Thursday, July 14, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 14 JULAI 2011

1. BERITA MENARIK UNTUK 'TETAMU KL'

'HOTEL GELANDANGAN'




KUALA LUMPUR: “Ada yang datang untuk memohon kad pengenalan, ada juga meminta bantuan kewangan bagi membiayai majlis perkahwinan.
“Peranan kami membantu, tetapi tak sangka ada pula yang salah faham,” kata Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Ahmad Daniel Pui Abdul Rahim Pui.

Menurut Ahmad Daniel Pui, Anjung Singgah berfungsi sebagai pusat rujukan untuk membantu golongan yang ‘tersepit’ di ibu kota termasuk tidak mempunyai tempat tinggal dan memerlukan pekerjaan, selain masalah kebajikan untuk dirujuk kepada agensi berkaitan.

Antara agensi terbabit termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Sejak beroperasi April lalu hingga pertengahan Jun lalu, seramai 155 orang mendaftar masuk ke Anjung Singgah dan daripada jumlah itu hanya 11 kes dirujuk ke JKM manakala selebihnya ingin mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal.

Ahmad Daniel Pui berkata, berdasarkan statistik berkenaan seramai 70 penginap mendapat pekerjaan termasuk dalam bidang pengedaran, perkilangan, sektor keselamatan, restoran dan katering.
“Kami sentiasa mengemaskini senarai pekerjaan bagi membantu golongan gelandangan yang mahu membaiki kehidupan mereka terutama lelaki berusia 19 hingga 78 tahun.

“Anjung Singgah hanya menawarkan penginapan sementara kepada golongan berkenaan bukan selama-lamanya, paling maksimum dua minggu sebelum mereka mendapat kerja,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, Anjung Singgah tidak menetapkan sebarang syarat dan bayaran terhadap individu yang memerlukan bantuan termasuk penginapan dan makanan, kecuali mengajukan kad pengenalan dan berkongsi masalah mereka.

Anjung Singgah yang terletak di Jalan Hang Lekiu, di sini, menawarkan tempat penginapan bagi 76 orang dalam satu-satu masa dan makanan disediakan tiga kali sehari sepanjang berada di situ.

Selain itu, Anjung Singgah menawarkan perkhidmatan kaunseling, sesi temuduga untuk mendapatkan kerja, seminar kesedaran dan bengkel pembinaan peribadi sebagai persediaan ke alam pekerjaan.

Selain membantu penginap sedia ada, golongan gelandangan di kaki lima turut diberi makanan percuma setiap Selasa, Rabu dan Sabtu, bermula jam 12 hingga 1.30 tengah hari dengan syarat mempunyai kad pengenalan.

Anjung Singgah turut mengalu-alukan masyarakat luar bandar yang gagal mencari kerja di ibu kota datang ke premis berkenaan untuk mendapat pertolongan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Anjung Singgah boleh melayari laman web www.ykn.gov.my atau hubungi talian 03-20260264 (24 jam). - HARIAN METRO

KJEE: MACAM2 ADA DI KOLUMPO



2. RANCANGAN TV3 UNTUK RAMADHAN

MARIA TAK KISAH BERBADAN GEMPAL





PETALING JAYA: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri mengakui tidak kisah dengan persepsi masyarakat yang mengaitkan saiz badannya dengan ketaksuban dia terhadap makanan.
Kata pengacara yang kini bergelar penerbit program Sarapan itu, dia tidak takut atau bimbang jika berat badannya bertambah selepas terbabit dengan program makanan popular, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) sejak 1999.
"Sejak dulu lagi saya tidak pernah ambil hati atau peduli dengan pandangan orang yang mengaitkan saiz badan saya dengan pemakanan.
"Hakikatnya, saya memang seorang pencinta makanan dan tidak pernah takut untuk mencuba pelbagai makanan kerana ia memberikan kepuasan," katanya kepada mStar Online, Rabu.
Akuinya lagi, walaupun berbadan agak gempal kerana “kuat makan” tetapi perkara itu tidak pernah merunsingkannya kerana tubuh dia masih memiliki potongan dan tidak berdepan masalah untuk berpakaian.
"Walaupun badan saya gempal tapi terus-terang saya masih ada potongan lagi. Ia tidak menyukarkan saya dalam penampilan.
"Hakikatnya, saya tiada masalah untuk menyarung apa juga jenis pakaian di mana kebanyakannya ketat-ketat.
"Tidak pernahlah pula saya memakai pakaian yang longgar hanya kerana berbadan gempal," jelasnya berseloroh.
Dalam perkembangan lain pula, Maria berkata dia bakal mengeluarkan buku terbaru iaituJalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri Edisi Ramadan 2011. - mStar Online
KJEE: ORANG GEMPAL SELALU BAGI ALASAN CAMTU. HEHEHE



1 comments:

nuRuL haNis said...

yg gempal tu lah comel!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...