Wednesday, July 20, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 20 JULAI 2011


‘Ambil nyawa kami dulu’

Oleh Satiman Jamin, Zattul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.
MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.
KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.
“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.
Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” 
katanya.

Nak tahu lebih lanjut, dapat Metro hari ini.

KJEE: Punya ramai kenalan di kalangan adik2 ni.






Eksport durian sejuk beku ke China






DURIAN sejuk beku mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.


SEGAMAT memang terkenal dengan durian kampungnya hingga mampu menggamit ramai pelancong asing berkunjung ke daerah di Johor itu. "Selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, kami juga pernah menerima kunjungan pelancong dari Korea dan Singapura, yang ingin menikmati keenakan buah durian dalam suasana kampung," kata Ketua Kampung Gelang Chin-chin, Salleh Mohammad. Selain dijadikan produk pelancongan agro, durian tempatan turut dieksport ke luar negara seperti ke Australia, China dan Korea.
Dengan menggunakan kaedah sejuk beku, eksport buah durian ke China bermula bulan ini dijangka bernilai hampir RM4 juta merangkumi penghantaran empat kontena seminggu yang akan diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menurut Ketua Pengarahnya, Ahmad Ishak, buah tersebut akan dieksport pada bulan Julai hingga September kerana ketika itu pengeluaran buah durian memuncak dan sesuai untuk dieksport.
"Setakat ini, Malaysia mengeluarkan sejumlah 300,000 tan metrik buah durian dengan nilai kasar RM1.3 bilion setahun, namun masih tidak mencukupi untuk tujuan eksport. "Durian tempatan juga diakui lebih sedap berbanding durian dari negara lain oleh pegawai tertinggi republik itu termasuk Perdana Menterinya, Wen Jiabao. "Mereka memberi surat rasmi pada 11 Mei lalu membenarkan kita mengeksport durian ke China," kata Ahmad kepada Jurnal. - Kosmo Online
KJEE: Apakah durian tempatan nanti akan berkurangan dan menjadi mahal?



2 comments:

KuNanGKuNanG said...

lbh cantik dari wanita tulen..tp camne status dia ye...?

Ezza said...

saya simpati dengan budak ni..siapa lah kita nak judge dia ni...
dia pun tak mahu semua ini terjadi tapi apa kan daya dia.
semuga dia dan keluarga beroleh ketenangan akhir nya.
thanks kak jee for sharing

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...