Wednesday, July 20, 2011

CAMNER NAK TAU DIA TU HAK ORANG?!!


Dulu Norman suami orang tau.hehehe..ehsan google
Cerita mengenai mereka yang terperangkap setelah bercinta tahap gaban dan akhirnya tahu lelaki itu milik orang, sudah muak Kjee dengar. Dari Kjee muda sampai kubur dah kata mari, Kjee masih dengar lagi cerita2 macam ini. Tak cukup didedahkan kisah benar dalam paper, ia turut dipaparkan dalam drama TV.

Tapi nampaknya, masih ramai yang tak serik2 dan terperangkap. Mereka yang tak kuat iman dengan berani mendedahkan di akhbar, sudah terlanjur...duit sudah habis beribu, akhirnya dapat call dari  isteri kekasih hati pengarang jantung. Perempuan itu siap hamil!

Macho kan? Kalau tanya pasal anak mesti mengaku! 
Aduh!! Kalau Kjee nak tulis lebih2 nanti ada pulak mulut yang kata, hati2...awak ada anak perempuan. Memikirkan itu, Kjee selalu berat nak tulis kisah2 macam ini. Niat Kjee baik. Saja nak sedarkan perempuan2 ni agar jangan ikut sangat perasaan. Tapi bila dah ada suara2 sumbang singgah di telinga Kjee, jari jemari ni rasa berat sangat nak menulisnya.

Oklah, kali ini Kjee cuba paparkan pengalaman yang sedikit mengenai 'keterlibatan' Kjee dengan suami orang.

Masa Kjee muda2 dulu iaitu sebelum mendirikan rumahtangga, Kjee hanya terbabit sekali sahaja dalam perhubungan dengan suami orang yang Kjee tak ketahui. Maksudnya, Kjee tak tahu dia suami orang semasa berkawan dengannya.

K, satu pejabat dengan Kjee. Orangnya memang handsome, kelakuannya baik dan seorang lelaki yang cukup penyayang. Masa itu, Kjee baru mula kerja. Begitu juga dengan dia. Kalau tak silap Kjee, beza usia dia hanya setahun dengan Kjee.

Habis waktu kerja, kami banyak meluangkan masa bersama kawan2 dia. K aktif bermain bola dan Kjee pun tertarik mengikuti setiap perlawanan bolasepak yang diadakan di Stadium Mereka ketika itu. Kami pergi ramai2 bersama kawan2 sepejabat K.

Kjee tak pernah mencurigai status K kerana dia sentiasa ada di sisi. Oleh kerana dia bekerja waktu pejabat dan Kjee ikut shif sebagai wartawan, kami seringakli bertemu sambil minum2 di kantin pejabat. Kalau ikut dia tengok bola pun di hujung minggu. Selain itu, cuma berhubung melalui telefon.

Kawan2 dia tidak pernah beritahu Kjee mengenai status K. Mereka fikir Kjee dah tahu dan hanya ingin berkawan biasa sahaja dengan K.

Satu malam, waktu majlis makan malam anjuran office, Kjee sedang menari bersama K apabila ada cabutan bertuah. Sesiapa yang menari bersama suami orang, sila ke depan ambil hadiah, kata MC majlis. Kjee berdiri sahaja sambil pandang sekeliling. K tolak Kjee suruh ambil hadiah. Kjee kata ""Pasal nak hadiah saya tak akan mengaku menari dengan suami orang!" Masa itu K terkejut. Dia kata awak tak tahu ke saya sudah kahwin?!! 

Biru muka Kjee. Kjee kata kenapa tak bagitau selama ini? Dia kata awak tak tanya pun!!

Sejak itu, Kjee terus tutup buku dengan K. Mujur hubungan kami masih di peringkat awal. Kjee cuba sedaya upaya elakkan diri dari K. Dia faham walaupun memohon agar terus persabahatan yang platonik. Tanpa sebarang niat lain. Tapi Kjee tak sanggup.

gambar2 ehsan google
Hari terakhir sebelum kami menoktahkan hubungan kami, K beri nasihat ini :" Lain kali kalau awak berkawan dengan lelaki, tanya dia berapa orang anak dia. Kalau dia sudah kahwin, dia tidak akan menipu mengenai anaknya. Seorang lelaki boleh menipu dengan mengatakan dia belum berkahwin...tapi kalau tanya pasal anak, dia tidak sanggup menipu!"

Kata2 K itu Kjee pegang sehingga Kjee bertemu dengan bapa Nadia. Memang ramai lelaki yang tidak mengaku sudah berkahwin tapi kalau tanya pasal anak, dia akan segera jawab. Dulu Kjee dah banyak kali guna trick ini dan amat berkesan. 

Cubalah. Tengok berkesan atau tidak menghindarkan diri daripada terperangkap dalam hubungan yang dilarang. Hehehe


26 comments:

  1. ramai yang terperangkap dalam hubungan cinta sebegini. selagi boleh dielak berusahalah.tidak boleh bersandar dengan alasan jodoh pertemuan di tangan Tuhan.sebab Allah tidak akan mengubah nasib kita.lagipun apa yang kita mahu kita akan berusaha mendapatkannya...

    ReplyDelete
  2. Nice tip kjee..
    Tapi perempuan ni kdg2 dah tau laki org pun dier gasak juga..alasan:bukan kehendak dia tp dah takdir tentukan camtu..selalu gak tgk drama guna dialog gitu n kisah benar pun penah gak terbaca...bila berlaku gitu bleh plak salahkan takdir yer.sdgkan akal ada diberi tp x tau guna..hehe..apa2pun semua tu terpulang masing2 la tp kagum dgn tindakan kjee yg x kacau suami org bila dah tau dia dah kawin. x semua org mabuk cinta leh buat gitu..kan ;)

    ReplyDelete
  3. Assalam K.Jee...thanks ya atas ucapan tahniah dan sokongan moral dr K.Jee, ummi sgt hargai dan jadi penguat semangat lagi, sayang k.Jee.... Tajuk Entry k.Jee ni menarik sgt dan sgt elok dibuat panduan oleh anak2 dara sekarang termasuk anak2 dara Ummi jugak...takut kan, kot mereka terjebak dlm kancah sebegini....adeehh...mohon dijauhkan...

    ReplyDelete
  4. huhu..kak jee, mudah2n mintak dijauhkan terlibat dgn cinta suami org...serik!

    ReplyDelete
  5. Memang menarik entry kak Jee untuk hari ni..tapi, betul gak macam kata HaSue, ada pulak perempuan, yang dah tau lelaki tu dah berkahwin, tapi memandangkan lelaki tu berharta, gasak juga digoda dan diracuni fikirannya untuk mendapatkan cintanya..anyway, mylady salute betul dengan tindakan Kak Jee tu..

    ReplyDelete
  6. menarik juga petua Kj tu .. tanya berapa anak jgn tanya ' dah kawin ke belum ?". Kalau di tanya dah kawin ke belum, pastinya dialog seterusnya seperti berikut :

    Lelaki : awak tengok saya ni macam lelaki dah kawin ke atau belum ???
    Wanita : Belum
    Lelaki : Hahh .. betul lah tu. saya memang belum kawin !!!

    ReplyDelete
  7. salam kak Jie... kite pon dulu hampir2 terperangkap nasib baik sempat melompat keluar.... toing!toing

    ReplyDelete
  8. ishhhh! tak suka lah Kjee tengok gambar yg memula tu! sebenarnya Kjee, ada juga pompuan skng ni tak peduli samada lelaki yg dia suka tu laki orang atau bukan. lebih2 lagi lah klu lelaki tu tebal poketnya. senang2 mereka akan kata, dah takdir mereka kawin ngan laki orang.... menyampah!

    ReplyDelete
  9. salam kak jee..
    saya terjebak 2 kali berkawan dengan suami org.. nasib baik dpt hidu sebelum hati benar2 terjatuh.. maka dengan itu.. cepat2lah putuskan hubungan.. tak sanggup nak rampas kebahagiaan sesama kaum wanita..

    ReplyDelete
  10. Kjee...senyum2 sendiri cek baca part yg akhir tu...kalau tanya dah khawin ke lum...mesti kata lum..so kena tanya berapa org anak...panduan berguna pada wanita yg belum berkhawin...cuma ada gak yg dah tau suami org pun diorg tak kisah Kjee...

    ReplyDelete
  11. ada dia kisah....bukan setakad dia tau itu suami orang, kenal lagi dgn anak isteri si suami, tapi disebabkan mata telah dikaburi oleh pangkat dan harta, sanggup dia menjadi isteri ke dua. Bohong lah klu kata dia tak cemburu dgn isteri pertama, mesti dia akan menuntut lebih dari isteri pertama, alasan dia isteri muda,...sedih bila tgk perempuan bersikap pentingkan diri sendiri, betapa lukanya si isteri pertama tadi, kta tgk la setakad mana dia boleh bahagia klu pernah memusnahkan kebahagiaan wanita lain...

    ReplyDelete
  12. ala kjee ...saya dah kawin dgn suami org pun..lamabt la entry ni..hehehe
    btw...tau ke tak suami org,kita yg boleh rasa..klu dah kentetuan tertulis kawin dgn laki org..mmg xblh nak elak..
    saya kawan dgn 3org laki org (mengaku bujang dn duda) akhirnya..kecundang jua..kawin jgk dgn laki org.moral yg saya dapat..
    dulu saya suka mengata org(bkn mengata siapa pun..arwah abah kwin ramai,mak saya bermadu-dah tentu saya anti sgt2..pastu kakak kesayangan saya dimadukan (padahal layan laki mcm raja) ..akhirnya terkena kat batang hidung sendiri.
    nak kata saya bahagia sekarang...mmg tak bahagia..padan la muka kan?hehehe nk wat mcmana...dah sembahyang isthikharah 3 kali tu.adoihai...mmg sedih.
    skrg berdoa,anak2 perempuan saya jgn ikut saya...sengsara 9emo kejap dlm blog kjee)

    ReplyDelete
  13. actually, entry Kjee ni untuk mereka yang baru dapat tau lelaki itu dah kahwin. mungkin boleh cepat2 tarik diri macam Kjee dulu. tapi kalau dah jodoh, tak boleh kita nak tolak. tapi Kjee memang manusia yang keras hati. Kjee suka sangat K tapi Kjee kesian fikir masa itu dia ada dua anak. dia kahwin usia dia 19 tahun. kalau kjee kacau, camner anak2 dia kan? sampai sekarang dia masih kekal dengan isteri sama. memang dia seorang suami yang baik. cuma tak ada rezeki Kjee. Tapi Kjee syukur suami kjee sekarng pun baik.

    ReplyDelete
  14. Salam, Kak Jee. Sekarang ni trend suami orang ada affair dengan bini orang la Kak Jee. Especially yang satu tempat keje.Kes anak dara dengan suami orang dah kureng dah...Bye

    ReplyDelete
  15. bagus tulisan kak Jee ni.itu tips kalau bagi suami yg sayangkan anak.ada jugak kes,lelaki kalau dah gila nak kawen lain lupa anak.pastu nyesal..(kisah di sekeliling saya la)

    moga dijauhkan dr org ke3 dalam rumahtangga kita.amin

    ReplyDelete
  16. kjee...best sgt entry kali ni.agak menyentuh perasaan.klu smua p'puan m'gambil tindakan yg sama cam kjee akan amanlah dunia.tp kebanyakannye wt xndah walau dh tau si lelaki dah kawin n punya anak.kata mereka dh takdir d'pertemukan ngn laki org.ada gak yg agak sombong akan ckp kita 'xtau jg laki' or akak yg izinkn saya kwn ng laki awak'.

    ReplyDelete
  17. ramai lelaki yang suka berkawan dengan perempuan tetapi atas tiket kawan shj sedangkan layan kita dgn terrsangat istimewa. untuk lelaki2 mcm ni, good bye..nak bermanja konon, u r nothing 2 me!

    ReplyDelete
  18. KJEE PETUA K & PENGALAMAN KJEE ITU BENAR,...MASA FIJA KAT K.L ....PERNAH FIJA ALAMI SUAMI ORANG MENGAKU DUDA...TAPI PASAL ANAK2NYA TETAP BETUL BILANGANNYA....ISTERINYA DIA MENGAKU SEPUPUNYA..MEREKA TINGGAL DIKERAMAT..

    ReplyDelete
  19. pernah dulu zaman2 saya jahil..... pernah 'ter'jatuh cinta dengan suami orang..... sebab bila di tanya perihal kawen.... dier tak nafi... dier ngaku dier dah kawen.... siap tunjuk anak2... dan ada satu hari...dier dah bersedia nak jadikan saya isteri sah dan nak kenalkan saya dengan isterinya...saya jadik tak sanggup ... saya kenal dengan isteri dier ....rupa rupanya saya selalu berurusan hal kerja dengan isteri dier... tanpa saya ketahui wanita itu adalah isteri dier... patut la saya nampak gamba anak2 atas meja isteri dier ada iras2 anak si 'dia'... sengal betul saya ni....
    -elly-

    ReplyDelete
  20. kjeeeeee,

    ada je yang sanggup menipu takde anak. ni betui kak jeee kawan saya kene cam tuh. siap si laki tu bersumpah lagi takde anak. hee..laki kemendenye cam tu kan? kan?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Kak Jee.. suka sangat baca entry Kak Ji, tapi tip ni memang amat2 berguna untuk kaum2 pompuan di luar sana supaya tidak terjebak ngan laki org.. kdg2 bila nampak laki org pun asalkan berduit diorg buat tutup mata gak tu yg merisaukan para2 isteri.. ;(..

    ReplyDelete
  22. Salam KJee....saya pn penah terlibat dgn husben org ni, plg saya rasa brslh saya dh tau dia dh kawen. Kitaorg kwn satu ofis, so happen dpt assignment overseas sama2, So dkt 2 bln kitaorg kje berdua di negara org. X sangka yg akhirnye, drp suke bertukar sayang. Wpun dh xde apa2 skrg, saya msh rindukan dia, tp saya xkn pegi dkt dia lg dah even skrg msh satu dept. Saya tau dia ada tanggungjawab dia dan dia pn sedar. Tp bila dh sayang tu mmg susah sebenarnye, bbrp bln lps tu saya agak terseksa.

    ReplyDelete
  23. Saya pon penah telibat..2 kali, b4 n after saya kawen..tp jgn salah sangka, kes petama suami org tu nak jdikan saya bini no 2 dia..iskk..geli saya..kes kedua, dah branak 4 pun, masih kena kaco dgn laki org..tp tango needs 2 kan, kalu dua2 miang n gediks memang mencadi, jgn dilayan sudah..

    ReplyDelete
  24. orang pempuan kne cerdik. jgn mudah jd bodoh sebab cinta..org laki ni klu bini die idup ke bini die mati ke dia tetap boleh kawen lain..so pikir2 la

    ReplyDelete
  25. saya pernah terjebak dgn hubungan macam ni..tetapi saya lelaki....saya kenal dgn seorang gadis ini mmg
    berbeza sekali penampilan dia yg sopan dgn isteri saya...itu yg menyebabkan saya bole berkawan dan akhirnya jatuh cinta...saya x menipu status saya...
    dia menerima seadanya...cuma bila isteri dpt tahu teruk dia diserang dan family masuk campur...dan pernah saya cuba lafaz cerai...dah pernah buat istikarah tetapi gagal dpt petunjuk....dan x pernah saya rasa jatuh hati dan sayang sgt dgn gadis ini...tetapi ramai akan salahkan saya yg saya ni suami yg kejam...

    ReplyDelete
  26. Hi k.jee. sekarang ni sy sedang berkawan dgn lelaki yg berumur lewat 40an. Mase dia selalu je free sbb die bisnesman. Kira nya pendapatan die mmg byk sebulan. Harta pun mewah. Tp pelik kenapa dia masih bujang . Bg sy mmg rezeki la klau dpt bf mcm die. Tp kami tak penah declare or die tak penah tanye nk jd bf sy. Tp kami sgt close. Selalu gak abiskan masa bersama. Cume sy tersedar la die ni sbnrnye bujang ke dah kawen. Sy google cara2 nk detect laki org tu yg terjumpa blog kak jee. Harap k.jee leh bg pandangan dan tips utk memerangkap die... harap diw masih bujang...

    ReplyDelete