Friday, July 22, 2011

MANDI BUNGA CARI JODOH? ~ HUKUM HAKAMNYA



ehsan Google
Masa Kjee muda2 dulu, apabila demam berlarutan, emak akan pergi ke rumah dukun kampung. Dia bawak limau nipis, sebotol air paip dan dua tiga jenis bunga2an.  Suruh pakcik tu tengokkan, kenapa demam anaknya tak kebah2. Maka limau tu dipotong atau dihiris kulitnya dalam air setelah dibaca beberapa potong ayat. Kalau jatuh hirisan, secara terlangkup, ada maknanya. Dan kalau terbuka, menampakkan kulit putihnya, ada jugak makna lain.

Kekadang Tok Moh bagi pulak ibu kunyit. Disuruh calit kat dahi, kening, tapak tangan dan sebagainya. Itu part yang Kjee tak suka. Habis oren wajah! Hehehe. Kononnya, kalau ada setan2 tengok, lari bertempiaran. Manusia tengok pun boleh kecut. Hehehe.

ehsan google
Tapi ada lagi satu part yang Kjee tak suka. Bila emak bawak air satu botol, Tok Moh akan jampi. Pastu dia hembus bersama air ludahnya dalam air. Isyhhh pennggsannn nak minum kan? Kalau Tok Moh tu baru makan sirih masa dia jampi dan hembus, tak ke naya! 

Apapun, sekarang dah tak ada lagi tok Moh yang macam zaman Kjee kecik2 dulu. Atau ada tapi Kjee tak tahu. Whatever lah.

Teringat lagi masa Nadia kecik, dia demam. Memang masa kecik Minah ni memang selalu demam. Jenuh heret ke klinik dan ditahan di Hospital tapi tak baik2. Kebetulan jiran Kjee kata, bapa sedara dia pandai buat  air penawar. Siap dia bagi bunga dan limau.

Petang tu, Kjee pun buatlah persiapan. Limau tu diramas dan dibubuh dalam baldi yang penuh dengan air. Kemudian direndamkan sama bunga. 

Nadia duduk sebelah sambil intai. Ini mama buat untuk siapa, dia tanya dalam suara yang parau2 sebab dah banyak hari demam. Kjee jawab, untuk kamulah. Ohhh dia kata...nak buat untuk cepat jodoh ker?

Terduduk Kjee. Hah? Untuk jodoh. Ewah kau tu baru umur 5 tahun!!! Ntah mana ntah dia dapat idea tu. Rasa2 Kjee ini mesti penangan drama TV!!! 

Hari itu Kjee sembang2 dengan seorang kawan pasal mandi bunga. Kawan tu belum kahwin lagi. Dia dok sibuk cerita pasal mandi bunga dengan seorang pakcik setiap bulan mengambang. Bayar RM25 jer. Ramai khabarnya, wanita yang dah terlajak usia dari kalangan profesyenal ke sana. Dan alhamdulilah dengan izin Allah SWT, dia orang sekarang sudah berpasangan!

Kalau ada yang berminat, bolehlah contact Kjee. nanti Kjee bagi no telefon pakcik tu yer. Hehehe

Kjee ni menyibuk sikit. Tadi Kjee surf internet nak tahu sejauh mana mandi bunga ini boleh digunapakai oleh orang Islam. Dan Kjee jumpa info dibawah ni dari blog AlBadri.Bazar.




HUKUM MANDI LIMAU & MANDI BUNGA MENURUT ISLAM


ehsan google 
Mandi Limau & Mandi Bunga adalah satu alternatif untuk merawat penyakit/masalah dan mempertingkatkan kesihatan. Ianya termasuk dalam perkara mujarrabah dan telah terbukti boleh menyembuhkan penyakit dan mempertingkatkan kesihatan. Ikhtiar rawatan secara Mandi Limau & Mandi Bunga adalah sebagai wasilah/asbab untuk merawat, ianya perkara mubah; sekiranya dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya DAN tidak bercanggah dengan Syariat Islam dan hukum Syarak, hukumnya adalah harus.


HARAMNYA MANDI LIMAU & MANDI BUNGA

Hukum Mandi Limau & Bunga boleh menjadi haram sekiranya cara pembuatan, tujuan dan tatacara mandian itu bertentangan dengan Syariat Islam dan hukum Syarak dan bersifat mempersekutukan Allah SWT, sebagaimana berikut:

1) Bertujuan untuk menarik ‘nasib baik’, membawa tuah atau menolak bala dan sial pada seseorang itu. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah, yang bersabda, maksudnya: "Tiada sial dan majal dalam Islam."

2) Kepercayaan sepenuhnya kepada Limau dan Bunga itu mempunyai kuasa sakti atau penyembuh, dan bukannya Allah SWT (begitu juga dengan ubat-ubatan yang lain).

3) Ramuan dibacakan dengan ayat-ayat pemujaan memanggil jin/syaitan atau mentera yang berunsur sihir walaupun bercampur aduk dengan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir.

4) Menganggap Mandi Limau & Mandi Bunga itu sama hukumnya dengan mandi-mandi Sunat dan Wajib di dalam ajaran Islam; serta menjadikannya sebagai amalan keagamaan.

5) Bertujuan untuk ‘memanggil’ semangat, khadam, pendamping, jin, roh para  wali, tok sheikh, malaikat dan sebagainya. - Al Badri.Bazar

6 comments:

  1. wahhhh.. nak mandi bunga cari jodoh juga lar nie.. hik3..

    ReplyDelete
  2. Pandainya Nadia...hehehhehe....kata Syed Hussain Al Attas (berjumpa dengan dia di kediamannya di Janda Baik) bunga-bunga ni ada aura dia sendiri....

    ReplyDelete
  3. salam kjee..saya slh sorg peminat@pmbaca senyap..bila bc n3 ni sy ttarik nak bg komen..utk makluman kjee, sy pon lom jumpa jdh lg..ada gak kwn2 sy cdg wat mandi munger nihh tp ntah le sy rs mcm x yakin jer..lgpun malu lerr kjee..hehe(ada gak kwn yg mrh sy bila bg alasan malu)..:nong;p

    ReplyDelete
  4. Nong: Usahala. Kalau nak nombor pakcik ni, PM Kjee kat FB.

    ReplyDelete
  5. aslmkm, kak..mintak akak sms kat sy num pakcik tue leh?nak bwk kwn sy gi jumpa.. mekasih byk2..0172027069-tania

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum,jawap nya haram,Baik air apa pun,bunga apa pun,buah apa pun semua nya haram.Doa pada Allah SWT.Kepunyaan Ilahi segala nya.InyshAllah

    ReplyDelete