Monday, July 25, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 25 JULAI 2011

Mangsa asid jumpa bapa di penjara

NURUL Dahyatul Fazlinda (kiri) selepas melawat bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, ditemani ibunya, Che Ku Huzaimah dan adiknnya, Muhammad Irfan Firdaus (kanan) keluar dari Penjara Marang, Terengganu, semalam. – utusan/ Shaifudin Mohd Mor


MARANG 24 Julai - Jika sebelum ini, mangsa simbahan asid bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, melepaskan rasa rindu terhadap bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, 34, hanya dengan sepucuk surat yang dihantar melalui penjara, kali ini mereka berpeluang untuk bertemu mata.
Biarpun sentuhan dan penglihatan mereka dihalang cermin tempat bercakap selain hanya mampu mendengar suara melalui telefon, ia tidak menghalang dua beranak itu melepaskan rasa rindu antara satu sama lain ketika mangsa bersama ibu serta adik-beradiknya yang lain berkunjung ke Penjara Marang di sini hari ini.
Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Nurul Dahyatul Fazlinda dilihat menangis teresak-esak sebaik sahaja berpeluang bercakap dengan bapanya, biarpun lelaki itu juga yang telah menyebabkan wajahnya terjejas teruk akibat simbahan asid dalam kejadian kira-kira setahun lalu.
"Saya sedih tengok abah duduk dekat dalam sana. Saya tak dapat pegang pun tangan abah sebab ada cermin halang," katanya ketika ditanya bagaimana perasaan dapat berjumpa bapanya di Penjara Marang di sini hari ini.
Drama pilu itu turut menyaksikan bapanya, Mat Haizan, berkali-kali dilihat menyeka air mata apabila terkejut dengan kunjungan ahli keluarganya.
"Terima kasih sebab masih ingat saya lagi. Terima kasih sebab bawa anak-anak jumpa saya," katanya ringkas.- Utusan Malaysia Online.

KJEE; BEGITU MUDAH KELUARGA MEMAAFKAN!




Cheap packets going fast as festive season nears

(Minyak masak dalam peket sekilo mula berkurangan menjelang musim perayaan)

PETALING JAYA: Subsidised cooking oil in 1kg packets have been flying off the shelves over the last few weeks, causing a shortage of supply in grocery stores and hypermarkets in several states in the country.
The surge in demand for the oil was due to the coming festive season, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministrysecretary-general Datuk Mohd Zain Dom.
“The rush is mostly from traders and small industry operators who buy them for business purposes.
“These traders are stocking up their supply to produce delicacies for the fasting month and Raya cookies,” he said.
Mohd Zain said the areas most affected by the increased demand were Perlis, Kedah and Selangor.
He added that the problem, however, did not affect the supply of subsidised 2kg and 5kg bottled cooking oil.
Mohd Zain said that under normal circumstances, the quota of subsidised cooking oil allocated to stores nationwide was enough but due to the coming festivities, the supply could not meet the increased demand.
He said that after Hari Raya, the consumption was expected to slow down, thus the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) that controlled the supply of cooking oil had agreed to release the quota meant for August to hypermarkets and stores this week.
KJEE: DAH MULA DAH! KISAH SAMA SETIAP TAHUN!

TETAP KEBUMI IKUT JANTINA ASAL
KUALA LUMPUR: Walaupun mendakwa sudah bertukar jantina dan melakukan pembedahan membuang alat kelamin, seseorang itu tetap dikebumikan mengikut jantina asal seperti dikurniakan Allah sejak azali apabila dia meninggal dunia, kelak.
Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa berkata, tidak timbul masalah mengebumikan golongan yang mengalami kecelaruan identiti itu kerana hukum jelas mengatakan mereka perlu disemadi mengikut jantina asal.

Cuma katanya, golongan berkenaan yang zahirnya sudah melakukan dosa besar (menukar jantina) perlu bertaubat nasuha iaitu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan berjanji tidak kembali ke jalan sesat, sebaliknya patuh pada ajaran Allah Taala.

“Tidak perlu dia bimbang mengenai bagaimana nasibnya apabila dijemput ajal kelak, kerana walau apapun dilakukan dia tetap dikebumi mengikut jantina asalnya, kalau lelaki...prosedurnya lelaki juga tidak ada beza.

“Cuma apabila dia mengatakan sudah sedar, menyesal dengan perbuatan dilakukan perlu untuk dia bertaubat dengan sebenar-benarnya menyerah diri kepada Allah Taala dan semoga Allah menerima taubatnya.

“Dalam hadis sendiri menyebut, Allah Taala sangat suka kepada hambanya yang menyeleweng (daripada ajaran), tetapi kembali ke pangkal jalan, ibarat melebihi kegembiraan orang yang hilang barang dan jumpa kembali barangnya itu.


“Bermakna dia mencari Allah balik (apabila melakukan kesilapan), Allah akan menerima dia, jadi sekarang jangan fikir pasal mati, tetapi fikir mengenai bagaimana mahu berubah, menyucikan diri kepada ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai kisah Mohd Qairun Abidin (bukan nama sebenar), 47, yang nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu kerana cinta terhadap kekasih songsangnya, namun kecewa apabila cinta itu hanya menjanjikan kebahagiaan separuh jalan saja
Dia dilaporkan kini mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

Mohd Qairun atau mahu dikenali sebagai Baby @ Katie juga memberitahu suatu ketika dia menjadi kegilaan ramai lelaki dan mempunyai teman lelaki yang sanggup sehidup semati, namun bila sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan sesalan pun tiada guna kerana dia tidak mempunyai tempat mengadu, melainkan kembali kepada rakan ‘sealam’. - METRO ONLINE

KJEE: DAH LAMA TAHU!

0 comments:

Post a Comment