Sunday, July 17, 2011

BUDAYA BARU MINTAK SEDEKAH

Nampak gaya bukan orang Malaysia 

Segera berpaling



Petang semalam, Kjee lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Restoran Kudu Nasi Kandar. Sewaktu berhenti di traffik lights, Kjee terserempak dengan adegan ini.

Seorang warga emas bangsa Punjabi berjalan terhoyong hayang dari satu kereta ke kereta lain mintak sedekah. Sambil tangannya menunjuk angka satu, dia memberi isyarat untuk beli makan.

Kjee terkedu seketika. Kesian ada, marah pun ada. Apakah Bibi ini (panggilan untuk wanita Punjabi) tidak tahu bahayanya cilok2 ditengah lalu trafik yang deras dan padat ini hanya kerana mahu mencari sesuap nasi?

Kjee tak pernah melihat seorang wanita warga emas melakukannya. Tetapi kalau warga emas lelaki yang berpakaian serba putih dan berwatakan asing (dari Pakistan mungkin) seringkali Kjee nampak.


Tidak ramai yang mengulurkan wang kepadanya kerana banyak mat2 motor yang menunggang laju dan pantas di situ. Namun Bibi tua ini tidak putus asa. 

Apabila dia melihat Nadia mengacukan camera handfon kearahnya, dia terus berpaling. Kjee rasa warga emas ini bukan rakyat Malaysia. Mereka mungkin antara ahli sindikit baru yang didatangkan dari luar negara. 

Kalau di pasar2 malam, senario peminta sedekah yang tiada kaki, tiada tangan dan meniarap diatas jalan tar, serta warga tua yang sungguh dhaif, banyak kelihatan. Tetapi itu senario dulu. Mungkin sudah tiada lagi atau Kjee sudah tidak lagi pergi ke pasar malam.


3 comments:

AI said...

- semakin berani dia org kan...

Ezza said...

kak jee
kat klang ni pun sama..rasa saya diaorang bergerak mengikut kumpulan..sebab masa saya berhenti kan trafil light JJ bukit raja, wanita macam ni lah datang mintak duit..pastu saya perasan ada sorang lagi sedang memerhati kan dari atas jambatan..orang dia gak....yang lelaki nya pulak, siap berserban putih....
kat sapa nak repot orang macam ni ya...saya rasa bukan orang malaysia pun..

dayang Citra said...

semakin ramai..kadang2 malu kat pelancong..mesti dia org kata orang malaysia teruk sangat dan ramai peminta sedekah..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...