Monday, July 11, 2011

MAJLIS TAHLIL, HARI JADI DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Kjee dan Nadia bersama Jaja dan Puan Mazia

Drs Joha Ahmad editor Majalah keluaran Utusan

Huzz bersama teman2nya
Kakak angkat Kjee, Puan Mazia, pemilik Mazia Catering hari ini buat majlis Tahlil arwah suami beliau Ahmad Bustami. Dah dua tahun pemergian arwah abang Bustami yang sangat2 rapat dengan Kjee, Unclepali dan Nadia. Inilah keluarga Kjee terapat selama ini. Malah ramai yang ingat Kjee dan Kak Mazia adik beradik. Adik beradik sepusat sepusing...seorang dari KL dan seorang dari Kuantan.

Makanan ala buffet

Kak Mazia turut buat hari jadi cucunya dan juga ulangtahun kedua perkahwinan anak bongsu dan lelaki tunggalnya, Zul dan Alia hari ini. Kak Mazia kalau buat majlis2 macam ini boleh mengalahkan kenduri kahwin. Siap pasang kemah dan menyediakan buffet makanan yang sedap2.

Hari ini kata anaknya Huraiza yang Kjee panggil Jaja, jemputan tak ramai cuma 500 orang sahaja. Sahabat handai dan keluarga terdekat sahaja. Tapi selalunya kalau buat majlis jemputan sampai 2,000 orang!

Unclepali
Kjee gembira sangat jumpa kawan2 sama2 wartawan dulu seperti Huzz, Drs. Joha Ahmad, Rosli Manah, Abie serta pengurus artis popular Sam Kassim. Mereka adalah tetamu tetap kalau Kak Mazia buat kenduri.

Mewah betul makanan yang disediakan hari ini. Cuma gambar2 makanan je yang diambil tak berapa cantik. Hari ini Kak Mazia jamu tetamunya makan Nasi Ambeng. Arwah abang Bustami orang Jawa dari Batu Pahat. Selain itu banyak lagi lauk pauk yang sedap2 belaka. Begitu juga dengan kuih muih dan buah2 tempatan.

Jaja
Kjee sempat jugak rasa mi udang air tangan kak Mazia sendiri. Sedap sangat. Nanti nak kecek resipi. Selain itu ada juga serawa durian. Terima kasih daun keladi, lain kali undanglah lagi.

Di bulan Ramadhan ini, Jaja yang mengusahakan Mazia Catering bersama kakaknya Lydia, akan membuka gerai di pasar juadah Stadium Shah Alam.Kata Jaja dia akan jual Nasi Ayam Madu Special dan Nasi Briyani. Memang famous Nasi Briyani Mazia Catering.

Nadia dapat hadiah lukisan dari Kak Jaja dia. Hadiah birthday dulu. Dua2nya sama hari jadi..tahun je lain hehehe

Related Posts:

  • HAPPY BIRTHDAY NADIA Happy 27th Birthday my one and only... Nothing much to say. This your last birthday, single. Next year, this time around, Insya Allah it may be two, or three? Hehehe Nadia anak mama yang sangat Mama sayang... Alhamdullil… Read More
  • NADIA BOLEH!! Yang terbaru Ahad 1/3/15 TERKINI: KESAN GST AKAN TURUT TERKENA KEPADA SEMUA PRODUCT L'AROME. MULAI 1 APRIL, HARGA BARU IALAH RM408.10 SEBELUM POS DI SEMENANJUNG. MASIH ADA MASA UNTUK DAPATKAN HAR… Read More
  • TAHNIAH AZMAN SELAMATKAN KUCING Kjee jumpa gambar ini di Kelab Kucingku Sayang di Facebook. Nama pemuda ini Azman. Baca sendiri nukilan beliau yang Kjee copy paste. Kalau ada seribu lagi pemuda seperti Azman, ramai lagi kucing serta haiwan-haiwa… Read More
  • DOA KU SEPANJANG MASA Salam. Tadi, seorang kakak angkat yang Kjee kenali hanya melalui FaceBook, Puan Hawa Lerno, private message Kjee (bubuh pm nanti orang ingat perdana menteri hehehe). Kak Hawa terkilan ada seorang fren Kjee di FB y… Read More
  • MENGHITUNG HARI... INSYA ALLAH Foto2 ehsan google … Read More

3 comments:

  1. Rajin berkenduri tanda bersyukur dan berkongsi rezeki bersama yang lain...Alhamdulillah. Tahniah buat kak mazia semoga dilimpahi Allah rezeki meruah...

    ReplyDelete
  2. Betul Kak Pidah. Kak Mazia ni memang rajin bersedekah, sejak zaman arwah suaminya lagi. Mudah2an akan bertambah murah rezeki beliau sekeluarga. Insya Allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...orang memberi kita merasa..apapun biar bersederhana semuanya.

    ReplyDelete