Tuesday, October 25, 2011

ALHAMDULLILAH KAMI TELAH HIDUP BERSAMA SELAMA 11 TAHUN!

Sebulan selepas nikah

Setahun selepas nikah






Assalamualaikum..








Sebelas tahun lalu, Kjee telah membuat solat Istiqarah...mintak Allah swt, tutup pintu hati Kjee kepada semua  lelaki yang ingin singgah dalam hidup Jee sebagai seorang suami. Andainya, itu tidak dibenarkan, maka hantarlah kepada Kjee seorang lelaki yang boleh membawa aku ke jalanNya. Seorang lelaki yang boleh menjaga aku dan anakku sebaik mungkin.

Tidak lama selepas itu, ketika Kjee sedang menumbuk cili di dapur, tiba2 Kjee termelatah. Kjee sebut Oh Pali. Nadia yang sedang baca buku di ruang tamu datang kepada Kjee...Mama nak minum air bali ker? Nadia pergi kedai belakang beli yer. Kjee terpinga2.

Tidak sampai seminggu selepas itu, Kjee dipertemukan dengan seorang insan bernama Pali ketika sedang chatting di internet. Kami bertukar2 nombor telefon. Dia mintak jumpa tetapi Kjee kata, Kjee hanya akan pergi jumpa dia seandainya Nadia ikut sama. Dia sangat2 setuju!

Dan selepas pertemuan itu di sebuah restoran mamak di Taman Melati, seminggu kemudian, dia bertanya samada Kjee tidak bimbang tinggal berdua sahaja bersama Nadia? Zaman ini macam2 boleh berlaku...Dan sebulan kemudian, semua kini sejarah paling manis dalam hidup Kjee...Kjee menjadi isterinya!

Terima kasih bondanya Hajah Siti Rokiah, kakak2nya Paridah, Hjh Saadiah dan Fazilah kerana sudi menerima Kjee sebagai ahli keluarga mereka.

Walaupun, Kjee mengakui hidup kami tidak sunyi dari segala cabaran, namun sebagai satu famili, kami bertiga cukup happy.

Alhamdullilah. Hari ini ku panjatkan syukur he hadrat Allah swt kerana kami telah berjaya melepasi segala rintangan. Kjee terlalu berharap, suami Kjee bernama Pazeli ini akan dapat bersama Kjee susah dan senang hingga ke nafas akhirku.

Terima kasih abang...Jee tahu abang terlalu banyak bersabar dengan segala kekurangan Jee, paling penting menjaga Jee dan Nadia ketika kami sakit.. Jee berharap abang akan terus bersama Jee hingga ke nafas akhir Jee, Insya Allah. I Love you! Thank God, We Made It!!!

Terima Kasih Sharifah Rosidah, Shamsul Bahari, Yazid Othman dan Norbaya Musa kerana telah sama2 merealisasikan hasrat kami untuk menjadi suami isteri, 11 tahun lalu.

Bacalah jugak sini.


Di Galeria Tun Mahathir, Langkawi

Terkini



36 comments:

  1. susah nak cari lelaki yg macam ni

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Tahniah kjee diatas usia perkahwinan yg ke-11..& semoga kjee lebih bahagia & ceria disamping suami tercinta..Amin

    ReplyDelete
  3. Betul betul betul SUSAH CARI SUSAH DAPAT! ameeen

    ReplyDelete
  4. Salam akak,

    happy anniversary!...semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur nya,...amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. dah 11 thn kak jee... setelah jerih perih kak jee lalui berdua bersama Nadia dan berkat ketabahan kak Jee Allah kurniakan seorang lelaki tunggal dalam kehidupan kak jee dan Nadia yg bergelar Suami dan bapa.

    semoga kebahagiaan ini kekal untuk selamanya buat kak jee dan keluarga

    ReplyDelete
  6. happy anniversary kak jee & uncle pali

    ReplyDelete
  7. Terharu baca post ni...

    Happy Anniversary Kjee & Uncle Pali, semoga berbahagia & berkekalan sehingga selama2nya & ke akhir hayat, amin...

    Kdg2 kebahagiaan yg kite cari 'terlewat' tibenya...tapi yg penting ianya adalah kebahagiaan yg abadi...

    ReplyDelete
  8. Happy 11th Annivery to Kjee and Uncle Pali. Semoga berbahagia bersama selamanya.... amin

    ReplyDelete
  9. tahniah kak jee..moga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..

    ReplyDelete
  10. as salam Kak Jee... HAPPY ANNIVERSARY ... saya pun genap sebelas tahun berumah tangga . Cabarannya sampai kini.. belum tamat lagi. Dalam tempoh sebelas tahun ini, kami bercerai sekali .. iaitu di tahun ke 7 pernikahan. Setelah rujuk, cabaran lain pula mendatang manakala cabaran lama masih belum beres sepenuhnya. Ntah lerr .. di mana silapnya. Ada pepatah menyatakan ... jangan di cari kebahagiaan tetapi isikan lah kebahagiaan yang ada itu ...

    ReplyDelete
  11. Happy anniversary Kjee & Uncle Pali. moga hidup anda bertiga sentiasa dilindungNya dan diberkatiNya dan kebahagiaan milik Kjee sekeluarga...Ima mohamad

    ReplyDelete
  12. Happy Anniversary buat K.Jee&Uncle Pali .
    moga tambah bahgia, sejahtera selalu dan kekal selamanya ...Amin..

    ReplyDelete
  13. Happy annivesary kjee doa saya jodoh yg ini akan berkekalan ke hujung nyawa dan sampai ke syurga firdaus nanti...Aminnnn !!

    Rindu nak tengok kjee berlakon macm dulu2 lagi :)

    ReplyDelete
  14. Happy anniversary Kak Jee n Uncle Pali... semoga berbahagia hingga hujung nyawa....

    ReplyDelete
  15. Happy Anniversary Kak Jee..!

    semoga jodoh berkekalan hendaknya.. aminn!

    ReplyDelete
  16. happy anniversary Kjee n Uncle pali.. semoga ikatan kasih sayang tetap utuh dan berkekalan hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
  17. Happy Anniversary and Congrats to K. Jee & Uncle Pali, may your marriage be blessed by Allah S.W.T. always. Insya Allah, aminn.

    sincerely,
    zaph, my better half and our darling 17 cats (dia orang pun doakan for both of you juga, :) )

    p/s; thanks for your susah payah semalam, jasa k. Jee, zaph akan sentiasa kenang.. take care.

    ReplyDelete
  18. Happy anniversary Kjee & uncle Pali..moga Kjee & unclepali sekeluarga terus bahagia hingga ke akhir hayat.Moga terus cemerlang dalam kehidupan dan sentiasa tabah berdepan dugaan...

    ReplyDelete
  19. Bukan solat sunat Istiqarah sepatutnya Solat Sunat Hajat.

    ReplyDelete
  20. salam. solat hajat ke istiqarah ker, allah swt maha mengetahui nawaitu kita.

    ReplyDelete
  21. Salam..kak jee.
    tahniah buat akak dan suami kerana telah berjaya melayari bahtera perkahwinan yg ke 11.

    ReplyDelete
  22. As-Salam Kjee...
    Terharu dan menitik air mata baca post Kjee...Anyway...Happy Anniversary both of u...semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  23. As-Salam Kjee..
    Terharu baca post Kjee....Anyway Happy Anniversary both of u...semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  24. Salam Kjee syukur alhamdullilah Happy Anniversary yea itulah yang diharapkan semuga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

    ReplyDelete
  25. Jee terharu aku nama aku dah SB ada dalam blog kau ni,terima kaseh juga kakak yang tersayang semuga jodoh dengan pali sampai keakhirat, amin.

    ReplyDelete
  26. happy anniversary kak jee. insyaallah berkekalan bahagia bersama

    ReplyDelete
  27. Semuga kekal hingga kesyurga :)

    ReplyDelete
  28. Salam kjee..semoga kebahagian kjee kekal selamanyer..happy 11th anniversary..keep smiling n cute yer..

    ReplyDelete
  29. Salam kjee..semoga kebahagian kjee berkekalan sampai ke akhir hayat..stay cute n happy 11th anniversary wat kjee n unclepali..

    p/s kim slam kat nadia :)

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah. Happy Anniversary Kak Jee dan Uncle Pali..semoga kekal selamanya.

    ReplyDelete
  31. kak jee......so sweet....semoga terus bkasih sayang hingga ke syurga!!

    ReplyDelete
  32. x sedar airmata mengalir.smuga kjee dn uncle pali beroleh kebahagiaan hingga ke akhir usia.juga doa saya agar kjee skeluarga dilimpahi rahmat Allah sll.Amin...

    ReplyDelete
  33. Assalam kak Jee, Happy anniversary kak. tahniah buat Kak Jee dan Uncle Pali semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia...insyaAllah , Amin:)

    ReplyDelete
  34. Kjee....that is so sweet. Tahniah and many more years together, insyallah.

    ReplyDelete
  35. Amin...amin...amin....!

    ReplyDelete