Sunday, July 24, 2011

IBU KOTA DI MALAM MINGGU

Tukang urut berdiri pujuk pelanggan depan kedai reflexology
Tukang urut kurang malam ni sebab orang Arab dah tak ada kot
 Tadi seperti biasa, di malam minggu, kami ronda2 cuci mata keliling bandar. Tempat tumpuan kami selalu yang happening seperti Jalan Ceylon, Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan juga Jalan Doraisamy. Malam ni Nadia bawak kamera tapi malangnya, gambar yang diambil dalam kereta yang bergerak tidak begitu cantik.

Kjee dah plan nak buat cerita pasal kedai2 reflexology sepanjang Jalan Bukit Bintang. Itulah, nak cerita susah sikit sebab gambar tak lawa. Kalau korang pernah pergi ke jalan Bukit Bintang setiap malam selepas pukul 10, pasti korang tahu betapa happeningnya tempat itu.

Malam ini bagaimanapun, pelancung Arab sudah mula berkurangan. Musim cuti dia orang dah over. Bulan ramadhan hampir tiba. So sekarang dia orang sedang beratur di KLIA untuk balik ke negara masing2.

Kalau tidak, merekalah yang memenuhi sepanjang Jalan Bukit Bintang.

Tadi di Bangunan Maybank Jalan Bukit Bintang, Kjee lihat ramai orang berkerumun. Selalu kat situ selain ada budak2 remaja menari, ada satu kumpulan muzik tanpa eletrik (non electric band) yang melalak.

Tapi kali ini pelik sikit sebab ada seorang makcik, memakai serba hitam, duduk atas pavement sambil melunjurkan kakinya. Nasib baik Kjee dalam kereta yang bergerak, kalau tidak mahu jugak tanya kenapa dia duduk situ. Walaupun dari jarak jauh tapi Kjee pasti dia berketurunan Melayu. Tak tahu lah pulak samada dia mintak sedekah.

Selamba jer mekap tepi jalan
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Jalan Ceylon. Ramai orang sedang clubbing di kiri kanan jalan. Sampai di satu tempat gelap, kami terserempak dengan kupu2 malam ini. Setiap minggu dia pasti terpacak kat situ. Minggu lepas, tak ada mungkin dah dapat customer. Kalau tengok betul2, kupu2 malam ini dari golongan  mak nyah.

Kemudian kami menyusur Jalan P Ramlee, keliling ke KLCC, ke Jalan Doraisamy dan balik.

Seronok lihat kerenah warga kota di malam minggu. Eh lupa pulak. Sampai di Lebuh Ampang, Kjee baru perasan bangunan Anjung Singgah. Hari tu kan Kjee dah tulis pasal Anjung Singgah yang menempatkan golongan gelendangan Kota. Tadi, ada beberapa sukarelawan sedang duduk di depan bangunan itu sambil menunggu kedatangan mereka yang memerlukan tempat untuk bermalam.

Sukarelawan tunggu geladangan

3 comments:

  1. salam pagi minggu kak jee.....nice n3..saya baru bangun nihh..masalah, tidur awal bangun awal, tidur lewat, bangun awal juga...pengsann ini macam wooo..hahhaa..Selamat beristirehat untuk kak jee sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. pelbagai cerita menarik di dalam kota ni ya jee. wartawan yg pro saja dpt skop. mampu mengalahkan CNN. rajin-rajinlah menulis dan bercerita untuk memberi info kepada penggemarnya...

    ReplyDelete