Tuesday, July 26, 2011

KALAU DAH BIASA TANGANKAN ISTERI....

Bangga pakai t-shirt ni ke? - ehsan google
 Dah terlanjur ramai komen pasal kes Suhaila dakwa dipukul suami ketika masih berbulan madu, Kjee pun terpanggil jugaklah nak bagi pandangan Kjee yang nilainya tak berapa sen ni. Sebelum masuk bulan Ramadhan, baik kita luahkan apa yang kita rasa dan yang terpendam supaya masuk jer Ramadhan, kita lalui dengan zero zero. Lebihkan ibadat dan kunci mulut dan telinga serta tutup mata!

Bukanlah Kjee nak hentam maut kisah dia orang tu. Cuma nak bagi peringatan sikit kepada yang masih muda dan baru menjalani hidup suami isteri.

Sebelum bermula, Kjee menyusun 10 jari mintak ampun dan maaf kepada yang terasa. Tiada niat sebesar kuman pun nak mengaibkan sesiapa. Entry ini cuma nak mengupas sedikit pengalaman hidup Kjee yang penuh warna warni.
Jangan benarkan suami jadikan kita puncing bag - ehsan ggogle

First thing first. Apabila kita bersetuju menjadikan pasangan kita sebagai suami, kita, sebenarnya tidak tahu apa yang akan kita lalui. Biasanya, doa kita ialah dapat ditemukan jodoh dengan seorang lelaki yang beriman..itu selalu jatuh nombor satu.

Kemudian biarlah dia menyanyangi aku sepenuh hati. Dan dapatlah dia memberikan aku kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksudnya, menyediakan segala kesenangan untuk kita dan anak2, dunia dan juga di akhirat.

Tapi Kjee rasa tak ramai yang doa mintak suami tak pukul kita. Betul tak? Kjee pun tak pernah doa macam tu dulu. Cuma mintak suami yang baik yang dapat membimbing kita ke arah jalan Allah.

Tetapi sebagai ibu, Kjee sentiasa berdoa agar anak Kjee ditemukan dengan seorang lelaki yang beriman, pandai mencari rezeki untuk membahagiakan isteri dan anak2 DAN JANGAN SESEKALI BERKASAR DENGAN ANAK AKU!

Kjee selalu ingatkan Nadia. Masa berkawan kita sudah boleh agak lelaki itu jenis yang macam mana. Mustahil dia boleh cover line tapi sebaik sahaja salam dengan Tuan Kadi, terus tunjukan 'his true colors'! Siap pukul bantai semasa berbulan madu. Kalau dah dapat rasa lain macam, cepat2 tinggalkan dia sebelum berkahwin.

Tapi kata Nadia ada jugak kawan2 dia yang bagi pak we dia orang marah2 dan pukul. Hmm kalau Kjee tahu ada yang buat macam tu kat anak Kjee, siap ko!!! Anak aku bukannya punching bag kau tau!!


Maaflah. Kjee bagitau Nadia, Kjee tak pernah kena jentik pun dengan lelaki2 yang pernah menjadi suami Kjee. So please panjatkan doa agar kamu senasib Mama dalam bab ini.

Kjee ada sepupu yang selalu kena bantai dengan suami dia. Akhirnya kerana tidak tahan, dia buat report polis. Polis bagi amaran pada suami dia, sekali lagi dia bantai isterinya, polis akan cekup dia. Sampai ke hari ini suami sepupu Kjee tak pernah pukul bantai isterinya. Alhamdullilah.


Ada satu kes fren FB yang mengadu pada Kjee, suami dia asyik pukul bantai dia. Sekarang dia dah cerai. Tapi dia kata lama kelamaan dia pun tak tahan lalu dia turun bantai suami dia kalau dapat peluang. Pastu habis suami dia canang satu Malaya yang dia kena pukul dengan isterinya. Nasib baik kawan Kjee kata dia siap ada bukti gambar mukanya lebam kena pukul dengan suami.

Satu lagi kes ni ada kawan Kjee yang lain pulak. Dah lama Kjee tak contact dia. Kisah dia begini. Suaminya mati kena bunuh dengan kejam. Kemudian adalah pihak polis datang menyiasat. Tup2 ada seorang daripada pegawai penyiasat tu (duda) ambil kesempatan. Mengorat dia dan akhirnya mereka kahwin. Laki dia pun berhenti kerja polis sebab kahwin balu orang kaya!

Satu hari kawan Kjee ni call Kjee. Nak jumpa. Masa jumpa dia pakai spek hitam besar. Baju lengan panjang pulak tutup sampai ke jari. Kjee fikir..aikkk dah mereng ker malam2 buta pakai spek hitam besar!

Apabila duduk di sebuah restoran, dia bukak spek mata dan singsing lengan baju. Lebam merata!! Kjee terus heret dia ke balai. Mulanya dia takut sebab dia kata suami dia dulu polis kat Balai tu. Ahhh apa nak takut kan! So kami pergi buat report. Suami dia kemudian bagi syarat akan ceraikan dia dengan syarat tarik balik report.

gambar hiasan jer tau - ehsan google

Kawan Kjee ni fikir puas2. Pastu tarik balik report walaupun pihak polis suruh dia fikir habis2.

So the moral of my entry, buatlah pilihan bijak sebelum berkahwin. Sayang macam mana pun, masih ada masa 'nak lari' sebelum jadi suami kita dari kita asyik 'nak lari daripada kena pukul'. Orang lelaki kalau dah terbiasa pukul isteri, susah nak ubah dah. Percayalah.

Ohhh mungkin kes sepupu Kjee lain. Tapi dia tak pukul lagi isterinya tetapi teruk jugak sepupu Kjee kena mental torture!! Silap sikit kena maki hamun.

Renung2kanlah.

25 comments:

  1. Kjee
    Ini lagi satu hal. Saya berjalan, tiba2 dengar suara nyaring pompuan 'kau jgn buat aku boleh takkkkkkk!!!!
    Ku pusing blakang, GANASSS, yg pompuan (cantik) debik sijantan, yg jantan tampar balik. Macam dah kebiasan pulak. Jantan tu tarik dia tepi tembok lepas tu OK. Muka hepi dipujuk.
    Ku pesan bujang ku, kalau jumpa pompuan prasan & yg tak malu emo2 kat jalan ko baik bye2 sudah.

    ReplyDelete
  2. as salam...

    1.betul tu....sah2 kita masih lg dbawah tanggungjawab ibu bapa(dia BF) dh berani pukul2 apatah lg setelah sah menjadi milik dia...silap2 kena potong.
    2.bab artis tu....masa bulan madu org memang tak sedaq dunia habis...semuanya indah, semuanya manis..apasal depa bulan madu dh kena tampar.Tu bulan madu...klu BULAN MENGAMBANG sahih kena sepak terajang.
    3.Maaf klu ada yg terasa

    ReplyDelete
  3. biarlah miskin harta dari kaya tapi sentiasa di pukul suami. Alhamdulliah suami tidak pernah naik tangan sepanjang 26 tahun perkawinan kami.

    ReplyDelete
  4. kjee.. pengalaman sy dgn bekas suami yg kaki pukul juga.. pernah jadi kes polis.. polis bg amaran kat dia.. mmg dia dh tak pukul tapi dia bg mental torture lbh teruk lagi... ada satu kali tu dia pijak kaki sy n pusingkan kaki dia.. lebam gak la kaki saya tu...

    ReplyDelete
  5. Eza...lega Kjee baca u tulis BEKAS suami. Kalau masih suami, macam mana agaknya! Ya Allah jauhilah bala macam tu!!

    ReplyDelete
  6. ya kjee.. masa cerai kali pertama sy rayu dia rujuk.. sbb sy terlalu sayangkan dia.. dn pkkan anak2.. dia rujuk sy dgn bermacam2 syarat.. dn selepas tu dia sanggup buat taklik ceraikan sy dgn talak 3 hanya kerana gf dia.. akhirnya bila bercerai dgn talak 3 sy redho... ego dia terlalu tinggi.. skrg dia nk nyesal pun tak guna..

    ReplyDelete
  7. Selain daripada 'wife beater', 'mental torture' daripada suami pun sungguh menyedihkan.. Ada sekali tu masa tengah food shopping kat pasar raya, kelihatan seorang isteri berkata sesuatu pada suaminya.. Tapi tak dengarlah pulak biji butir perkataannya.. Tapi yang amat memeranjatkan bila si suami terus membalas dengan suara yang kuat.."Awak ni memang bodoh tau.. BODOH.. BODOH!" Si isteri hanya diam membisu dan tertunduk malu dengan orang ramai yang lalu-lalang.. Kesian si isteri tu..

    ReplyDelete
  8. kjee..in pun br je sttle kes cerai kt makhamah..suami pkul..br je 4 bln kwen..time kne pukul tu tgh peknen sebln..dlu b4 kwen pun die mmg ske naik tgn..tp ingt lepas kwen b'ubah..tp x..makin truk..prangai die jd makin truk pas in peknen..skrg rs idup bttr sgt2 dr sblm nie..nk blk umah pun xtkt da..xtkt sakit2 bdn da..dlu bdn lebam2..muke kne tumbuk..kne tampar..kne tolak..kne heret..mcm2 la lg..cekik tu mmg da biasa..yg latest nie..die tarik rmbt..siap da pegang helmet da nk bantai pale in..tp allah tu tlg..die trus kuo dr umah..sbb bnda kecik2 je slalunye..ble mak die tgk..mak die bley kta..alaaa..ckit je..cbe kne kt anak pmpuan die..br die tau ape prasaan mak in rsnye klu tgk anak kne gtu..

    ReplyDelete
  9. nauzubillah...minta dijauhkan..yg pelik tu kalu isteri kena pujuk selepas dipukul ditampar, ok pulak baiknya... pas tu kena lagi...biasalah yg si isteri ingat masa tu aje sikap suaminya tp dah jadi kebiasaan pulak..ialah nak pisah ingatkan anak2 masih kecik lg...serba salah dibuatnya

    ReplyDelete
  10. iNtaN: Kjee tak dapat menahan airmata baca komen awak. alhamdullilahs emua dah settle. jaga diri baik2 ya.

    ReplyDelete
  11. thnx kjee..insyaallah..skrg tgh peknen 3 months..syukur sgt2 sbb xjd pape pd baby time tu..rs bahagia yg t'amat sgt ble da lepas dr sume mslh nie..~

    ReplyDelete
  12. Intan: please add kjee kat FB Kjee. Kjee nak buat skrip drama boleh tak? nama kjee di FB fauziah abd samad

    ReplyDelete
  13. ok..nanti lepas ofis hour in add kjee eh?kt opis nie kne blocked fb lak time keje..hehe..

    ReplyDelete
  14. kalo kisah2 kena pukul nih.....selalunye ending mesti si isteri memaafkn semula..sakit macamana pn tetap ada ruang kemaafan utk sang suami...begitulah hati wanita...sampai ada satu statement yg keluar dr mulut sang isteri...biarlah kena pukul pun aku akan btahan selagi suamiku tak main perempuan lain.....harap sang isteri diluar sana pertahankn hak masing2...jgn biar diri jd punching bag....kita dijdkan dr tulang rusuk mereka ~ utk dilindungi bukan utk disakiti...(kak ngah)

    ReplyDelete
  15. Salam Kjee...

    Allahu akbar...terasa sebak, takut, marah..semua ada dlm fikiran eima bila baca komen2 kawan2 kita ni Kjee...

    Rupanya ramai kaum2 isteri yg menerima nasib kena pukul, kena maki hamun dgn suami...masya allah...

    Macammana lah kita nak sedarkan kaum2 suami yang macam ni kan..lupa kah dorang akan akad yg dibuat semasa bernikah dulu?...

    Tapi pada eima kalau para suami2 ni ingat Tuhan, tahu tgungjawab sbg suami, insya allah, rumahtangga akan dilindungi olehNya...dan isteri pun kena membantu mereka..kan Kjee?

    ReplyDelete
  16. lelaki ni nak kawin 4 ikut sunnah..sunnah yg lain lansung x ambik tahu..betapa Rasulullah saw menunjukkan contoh mcm mana nak layan isteri yang degil..mula mula pisahkan tpt tidur , x jln jugak br pukul kat kaki dgn pukulan yang hanya untuk mengajar saja bkn nak membunuh..lelaki suka pukul bini ni mmg giloss so better cepat cepat chow dari hidup dia..suzi fauzi

    ReplyDelete
  17. Hi Kak Jee,
    Saya dengan boyfren (now suami la) becinta time sekolah lagi..masa tu kitorang muda lagi, boyfren pon susah nk kontrol marah..sesekali ade la kene pukul2, lebam2 la jgak..tapi lama2, dah masuk uni, dah keje sume, boyfren pon matang la sikit, so takde dah pukul2 sume.. skang ni dah 2 taun kawen and saya x pnah lagi kene pukul..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  18. kjee, sedih giler la baca entry dgn komen2 kt sini...nasib pempuan ni mmg depends pd suami je kan? tp kdg2 tu ada pulak suami baik isteri pulak yg x betul...

    dunia oh dunia...papepun hargailah apa yg Tuhan dah bagi kita depan mata tu

    ReplyDelete
  19. kjee... elly pernah jadik penyelamat masa kawan kena pukul..... elly dapat call dia mintak tolong amik dier kat umah... bila sampai dengar terpekik terlolong mintak tolong... apalagi misi menyelamat.. nasib baik..belum sempat elly masuk kawan tuh keluar... terkejut suami dier tengok elly dah ada depan pintu... pernah kawan ni kena halau anak beranak oleh suami dier.... pastu bila suami dier jenguk dapo.. kawan ni dah prepare nak masak lunch... baru la menyesal itu ini.... terakhir... kawan hampir ditikam oleh suaminyer sendiri ... anak2 masa tuh nyorok bawah katil ketakutan.... tahap takut budak2 tuh sampai ketar lutut tak boleh nak berdiri pon...

    ReplyDelete
  20. Kjee..saya masih berkawin..dikurniakan seorang anak yang comel dan bijak..tapi hampir setahun saya tidak ddk serumah dgn suami..perkawinan kami baru 3thn..suami sewaktu kami bermatair mmg sdh kaki pukol.maki hamun.tp kerna terlalu syg kami smp juga berkawin..waktu saya mengandung dia ada pijak perot saya.alhamdulillah anak saya selamat..selapas brp hari bersalin saya dipukol jg..waktu anak saya 2bln saya dicerai kan dia pukol saya smp kaki saya bengkak tak ler berjln..tp kerna sayang dia memujok dan kami rujuk kmbali..tetapi slps itu mcm2 lagi terjadi..sy bingung kjee..saya tertekan hmpir setahun tidak tinggal bersama..kerna tiap kali jumpa saya msh laki dimaki hamun..saya ingin pandangan..harus saya lupa kan dia??kerna dia skrng buat hal sndr..dan sy dpt merasa dia ada prpm lain..saya tertekan..

    ReplyDelete
  21. Ex Husband saya dulu belasah saya hingga 3 hari tak bangun... menanggis kalau ingatkan ... muka lebam.. 1 minggu tak hilang lebam kat muka. last2 saya minta dia pulangkan saya ke pangkuan mak ayah saya. sekarang ni dia da meninggal dunia.

    ReplyDelete
  22. Sy baru lepas kena pukul dia kepala dan di muka. Dgn anak kecik umur setahun setengah pon terkena tempias. Xtahu nk buat mcm mne lg. suami pandai reka cerita. Lg2 mk mertua kerap sgt slhkn sy klo suami pkul sy. Rase mcm nk amek pisau cucuk je dekat badan suami. Sy sedih sgt mengenang nasib nie.

    ReplyDelete
  23. ..bab2 kne pukul apa yg xpernah kene??? sepak ? terajang? pijak? tendang? kne duduk kne tumbuk perut lempang muka sampai bengkak berdarah..kene heret..hentak dgn helmet..maki hamun tu makanan hari2..ht sy kuat sbb anak2 masih kecil..kesian ank2 asik tnya bapa..sy x smpai ht..bab nafkah? emmm xpayah la nk cite..nasib sy bekerja..xmmpu nk luah kn mn2 pihak lg..police report? warded sbb kne tumbuk & kne pijak..turun naik kaunseling pejabat agama..makanan biasa..anak2 memandang & menangis teresak2..apa bole buat..sy brtahan slm 9 thn nie...demi anak2...smpai bila pn xtau...d tinggalkan sendirian berbulan2? berminggu? sy brsma ank2 meneruskan khidupan harian da terbiasa tanpa dia d sisi...

    ReplyDelete
  24. teruknye... saye pon mcm tu.. selalu kne maki hamun..bodoh bangang anjing dh jdi mknan harian..kne pukol smp lebam..lps tu baik balik... sbb syg..tp sekarg ni sy tension..patut ke sy cerai je... ank blm ade...

    ReplyDelete
  25. Salam Nurul. Tepuk dada tanya selera. Kalau Kjee, sebelum ada anak, elok atur langkah keluar. Insya Allah ada lelaki yang lebih baik nanti.

    ReplyDelete