Sunday, July 31, 2011

USAH HINA ASHRAF HAFIZ - ALFATIHAH


Oleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamid
bminggu@bharian.com.my
2011/07/30

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar

KUALA LUMPUR: Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.


Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya. 

Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas.






Baju kurung merah jambu jadi kenangan
Oleh Azman Mahmood dan Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/07/31

    IBU Mohd Ashraf Hafiz      menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir,  Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
IBU Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
Lelaki tukar jantina dilapor tertekan tunggu rayuan

KUALA TERENGGANU: "Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.


“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.


Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.


Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Minggu, di pasaran.

3 comments:

  1. Salam ramadhan kak jee, utk jerman kukis tuu kita buat half portion jer dpt dlm 30pcs gitu, berat setiap yg kita buat tu 13g, kalau mcm kita ni tak de org nak raya buat 1 adunan dah cukup dah hihihi.... kalau akak buat kena double or triple :D

    ReplyDelete
  2. al fatihah juga buat arwah n takziah sekali lagi buat kelauraga arwah.

    ReplyDelete
  3. al fatihah untuknya , semuga arwah aman dipersemadiannya. salam takziah buat keluarga mereka.Ada hikmah disebaliknya... kitamanusia biasa Janya Allah Yang Maha MengetahuiNya

    ReplyDelete