Friday, July 1, 2011

KEMPEN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA

bahagianya mereka dapat baju baru 
Tahun lepas ada sekumpulan kawan2 Kjee yang bergerak atas nama Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Grup yang terdiri daripada sukarelawan yang berhati mulia ini, bergerak cergas memohon ehsan masyarakat Islam yang mampu untuk menghulurkan sehelai baju melayu (Lelaki ataupun Perempuan) untuk rumah2 anak yatim terpilih di seluruh negara.




Encik Ahmad Saabun sedang carikan baju yang sesuai
PERLU DIINGAT sahabat2ku bahawa baju2 yang hendak didermakan BUKAN BAJU TERPAKAI TETAPI BAJU BARU!

Kjee pasti ramai yang mahu melihat anak2 yatim ini tersenyum gembira di pagi Raya mengenakan pakaian baru yang kita sumbangkan.

Kjee mengenali kumpulan ini menerusi kawan lama Kjee, Encik Ahmad Saabun dan juga Puan Sophia Othman yang Kjee kenali dari Facebook.

Tahun ini Kjee berjanji pada diri Kjee mahu bergerak cergas (mengikut kemampuan tubuh Kjee) membantu grup ini membuat ramai anak2 tersenyum di pagi Raya.   

Grup ini akan mula memohon baju2 mulai hari ini (! Julai 2011)  hingga 25 Ogos 2011.  Kjee akan, dari masa ke semasa, memberitahu berita terbaru dan bagaimana anda boleh menyumbang. 

Teringin tak nak bahagiakan adik2 ini?
Tahun lepas, grup ini menyediakan senarai nama dan juga saiz anak2 yatim yang kita hendak dermakan baju. Dengan cara ini, anda boleh pilih nama yang menjadi pilihan, catatkan saiz mereka, belikan baju dan pack dengan meletakkan nama anak2 yatim tersebut pada bungkusan tersebut.

Kerja2 packing harus kita lakukan sendiri untuk memudahkan grup ini melaksanakan tugas menghantar kepada rumah anak2 yatim terbabit.

Korang boleh berhubung dengan menghantar mesej pada Kjee di Facebook atau hubungi terus grup ini untuk pertanyaan lebih lanjut. Mereka boleh dihubungi  di  sehelaibaju.com

Kjee sangat2 berharap kita semua sama2 respon dan menderma sehelai sahaja baju baru, untuk salah seorang anak2 yatim ini. Bayangkan kalau anak2 kita di tempat anak-anak yatim ini....

Terima kasih banyak2 dan tolong war2 kepada kengkawan lain. 

7 comments:

Ahmad Saabun said...

Terima kasih Kak G terima kasih kerana sudi membantu...

Kjee said...

Sama2

bersama kak Es said...

saya pun suka join NGO yang buat kebajikan utk insan kurang mampu ..

Anonymous said...

Baju baru or terpakai ( elok lagi)...

Kjee said...

Maaf..baju baru saja.

nor said...

assalamualaikum..kjee selain dari baju kalau nak bagi boleh ke

Kjee said...

Walaikumsalam Nor. Cuna pergi ke website mereka dan tanya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...