Wednesday, July 6, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 6 JULAI 2011

1 BERITA MENYAYAT HATI

METRO Online


Sepasang kembar tentung dalam kebakaran



KUALA TERENGGANU: “Cium adik, mak... cium adik, mak...” Itu permintaan terakhir sepasang kembar perempuan berusia tiga tahun kepada ibu mereka, Suriani Sulong, 40, sebelum kedua-dua kanak-kanak itu maut dalam kebakaran rumah keluarga mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Durian Mas, Manir di sini, semalam.
Tragedi menyayat hati menimpa Nur Fatin Farzana Hamid dan Nur Fatin Farzanah itu membuatkan orang ramai menyaksikan kejadian berkenaan tidak dapat menahan kesedihan sebaik anggota bomba dan penyelamat membawa keluar mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan.

Mayat dua beradik itu ditemui di atas timbunan pakaian yang hangus di bilik tidur rumah diduduki keluarga mereka sejak sembilan tahun lalu.


Suriani berkata, dia tidak menyangka sikap dua anaknya yang berkali-kali meminta dia mencium mereka ketika hendak keluar ke tempat kerja pada jam 8 pagi semalam membawa petanda kedua-duanya akan pergi buat selama-lamanya.
(UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT, BELI HARIAN METRO HARI INI)



2. BERITA MELEGAKAN 



 PUTRAJAYA 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia bertemu dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi membincangkan hasrat pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium berbanding di jalanan sebelum ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, keputusan Bersih membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini adalah tepat kerana mampu mengelakkan kejadian yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara.
''Kita bersedia berjumpa dengan pihak berkenaan supaya perhimpunan diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman, berhimpun dengan aman dan balik dengan aman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Urus Tadbir Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk tidak mengadakan sebarang demonstrasi jalanan.
Ini kerana, tegas beliau, jika berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti tercetus huru-hara, kerosakan harta benda atau kecederaan membabitkan mana-mana individu dalam perhimpunan haram, pihak penganjur perlu dipertanggungjawabkan.

(BELI UTUSAN MALAYSIA UNTUK CERITA PENUH)


3. BERITA PALING LUCU

Sepasang suami isteri dari Hubei, China, yang berusia awal 30'an masih tidak tahu hubungan intim suami isteri perlu untuk isteri jadi mengandung. Kedua2nya yang kelulusan tinggi Universiti fikir hanya dengan 'tidur satu katil tanpa sentuhan lebih jauh' boleh menyebabkan si isteri mengandung.

Lantas mereka berjumpa doktor untuk mendapat pengesahan. Dan doktor terkejut apabila mengetahui pasangan itu hanya fikir dengan berkucupan dan memegang tangan sahaja, isteri boleh mengandung!!

A HIGHLY educated couple, in their 30s from Hubei, China, thought that the wife would get pregnant by sleeping on the same bed, Sin Chew Daily reported.
Prior to their marriage, the couple did not dare hold hands and kiss as they thought the woman would get pregnant by doing so, reported a China newspaper Chu Tian Jin Bao.
However, the couple decided to seek medical advice after the wife, who holds a masters degree, could not conceive.
They have been married for three years.
The doctor was shocked to learn about their “sex life”.
The husband, who has a doctoral degree, said they were too focused on their studies. - the Star Online.

6 comments:

  1. berita 1:sebak dan mengalir air mata ketika membaca.
    berita 2:amin
    berita 3:kah kah kah..teringat saya masa umor 18 thn fikir,baby kuar ikut bontot...adoi,lgsg xmasuk otak ms belajar sains.ikutkan balik bodohnya saya.tp zaman skrg?takut tengok bdk sek rendah pun dah ter over terror.

    ReplyDelete
  2. pagi tadi tertanya2 kenapa mcm x nmpk jer new n3 kjee utk harini... x smpi 1/2 jam da ade n3 baru... smg kjee pjg umur & dikurniakan kesihatan yg baik... :)

    ReplyDelete
  3. Ader juga orang zaman skrng nie yang masih tak tau camane nak buat anak kan?? macam tak pecaye pun ader.. Hehehehe.. macam dulu2 plak mak bapak kita pesan dulu2 x leh dekat pompuan dgn lelaki nnt perut pompuna kembung masuk angin.. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. lawak part cerita paling lucu....
    belajaq punya la tinggi...haruuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. hehehe..pelik gak ya..tapi cam tak logic pulak sbb benda tu kan cam auto..x pandai camno pun kl dah sekatil mmg akan leads to that..kekeke..nway masa kecik tanya mak..baby kuar kot mana..mak kata kot pusat puas membelek pusat dan fikir camno baby besau nak kuar kot c2..hahaha love kjee..suzi fauzi

    ReplyDelete
  6. sy baru tbaca entry kak jee arini:

    berita 3 - (sy ala2 komentar pertama) sy nikah masa umo 21tahun, tahun 1988. masa tu sy ingat *tuutt* ikut b*****. husband saya gelakkan. itu satu hal.

    then bila nak bersama 1 hal lagi. nangis ketakutan sbb tgok *ehem* lelaki mbesar mcm tu, sedangkan 'rongga' yg nak masuk tu kecik jeks, tanpa duga sebenarnya boleh membesar ikut saiz lelaki.. 2 minggu baru 'achieved'!! sbb asyik nangis ketakutan..aduhai!

    ReplyDelete