Friday, July 22, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 22 JULAI 2011




Bersih: Video bukti polis tidak guna kekerasan ditayang

21/07/2011 10:17pm

KUALA LUMPUR – Tiada kekerasan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lepas berdasarkan rakaman video yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada wakil media dan awam di Bukit Aman di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, selain tiada babak-babak kekerasan yang didakwa dilakukan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan tersebut, rakaman video itu juga membuktikan beberapa tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai perhimpunan itu juga tidak benar.
Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.
"Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad,” katanya.
Rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika Allahyarham berada di dalam Avenue K.
"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekali gus menepis dakwaan itu.
“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan,” katanya.
Beliau berkata, dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulans tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999,” katanya. – Bernama (Utusan Malaysia Online)

KJEE: TABIK SPRING BUAT PDRM!!


Perak kecualikan lesen perniagaan Bazar Ramadan



altKira-kira 5,000 peniaga bazar  Ramadan di Perak pada tahun ini akan dikecualikan daripada keperluan membayar lesen kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Menteri Besar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.
"Ini merupakan berita gembira buat para peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Ipoh Rabu.
Keputusan itu dianggarkan akan mengakibatkan pengurangan pendapatan kira-kira RM800,000 kepada kesemua 15 PBT, termasuk Majlis Bandaraya Ipoh.
Bernama melaporkan beliau berkata kesemua 15 PBT telah dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan dan diharapkan mereka akan bertindak cepat memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh peniaga terbabit.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan negeri telah mengarahkan beberapa PBT supaya meningkatkan usaha pengindahan dan kebersihan kawasan pentadbiran.
Beliau berkata ada syarikat antarabangsa yang beroperasi di Perak mengadu bahawa kawasan perindustrian kurang bersih dan tidak menarik persekitarannya.


KJEE: KAT SELANGOR, RASA2NYA ADA CAN KER?




Angry wife chains up drunken husband


(RINGKASANNYA: Seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan janji suami untuk berhenti minum alkolhol, mengikat suaminya dengan rantai pada tiang gym. Kemudian meletakkan sebotol air dan nota. "Jangan lepaskan dia. Pasti dia akan kembali mabuk. Terima Kasih."
A woman, who could no longer stand her husband coming home drunk, chained him up at a park in China.
Residents at a community in Jining of Shandong province, found the bare-chested man chained to a gym machine.
A note found stuck to the machine, believed to be written by the wife, read: "Don't release him, after releasing him, he will still drink. Thank you."


The man told reporters that said he had picked up the drinking habit over the years and that he always returned home drunk.
He had promised the wife to quit the habit but admitted that he had failed to keep his promise.
He apologised to the wife and again, he promised to stop drinking.
But a few days ago, he returned home drunk again. His angry wife then dragged him to the park and chained him up.
She put a glass, a water bottle and a chamber pot next to the husband before leaving.
Police personnel, who were called to the scene, later released the man from his bondage. - Star Online
KJEE: SUAMI CURANG PUN BOLEH BUAT MACAM NI KOT. HEHEHE




3 comments:

  1. Kakjee...sila amik award di Storyofmama ok..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak G, tertarik nota kaki Suami Curang Pun Boleh Buat Macam NiKot. Bagi saya kak G suami dah curang, biarlah dia dengan curangnya. Dah x de makne nya lagi. Biarlah dia nak buat apapun. Benda dah jadi. Kita berdoalah yang terbaik untuk kita. Dah terang2 kat hatinya dah ada cinta untuk perempuan lain.
    * Sedih tengok ending ANNISA malam tadi.

    ReplyDelete
  3. brutal sungguh bini,sampai kena rantai laki dia hehe...

    ReplyDelete