Friday, July 15, 2011

JJCM - KAK MAH TOMYAM, KPG BARU





Ini satu lagi kedai tomyam di KL yang diuruskan oleh orang Thai bukan Mek Kelantan, jadi rasanya lebih authentic daripada kedai2 Tomyam yang berlambak kat Kuala Lumpur ini.

Kak Mah Tomyam ni terletak depan bangunan Universiti Kuala Lumpur. Sebelah bangunan UniKl ni bangunan Dewan Bandaraya. Hah Kak Mah seberang jalan jer. Parking memang susah. Kalau jalan kaki atau naik motor taklah susah kan? Restoren kak Mah ni sebenarnya rumah dua tingkat yang diubah jadi restoren.

Makanan yang dihidangkan di restoren ni mirip kepada yang disediakan di Thailand. Malah nama makanan dalam menu pun dalam bahasa Thai. Kalau nak tahu lebih lanjut apa jenis makanan yang dihidangkan kena tanya pelayan.

Apapun, Kjee dan keluarga hanya gemar makan bubur nasi bersama lauk pauk yang dimasak panas2 apabila berkunjung ke Kak Mah. Banyak betul pilihannya. Sebenarnya, rasanya tak ubahlah macam kedai2 siam lain yang jual bubur nasi. Cuma, pada rasa Kjee, pilihan lauk pauknya lebih sikit je di sini.
Tadi Nadia order 3 biji century eggs (telor pindang Thai), 3 jenis sayur, tauhu jepun goreng, telor asin, dan sotong kering yang digoreng garing serta bubur nasi untuk 3 orang. Semuanya termasuk tiga gelas air RM58. Mahal ker? Samalah kalau pergi gerai jual makanan siam yang berselerakkan di KL ni.

Kalau nak dibandingkan makanannya dengan Ali Tomyam, rasanya selera Kjee lebih kepada Ali Tomyam. cuma Ali tidak ada jual Bubur Nasi. Kalau tidak, Kjee dah tak kemana lagi kalau nak makan ala Thai ataupun bubur nasi.

Kak Mah Tomyam dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Pastu tutup dan bukak semula jam 6 petang hingga 1 pagi hari biasa dan Sabtu Ahad hingga 2 pagi.


4 comments:

nuRuL haNis said...

kalau kena dgn selera, mahal mcmne pun berbaloi kak jee..kan?

Pus said...

KJee, Ni macam best je. Next time kalau saya gi KL mesti singgah. Kampong Bahru ni kat mana?

Elinna said...

salam kak jee,

terima kasih sebab promo kedai makcik sy.
mmg mahal sikit tapi bubur nasi dia mmg sedap :)

Crime Devine said...

cuba lak makan kat Restoran Hah Tomyam di Kampung Datuk Keramat...
aneka makanan Siam...
bubur pun ada...
tempat letak kereta ada banyak & tak perlu bayar...
nak cuci kereta pun ada...
lokasinya bersebelahan dengan balai polis Datuk Keramat & di belakang Masjid Al-Akram...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...