Thursday, July 21, 2011

Kasanova Arab 'serang' London dengan kereta mewah putih...


keretamawahSekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.
Antara kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu (RM967,586) di Britain.
"Nampaknya putih menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.
Ramai warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang mengalami musim panas. - Agensi
Dipetik dari Agendadaily.com

1 comment:

  1. bukan kata kat sana je kak gee. dekat pv12 ni pun dah makin ramai org arab. bila sy tanya. katanya dtang bercuti.

    ReplyDelete