Saturday, July 30, 2011

"SAYA RELA MATI...ALLAH SWT MENJEMPUTNYA'


KJEE COPY PASTE KISAH INI DARI BLOG MAZIDUL AKMAL SIDEK.

Dia dilahirkan berjantina lelaki dengan nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Dua tahun lalu dia dilapor melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dan kemudian mencuba menukar namanya kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi Terengganu namun ditolak pada 18 Julai lalu.



Mohd Ashraf, 26 tahun, meninggal dunia jam 5 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Rakan memaklumkan, jenazah Mohd Asraf masih berada di hospital terbabit sewaktu tampalan ini ditulis. Ramai wartawan media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menunggu pekembangan berita di hospital sama.

"Ayah dia khabarnya akan merujuk kepada pakar agama untuk prosedur pengkebumian tetapi apapun jenazah akan dikebumikan di Seberang Takir," ujar rakan.

Saya kemudian merujuk kepada kenalan, arif perihal agama.

"Lazimnya, dia harus dikebumikan sebagai lelaki kerana dia dilahirkan lelaki. Kes ini berbeza berbanding kes bekas pengarah filem, Yasmin Ahmad. Yasmin dilahirkan sebagai khunsa, memiliki 2 alat kelamin, lelaki dan wanita. Saya difahamkan, arwah Yasmin juga mendapatkan surat pengesahan dariada bekas Mufti Selangor, arwah Datuk Ishak Baharum sebelum bernikah. Jadi bila dia meninggal dunia, dia dikebumikan sebagai perempuan," ujarnya.



2 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah, Takziah pada keluarga arwah. Kami turut simpati.

Lunia said...

Tu lah kan ..kite kata2 nie kena jaga..ia sebahagian dari doa...Mana tau masa tu Malaikat aminkan..harap Allahyarham sempat bertaubat...Al-Fatihah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...