Monday, July 11, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 11 JULAI 2011


APABILA CINTA BERALIH ARAH 1

SAMAN BEKAS TUNANG RM320,000 


NIK MUSTAFA (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd. Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kota Bharu semalam.




KOTA BHARU – Angkara cinta kekasihnya beralih arah seminggu sebelum tarikh bernikah, seorang juruteknik tekad memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak kira-kira RM320,000 terhadap bekas tunangnya itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah dekat ini selaku plaintif memfailkan writ saman tersebut menerusi peguamnya, Mohd. Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Nik Mustafa menamakan bekas tunangnya Azlina Mohamed, 27, yang juga dari kampung yang sama sebagai defendan.
Plaintif yang bertugas di sebuah kilang di Bangi, Selangor mendakwa ekoran tindakan bekas tunangnya yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah restoran makanan segera di Serdang itu menyebabkan pretasi kerjanya terjejas sehingga plaintif mendapat cuti sakit selama empat hari.
Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Mustafa dan Azlina telah mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2011 atas dasar cinta suka sama suka.
Rentetan itu, plaintif dan defendan telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan pada 8 Jun lalu.
Berikutan itu, plaintif membuat semua persiapan kenduri seperti menyediakan perkakas kenduri, membeli seekor lembu, menempah ayam dan jurukamera.
Plaintif juga mendakwa telah menempah kad jemputan perkahwinan kepada 1,000 tetamu dan kenduri kahwin di rumah plaintif dijadual akan berlangsung pada 10 Jun.
Bagi melancarkan majlis perkahwinan, plaintif turut menghadiri kursus kahwin, membeli barangan hantaran, mengisi borang perkahwinan dan membeli dua bentuk cincin perkahwinan berharga RM3,000. - DAPATKAN KOSMO HARI INI UNTUK BERITA LANJUT.
KJEE: BOLEH PENGSAN DENGAR TUNTUTAN SEBANYAK ITU

APABILA CINTA BERALIH ARAH 2

Kecewa suami curang

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

PUJUK...Suriani dipujuk suaminya selepas cubaan membunuh diri di Jambatan Kedua Muar, petang semalam.
PUJUK...Suriani dipujuk suaminya selepas cubaan membunuh diri di Jambatan Kedua Muar, petang semalam.
MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis. 
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.

Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya. - DAPATKAN METRO HARI INI.

KJEE: BUNUH DIRI SEBAB LELAKI?






BANGGA TUTUP REZEKI ORANG

Peniaga, hotel rugi lebih RM100 juta
Oleh Suzalina Halid dan Faizatul Farhanah Farush Khan

2011/07/11

PRESMA mahu hantar bantahan dalang BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram di beberapa kawasan di pusat bandar raya kelmarin menyebabkan kehilangan pendapatan dan kerugian lebih RM100 juta kepada ratusan peniaga dan usahawan sektor perniagaan dan perkhidmatan.

Mereka termasuk peniaga perindustrian kecil sederhana (PKS), hotel, pasar raya, pengusaha restoran, pengusaha teksi dan peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan RM1,000 hingga RM5,000.
Sebanyak 5,000 peniaga yang bernaung di bawah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mencatatkan kehilangan pendapatan hampir RM100 juta, industri hotel (RM6 juta),pengusaha dan pemandu teksi (RM3.1 juta), penjaja dan peniaga kecil (RM2 juta), Mydin Whole Sale Emporium (RM1.1 juta) melalui empat cawangan di Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit; pengusaha restoran Muslim RM320,000), UO Superstore Sdn Bhd (RM400,000) dan peniaga kecil di Kompleks Pertama (RM150,000).

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata nilai itu termasuk kerugian kira-kira RM10,000 yang dialami setiap peniaga dan penjaja terutama di lokasi yang menjadi tumpuan perarakan peserta perhimpunan haram.

“Kami amat kesal kerana ia menyebabkan premis peniaga dan penjaja terpaksa ditutup, manakala bagi yang meneruskan perniagaan menanggung kerugian,” katanya. - BERITA HARIAN

KJEE: TERINGAT DAILOG FILEM P RAMLEE - KECIK2 TAK NAK...KORANG HABISKAN JE LAH DAILOG TU!




1 comments:

Deena Yasmin said...

sebab laki sanggup bunuh diri ?! curang lak tuh..! kjee, x bleh tahan la dailog p.ramlee tuh... :)ikut hati berbakul2 nak sumpah heee~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...