Saturday, July 16, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 15 JULAI 2011


Nota murid bongkar rahsia cikgu


BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan 
buruk seorang guru di Batu Caves, Selangor.


KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa. 
Untuk berita seterusnya, dapatkan Kosmo hari ini.
KJEE: RISAU RAMAI GURU YANG 'SAKIT' AKHIR2 INI




Buat baik berpada-pada - Zam

KUALA LUMPUR 15 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya mengambil sikap 'buat baik berpada-pada' dalam menjaga kepentingan keselamatan negara.
Sambil merujuk tindakan polis ke atas mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, polis tidak seharusnya berbuat baik kepada mereka yang tidak tahu menilai erti kebaikan.
"Apa yang berlaku ketika perhimpunan haram Bersih baru-baru ini ibarat memberikan bunga kepada kera tetapi dibalas dengan lemparan najis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan polis yang memberi layanan istimewa terhadap mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih dengan dijamu hidangan bufet serta menjalani pemeriksaan kesihatan.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, amat menyedihkan tindakan profesional polis ke atas mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih itu dicemarkan dengan pelbagai pembohongan dan sikap mereka yang lebih mengutamakan kepentingan politik.
Katanya, kerajaan tidak wajar terlalu mengambil kira pandangan pihak tertentu termasuk dunia luar semata-mata untuk memenangi hati rakyat atau menyesuaikan diri dengan kualiti negara global.
Sedangkan dalam masa sama, ujar beliau, kerajaan tidak menilai betapa keyakinan rakyat yang masih menyokong kerajaan terhakis malah, kelihatan seperti kerajaan mengutamakan kepentingan politik berbanding keselamatan.
"Jika bersikap baik pun dikatakan buruk, maka apa gunanya lagi bersikap sedemikian.
"Justeru adalah wajar bagi polis bertindak atas landasan profesionalisme yang terbukti lebih memberikan kesan dan telah menyelamatkan negara ini," katanya.
Zainuddin turut menegaskan bahawa tidak ada di dunia ini kepercayaan bahawa polis dan kehakiman adalah bebas daripada kuasa pemerintahan.
Cuma apa yang perlu diaplikasikan, kata beliau, adalah kebijaksanaan mengendalikannya secara berani, jujur dan berkesan dan bukannya dengan menunjukkan kelemahan yang tidak kena pada masa dan tempatnya.

KJEE: POLIS SAJA KE BIAR BERPADA2, ORANG LAIN MACAM MANA?




Tutup Pusat Hiburan Amaran Awal Untuk Kaum Tionghua
KUALA LUMPUR: Penutupan pusat hiburan pada bulan Ramadan oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS merupakan amaran awal kepada pengundi kaum Tionghua bahawa hak agama lain akan terhakis jika parti pembangkang itu dibiarkan terus memerintah.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tindakan itu umpama penafian secara jelas terhadap hak agama lain di negara ini.
"Kita hormat bulan Ramadan dan akui agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi dalam hal ini, kita tak bersetuju kerana ia berunsur paksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan 2011 Jumaat malam.
Beliau berkata DAP yang selama ini berkempen bahawa PAS lebih memahami keperluan kaum Tionghua, turut tersepit dengan tindakan sekutu mereka itu.
"Di Kedah (adalah) contoh yang jelas menunjukkan DAP tidak mempunyai pengaruh terhadap polisi-polisi atau dasar-dasar yang diputuskan PAS.
"Kita juga dapat bayangkan kalau mereka jadi parti memerintah di pusat nanti, mereka akan tetap bergaduh," katanya.
Beliau berkata penutupan pusat hiburan itu juga bercanggah dengan janji PAS sebelum ini yang kononnya mahu membuat keputusan sama rata untuk semua kaum. BERNAMA
KJEE:  SEGERALAH SEDAR SEBAB NANTI CAKAP TAK SERUPA BIKIN!


1 comments:

noor said...

Salam Kakjee... baca berita sana sini memang rasa marah,duka serta malu. Sisipan atas memang memalukan sebab pihak sekolah tak ambil peka dengan lapuran , sisipan kedua pula semua salah polis...perlu ingat jika polis tak ambil tindakan mungkin sekarang kita dah tukat Pm kot.Ini semua sebab sistem pelajaran sekarang di sek rendah tidak belajar sejarah Malaysia dulu time kita di bangku sek,rendah sudah di ajar perlembagaan serta erti kehidupan masyarakat berbilang. Sekarang nak masuk tingkatan dua baru nak belajar sejarah melaka...malaysia kedah ..ummph terlalu lewat untuk membentuk.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...