah Kjee excited. Tapi pasti keterujaan Kjee tak sama dengan Puan Theresa, guru Tadika dari Kajang ni. Dia cakap kuat2...I don't want to wash my hands after this!!! Hehehe.

Begitulah penangannya aura DS Najib. Tunggu Kjee akan tulis personaliti Dato Seri Najib dari kaca mata Kjee. 45 minit (first half perlawanan bola) Kjee duduk berdepan dengan beliau. Isyhh tak leh citer sekarang. nanti hilang saspen!!

Oleh kerana masa tinggal sikit kerana perlawanan bola dah nak start, DS Najib bagi ucapan pendek (kira-kira 10 minit) welcoming his guests seramai kira-kira 300 orang. Pastu makan time!

Kjee duduk sorang2 terpinga2 apabila semua pergi mendapatkan makan. Semua nampak tergesa2 sebab match dah nak mula. Ramai yang lalu depan Kjee offer nak ambilkan makanan. Semua peringkat orang...1 Malaysia lah, katakan. Tapi semua Kjee tolak dengan rasa terharu sebab Unclepali dan Nadia dah gi amik.

Lepas tu..jeng jeng jeng...ini part paling saspen.  Suara lembut sapa Kjee...Tapi kita sambung Part 3 nanti yer. Panjang sangat nanti boring. Kahkahkah


Ada 3 screen besar cam ni untuk kami tengok perlawanan bolasepak EPL

Kjee bersama Shila, suaminya Nan, Theresa dan anaknya Megan

layannnnn

VIDEO DI SERI PERDANA





kisah2 close to my heart

PERTAMA KALI KU JEJAK KAKI DI SERI PERDANA - PART 1


Bayangkan rubbing shoulders with the country's Number One!!!

Aznan, Shila, Cik Umi Hani (pegawai di Jabatan Perdana Menteri) dan my princess

Me dengan David Low (deejay Era dulu, ingat tak) dan Shila

Bayangkan!! Kjee semeja dengan PM!!!



Beberapa hari lepas, my gud frend Noor Hasilah Ismail, bekas wartawan Berita Harian dan wartawan Agendadaily.com dan juga blogger Asam Pedas, text Kjee. Dia kata minat tak nak nonton perlawanan bolasepak antara MU dengan MC kat Seri Perdana? Kau nak, aku boleh arrange!!











Hah? Tak nak? Dah hilang akal ke tak nak!! Gilerlah kalau nak tolak tuah!. Dan Kjee pun buatlah pelbagai cancellations. Kan Kjee dah plan nak ke Melaka hari Ahad. Dah plan sejak minggu lepas. Punyalah excited! Hari Sabtu sepatutnya Kjee attend majlis bersama Majalah Jelita sempena ulangtahunnya yang ke-35. Majlis yang special untuk ex-staff. Rupa2nya Kjee silap tarikh so kami ke Melaka hari Sabtu.

Sejak pagi tadi Kjee punyalah gabra. Dalam hati, isyhh tak nak letak harapan terlalu tinggi. Tapi kalau boleh naklah bergambar dengan PM dan Datin Seri Rosmah yang dah lama Kjee kenal. Dan dah lama tak jumpa! Maklumlah hari tu masa berbuka puasa dengan PM, Nadia yang pergi dengan kengkawan Uni dia langsung tak dapat bergambar dengan PM kerana terlalu ramai orang.

So, Kjee pun fikir...alah kalau tak dapat bergambar pun tak kisahlah. Yalah tu tapi hanya Tuhan jer tahu betapa kecewanya Kjee kalau tak dapat!

Sebab itulah dari pagi, Kjee gelabah. Asyik masuk dapur je masak. Tak tahu apa nak expect. Terfikir...Dato dan Datin Seri kenal ke aku lagi? Ahh kalau tak kenal lagi pun, nak buat camner...mereka siapa, aku siapa. Sempat lagi pujuk hati ini masa memasak!

Kul 4.30 petang, kami tiga beranak ke PutraJaya jumpa Shila dan suaminya Aznan. Kami lepak dulu kat Star Bucks Alamanda, pastu kira2 jam 6.45, kami ke Seri Perdana. Masa tu orang dah ramai. Tapi dek kerana Shila masih jadi wartawan dan seringkali buat urusan dengan pejabat PM, senang jer kereta kami dapat masuk terus ke perkarangan Seri Perdana. Yehhh dasyat!! Orang lain semua kena park kat luar!!

Nadia drive terus sampai ke depan pintu masuk kediaman Dato Seri Najib. Dua abang polis datang bantu Unclepali keluarkan kerusi roda. Mereka turut membantu kami masuk ke dalam Seri Perdana. Pastu, ada seorang polis wanita yang cun, terus bawak kami ke lif! Ewah, punyalah first class treatment!! Ini semua hanya berlaku dalam drama/filem atau mimpi!!!

Okaylah...nanti part kedua, apa terjadi masa kami masuk ke kediaman rasmi Dato Seri Najib Tun Razak, akan menyusul esok. Kjee dah penat. Kjee akan tidur sambil tersenyum malam ini.

I hope it was not a dream...the most beautiful dream ever!! The evening I ate at the same table with the country's no 1...(I kept pinching myself...yess my dear Fauziah Samad, it was not a dream!!). Kalaulah mimpi dan bukan realiti, Kjee tak nak bangun tidur, pagi esok!!!! Biarlah bermimpi sampai bila2. Kahkahkah

Banyak lagi gambar esok yer. Tungguuuuu. Ada cerita pasal Nadia jugak. Amboi...ada peminat...handsome dan femes lak tu.. Ayoyo!! Pastu masa terserempak dengan Kjee waktu Kjee dan Unclepali tunggu Nadia amik kereta, dia salam Kjee sambil tunduk hormat. Kemudian dia kata: "After this I'm going to marry your daughter..." laju dia pergi ke kereta.

Hmmm Kjee balas sambil bergurau...Yesss you have to masuk Islam first tau!!! Me ready...dia sempat balas...amboi!!!!

Amboi...mama duduk kat meja PM, Nadia duduk ngan sapa tu...hehehe


Sunday, October 23, 2011

muffins

MUFFIN JEM RASBERI RESIPI CHE MAT GEBU




Masa belum masuk oven dan belum bubuh jem

Akhirnya, Kjee merajinkan jugak diri ke dapur untuk buat muffin rasberi macam yang Che Mat Gebu buat ari tu. Memang lama dah teringin nak buat sebab Kjee ada jem yang diberikan oleh anak sedara Kjee,  Aimran, masa dia balik dari London hari tu.
Memang sedap. Cuma Kjee ni gatal sangat pergi kurangkan gula sikit (takut manis sebab kan ada jem), hah jadilah hasilnya tawar sikit. Tapi tak per. It's good for my health, you know. Weh dah makan muffin, cakap omputih lak. Hehehe.

Anyway, Kjee buat ni pun sedang nak menerai samada ramekins yang Kjee beli (yang ni Kjee guna paling kecik saiz 2.5") boleh ke tidak masuk oven. Hah gerenti tak pecah melainkan kalau korang hempaskan ke lantai.  Kalau pecah masa masak, mau nya aku kena saman.

So, pesan Kjee kalau korang nak buat, jangan pepandai nak kurangkan gula atau bahan2 lain kalau tuan punya resipi tak kata apa2. Pepandai jer Kjee tadi. Nasib baik jem ada banyak. Boleh sapu jam sambil makan macam makan scones. Hah itu pun belum buat lagi.

Kjee copy paste resipi Che Mat yer. Thnx Che Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
  2. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
  3. Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem raspberry.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...


sayur-sayuran

MASK LEMAK PUCUK UBI DENGAN KUPANG


Rupanya sedap lah masak kupang cam ni. Lain kali mana lak nak cari kupang segar cam yang adik Kjee bagi semalam? Kalau di KL mesti mahal harganya.


Anyway, tak boleh melalut banyak2 sebab lepas ni Kjee nak buat kuih. Masak lemak pucuk ubi cam biasa, pekat2 bubuh kupang. Itu jer resipi hari ni tau. Daun kunyit Kjee mayang halus2. Bila dah nak dekat masak, Kjee tabur jer. Bila makan ada aroma bau daun kunyit. Kelazzz kau Jah! Hehehe.

kuih muih

KARIPAP KENTANG AYAM SPECIAL


Kelakar betul. Korang jangan ketawa menu bekfas Kjee pagi ni. Cadang tadi nak buat cekodok jagung udang versi tembab. Ala versi Che Mat Gebu. Tapi apabila masuk ke dapur, lain pulak citernya.



Kjee bukak fridge dan jumpa baki ayam golek yang kami beli kat Kpg Kerinci hari tu. Masih dalam keadaan elok. So, tanpa berfikir panjang,. Kjee pun keluarkan kentang dan porjek buat inti karipap kentang guna isi ayam golek leftovers tu.

Sebaik sahaja inti siap dan disejukan, Kjee buka freezer. Jeng jeng jeng, jumpa pulak satu peket prata jenama Kawan. Boleh ke tak boleh boleh ke tak boleh...ahhh kita yang buat dia.

So Kjee keluarkan sekejap bagi doh prata tu duduk dalam suhu bilik. Kemudian Kjee potong dua sekeping prata tu.Pastu buatlah karipap macam biasa. Bubuh inti dan kelim. Walaupun sukar sikit nak klim sebab lama sangat duduk dalam suhu bilik dan lembik. Tapi kalau tabur tepung gandum sikit oklah.

Jadinya taklah secantik karipap biasa sebab. Senget benget sebab Kjee terkial2 nak klim. Susah sangat sebab dahlah tak ada shape, lembik pulak.

Tetapi kalau dah nak buat tu, apa halangan bisa ku tempuh!!  Dan hasilnya? Tak mau nak citerlah sebab sedap sangat!! Macam karipap yang flaky. Ala2 puff pun ada. Masa goreng, apinya mesti sederhana.

So kalau korang nak cuba, bolehlah. Intinya boleh buat cara korang sendiri tau! Okay tumpang lalu, Kjee nak makan sebelum Unclepali dan Nadia habiskan. Hehehe.