Tuesday, August 19, 2014

ikan

KARI IKAN TALANG KERING LAGI SEDAP?






Kari Ikan Talang Kering sahaja ke yang sedap masak kari atau gulai? Hmmm sebenarnya terserah kepada citarasa individu.

Selama ini Kjee buat hanya guna Ikan Talang Kering yang masin tu. Baru-baru ini, Nadia tersilap beli dan terbeli Ikan Kurau Kering. Setahu Kjee, ikan kurau memang sedap masak kari terutama sekali bahagian belly atau perut (bukan isi dalam perut).

Tetapi apabila Kjee masak kari Ikan Kurau, Kjee dapati lebih sedap lagi Ikan Kering Talang. Famili Kjee pun setuju. Ada lagi seekor Ikan Kurau kering dalam freezer.

Dua minggu lalu, sahabat Kjee, Azlinda Hashim yang pulang beraya di Kedah, beri Kjee ikan talang kering. Maka inilah hasilnya. Kari Ikan Talang Kering bubuh terung yang Kjee buat beberapa hari lalu.

Kalau nak tau cara Kjee masak kari ni, boleh KLIK SINI. Dah banyak kali Kjee ulang tayang.





Sunday, August 17, 2014

bicara agama

JOM AMALKAN SOLAT DHUHA


Saturday, August 2, 2014

chinese food

PENANG FRIED KWAY TEOW AIR TANGAN UNCLEPALI







Tekak kami sekeluarga amat cerewet kalau makan Penang Fried Kway Teow. Ada jer yang kena. Jadi daripada mendapat dosa, kami rela tak makan kat kedai. Lebih elok buat sendiri.

Sebenarnya, Penang Fried Kway Teow ni makanan paling mudah untuk dimasak. Cuma renyah sikit persiapannya. Nak kena kopek kerang setelah dicebus tanpa air, kemudian siang dan bersihkan udang, potong kucai dan jugak ketuk bawang putih.

Selama ini Kjee buat guna sambal tumis (macam sambal tumis nasi lemak). Tapi yang UnclePali buat hari ni, dia hanya guna cili kering kisar biasa jer. Rasanya tetap sedap.

Rahsia masak Penang Fried Kway Teow ialah api mesti besar. Mesti guna dapur hi-power. Tapi hari ni UnclePali guna table top stove jer. Mungkin kerana pengalaman kami meniaga dulu maka yang payah jadi senang.

Tak perlu kicap khas bagai yang sering diwar-warkan oleh mereka yang jual Char Kway Teow. UnclePali guna kicap manis Jalen dan sedikit kicap cair atau fish sos atau nampla. Kalau nak buat kway teow basah atau char kway teow, bubuh jer air sikit.

Untuk pengetahuan korang, jenis kway teow juga memainkan peranan. Harus gunakan kway teow jenis halus. Yang tebal tu bolehlah jugak tapi kureng sedap sikit.

Kalau korang nak resipi, KLIK sini. Nadia siap bagi cara buat step by step lagi kat SINI.






Friday, August 1, 2014

mi/mihun/kwayteow

KWAY TEOW SUP MUDAH KJEE



Kerana tak berapa sihat dan tak boleh makan pedas-pedas sebab kena gastric ulcer. So semalam, Kjee buat Kway Teow Sup yang simple ni. Kjee kata simple sebab isyhhh rasa2nya budak sekolah pun reti nak buat.

Walaupun simple, tapi berselera sangat Kjee makan. Asalnya Kjee nak buat Ipoh Kway Teow Soup. Ipoh Kway Teow Soup antara jualan Kjee terlaris masa niaga dulu. Tapi oleh kerana tiada udang (disengajakan kerana Kjee sekarang cuba hadkan makan seafood), maka Kjee hanya guna ayam. Jugak tak lengkap Ipoh Kway Teow Soup kalau tak ada kucai. Kjee hanya ada stok sayur sawi.

Anyway, tiada rotan akar pun berguna.

Kjee rebus tulang-tulang ayam yang dah lama 'bertapa' dalam  freezer. Kjee rebus lebih kurang 2 jam. Kurang airnya, Kjee tambah sampai terbit semua rasa manis tulang ayam. Kjee turut rebus sekali dua keping isi dada ayam. Bila isi ayam tu dah elok masak, Kjee keluarkan dan carik.




Kemudian Kjee ketuk 4 ulas bawang putih. Tumis hingga garing dalam tuangkan air rebusan tulang ayam. Kemudian Kjee letak Aji Shio Black Pepper. Sukati nak letak banyak mana. Lagi banyak, lagi pedas, lagi sedap. Tapi Aji Shio Black Pepper ni sudah sedia ada garam. So jangan tambah garam kecuali fish sos atau Nampla kalau perlu.

Apabila kuahnya sudah siap, terus letak Kway Teow (jenis yang halus tau) ke dalam mangkuk. Bubuh sedikit taugeh yang telah dicuci bersih dan tos, serta sawi yang telah dicelur sekejap dalam sup rebusan tadi. Kemudian susun isi ayam yang telah dicarik-cari didalam mangkuk tadi.

Kemudian curahkan kuah sup yang panas mendidih. Hati2 jangan kena tangan. Tabur bawang goreng (manyak manyak) dan jugak daun bawang yang telah dihiris. Siapkan jugak cili kicap. Kjee guna sambal cili garing dalam botol.

Hmmm itulah sup mudah Kjee. Lebih enak daripada makan Maggi. Dan pasti lebih sihat.




Tuesday, July 29, 2014

kisah2 close to my heart

KELUARGA KJEE DI AIDIL FITRI




isu semasa

MOKCIK PUNYA BESDAY ARINI






Selama setahun Kjee akan hanya nampak angka ini. Lima Puluh Lapan. Fifty Eight. Yezza I am already 58 years old. Happy Birthday me. I've made it safe and sound all the way!!  Alhamdullilah. Insya Allah there will be many many more birthdays to come.

Sunday, July 27, 2014

kedai Kjee

ORDER UNTUK SYAWAL MULAI 31 JULAI





















Order Kuih Bakar Daging dan Hong Kong Egg Tarts sudah mula dibuka untuk sepanjang Syawal. Tempahan bermula pada hari Khamis 31 Julai. Sila sms 0126780501/whatsapp 01131771389 dari sekarang. Tiada penghantaran. First order first serve basis. Ambil di Taman Melawati. Terima Kasih.







Friday, July 25, 2014

Al Fatihah

ALFATIHAH. SUDAH LAPAN TAHUN




Sudah lapan tahun Allahyarham meninggalkan kita. Semoga rohnya diletakkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

Kjee pernah menulis mengenai Allahyarham DISINI.

Thursday, July 24, 2014

Tuesday, July 22, 2014

isu semasa

REPUBLIC OF BIG, JAWAPAN KEPADA MASALAH ORANG BESAR





Dua sahabat Bob dan Angah



CITA-cita dan azam mereka lebih besar daripada tubuh mereka. Itulah yang dapat Kjee rumuskan apabila menyaksikan Soft Launch label Republic Of Big hasil idea tiga anak muda. Dua daripadanya anak seni popular Angah Raja Lawak dan Pengarah Filem Ismail Bob Hasim malam tadi.

Walaupun idea untuk mengeluarkan label Republic Of Big hasil keresahan mereka sendiri yang menghadapi kesukaran membeli pakaian siap atau off the rack, namun bagi Kjee ini satu bisnes yang mempunyai potensi besar. Ini memandangkan peratusan rakyat Malaysia yang tergolong dibawah species Mr Big, amat besar termasuk aku lah.

Walaupun sudah lama tidak menemui Bob, yang Kjee kenal lebih 20 tahun lalu kerana sama-sama terbabit dalam industri perfileman, namun Kjee amat berbesar hati apabila diundang ke majlis pelancaran Republic Of Big di Saloma Bistro malam tadi.



Tiga duta ROB - Bob, Abam dan Vicha Say Who dari Indonesia





"Kami kena diversify (berubah) ikut pengedaran masa," Kata Ismail Bob Hashim yang mesra disapa Bob. Separuh dari usianya dihabiskan dibelakang kamera. Kalau tidak silap Kjee dari seorang budak runner mengikuti arwah abangnya, seorang Pengurus Produksi drama/filem yang dikenali sebagai Sani Tyson. Kemudian dia meniti setapak demi setapak sehingga mencipta nama sebagai Pengarah Filem.

Nama sahaja Republic Of Big tetapi jenama itu merangkumi semua peringkat saiz pakaian dari S ke 6XL! Jelas sekali Republic Of Big, singkatannya ROB mahu capture pasaran santai atau sporty anak-anak muda zaman ini. Kjee tertarik dengan namanya Republic of Big.

"Idea kami (Bob, Angah dan seorang lagi rakan kongsi) bersama. Singkatannya dalam bahasa Arab ROB bermakna besar. Kami mahu ia memaparkan segala yang besar. Bukan sahaja pakaian untuk mereka yang bertubuh besar. Cita-cita kami juga amat besar," kata Bob.



Bob

Angah menyuap Pulut Kuning ke anaknya sambil diperhatikan ibunya






















Walaupun berbual dalam masa yang cukup singkat semalam tetapi nyata sekali Bob bukan Bob yang Kjee kenal dulu. Melihat muka Bob, terbayang satu drama berjudul Hologram dimana Kjee hanya muncul beberapa minit berlakon bersama beliau lebih 20 tahun lalu. Orangnya ketika itu amat pemalu dan tersangat kuat melatah. Hehehe.

Berkongsi modal permulaan hampir RM500,000 ketiga-tiga rakan kongsi, Bob beritahu mereka sudah merangka pelbagai strategi untuk membawa ROB bukan sahaja ke seluruh negara tetapi tidak mustahil ke negara-negara jiran sebelah sini.

"Label pakaian kami ini mampu dimiliki semua. Bermula dari saiz S hingga ke saiz 6XL dan merangkumi pakaian lelaki dan wanita," kata Bob. Kedai pertama mereka akan beroperasi di Johor Baru dan baru sahaja diubahsuai dengan menelan belanja lebih RM100,000.




Pengacara majlis Tauke dan Mie





Mereka sebenarnya mahu membuat pelancaran selepas Hari Raya. Tetapi tiada siapa menduga soft launch dibuat di hujung Ramadhan.

"Kami tetiba sepakat mahu mengambil berkat bulan Ramadhan kak," kata Bob dipenghujung sembang. Pelancaran sebenar akan dibuat dengan kehadiran seorang pemimpin negara Ogos nanti, Insya Allah.

Majlis pelancaran dan berbuka Puasa yang diadakan di Saloma Bistro turut diseratai anak-anak yatim dari beberapa rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Iman Muda Asraf telah hadir mengaminkan doa serta memberi tazkirah mengenai amalan makan Rasullullah SAW di bulan Puasa.

Turut hadir rakan-rakan seperjuangan Bob dan Angah Raja Lawak antaranya Nabil, Jep dan Shuib Sepahtu, Nash, Sharifah Shahirah, Siti Sarah, Achey, Abam, Enot, beberapa Deejay Radio serta Tauke dan Mie Raja Lawak yang bertindak sebagai pengacara.

Mudah-mudahan usaha tiga anak muda ini akan beroleh kejayaan, Ameen.



Antara pakaian yang bakal dihasilkan lepas Raya nanti







Friday, July 18, 2014

isu semasa

ALFATEHAH BUAT KELUARGA PENUMPANG DAN CREW MH17