Saturday, July 23, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 23 JULAI 2011



Apa dosa anak disimbah asid?

Oleh Rosli Abdul Jalil dan Wan Kemat
bhnews@bharian.com.my
2011/07/23

JIRAN mangsa simbah asid, Rohaisha Hanafi  menunjukkan tempat  kejadian yang menimpa Shafiq Aiman dan Shafiq Haikal, semalam.
JIRAN mangsa simbah asid, Rohaisha Hanafi menunjukkan tempat kejadian yang menimpa Shafiq Aiman dan Shafiq Haikal, semalam.
Ibu merintih, minta polis ambil tindakan tegas perlakuan lelaki kejam

MARAN: "Apa dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian?" kata Rohashima Julaili Mansor, selepas dua anaknya masing-masing berusia 10 dan 13 tahun yang dalam perjalanan pulang mengaji al-Quran parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai jirannya, malam Rabu lalu.
Ibu kepada Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, dan abangnya, Shafiq Haikal ketika dihubungi berkata, beliau sama sekali tidak menduga kejadian malang itu menimpa anaknya yang tidak berdosa.


Beliau juga kesal dan sedih dengan kejadian itu kerana anaknya itu tidak melakukan kesalahan dengan sesiapa, apa lagi bermasalah dengan orang dewasa.

Katanya, pihak Hospital Kuala Lumpur masih belum memaklumkan keadaan sebenar keadaan anaknya tetapi diberitahu kedua-duanya masih belum boleh membuka mata.

“Saya harap polis mengambil tindakan tegas bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya yang bergegas dari Kuala Krau, Temerloh sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian Rabu lalu, kedua-dua beradik terbabit mengalami kecederaan parah pada muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh seorang lelaki berdekatan rumah mereka di FELDA Jengka 9, pada jam 8.30 malam. 
Kedua-dua mangsa yang meraung kesakitan dibawa ke Hospital Jengka sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan masih `berasap'.

Rohashima berkata, keluarganya masih menunggu laporan kesihatan dari hospital dan amat memerlukan ihsan orang ramai jika terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi rawatan susulannya.

Sementara itu, ibu saudara kepada mangsa dua beradik itu, Zafrida Che Sam, 34, berharap kedua-duanya akan pulih dan boleh bersekolah seperti biasa.

“Kedua-duanya adalah pelajar pintar dan aktif di sekolah malah mereka menjadi cucu kesayangan ibu bapa saya iaitu Che Sam Abu, 62, dan Zainab Bulat, 60,” katanya yang ditemui di rumahnya.

Shafiq Haikal, yang juga anak sulung daripada empat beradik itu belajar di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Jengka 12, dan Shafiq Aiman, anak kedua belajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 9.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad, berkata kedua-dua mangsa terbabit akan dibenarkan meneruskan pengajian melalui program Sekolah Dalam Hospital (SDH) bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran.


KJEE: KERAJAAN HARUS KAWAL PENJUALAN CUKA ASID

Polis Tumpaskan Geng Jual Barang Elektrik Curi Ke Afrika
KUALA LUMPUR: Polis mematahkan kegiatan menjual barangan elektronik dipercayai barangan curi ke Afrika berikutan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang lelaki rakyat Nigeria di sebuah gudang di Taman Fadason, Kepong di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kesemua yang ditahan berumur 25 hingga 44 tahun dan yang dirampas adalah pelbagai jenis barangan elektronik seperti radio, televisyen dan komputer pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM200,000.
"Semasa serbuan hasil risikan polis kira-kira pukul 12.30 tengah hari di gudang yang menyimpan barangan elektronik berkenaan, antara enam hingga tujuh lelaki dipercayai warga Nigeria telah meloloskan diri," katanya kepada pemberita di Balai Polis Kepong di sini, Jumaat.
Katanya dua lagi yang ditahan dalam serbuan itu ialah wanita tempatan yang masing-masing merupakan penjaga dan pekerja di gudang itu.
"Mereka (dua wanita) ditahan kerana disyaki bersubahat dan memberi sewa lot tapak di dalam gudang itu," katanya.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati barang-barang elektronik itu dipercayai dibeli daripada penagih dadah hasil daripada pecah rumah serta dibeli di kedai barang-barang terpakai.
Selain barang-barang elektronik, sebanyak 103 kotak mengandungi bedak bayi turut dirampas.
Zakaria berkata bedak bayi ini dipercayai dibeli dengan harga murah dari pemandu lori yang membawanya yang sepatutnya dihantar ke Johor Bahru.
"Pemandu lori yang membawa bedak itu tidak dapat dikesan manakala lorinya pula ditemui di Perak dan dipercayai warga Nigeria terbabit membeli bedak-bedak itu dengan harga murah sebelum dijual ke negara asal mereka," katanya.
Beliau berkata dipercayai mereka telah menjalankan kegiatan itu antara lima hingga enam bulan lepas dan menggunakan perkhidmatan kapal kontena untuk menghantar barang-barang berkenaan ke Afrika. -BERNAMA


KJEE: RISAU TENGOK SEMAKIN RAMAI GAGAK HITAM SEJAK AKHIR AKHIR INI 






Stok ayam, kelapa untuk Ramadan

SERDANG - Agensi-agensi yang terbabit mengimport barangan makanan boleh mewujudkan stok penimbal ayam dan kelapa bagi memenuhi keperluan musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Menurut beliau, langkah itu juga penting untuk memastikan bekalan mencukupi dan tiada kenaikan harga yang boleh membebankan pengguna.
Noh berkata, kelonggaran dan pengecualian khas juga diberikan untuk mengimport kelapa bersabut dengan kawalan-kawalan tertentu bagi tempoh masa ini.
"Saya telah meminta agensi berkenaan agar mesti bersedia daripada sekarang buat stok penimbal ayam dan kelapa. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) juga perlu membuat stok penimbal ayam.
"Dengan ini kita harap dapat memenuhi keperluan musim Ramadan," katanya pada sidang media mengenai kemenangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX) Ke-22 dan Anugerah Bank Pembangunan Islam bagi Sains dan Teknologi 2011 di ibu pejabat MARDI di sini semalam.
Harga runcit ayam (standard) pada masa kini ialah RM8 manakala kelapa kupas (RM2 sebiji) dan kelapa parut (RM5 sekilogram).
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
KJEE: CEPATLAH IMPORT SUPAYA PENIAGA AYAM DAN KELAPA TEMPATAN TERPAKSA STABILKAN HARGA!


2 comments:

  1. kak jee,kejadian simbah asid tu berlaku di kmpung saya..kalau akak nak tgk wajah diaorg ada kat blog saya

    ReplyDelete
  2. sedih betoi bace sal budak kne simbah asid tu..xpasal2 je kne simbah asid..

    ReplyDelete