Sunday, July 31, 2011

TENGAH SENARAI COOKIES UNTUK RAYA TAHUN NI ATAU...



Selalunya apabila tiba bulan puasa, semua pening kepala fikir nak buat biskut raya apa. Saban tahun, year in year out, asyik buat yang sama. Nak try resipi baru bukan tak berani tapi takut buang masa dan membazir wang dan tenaga.

Maklumlah bahan2 mentah nak buat biskut bukannya bertambah murah. So daripada mengambil risiko, baiklah buat yang sama seperti tahun lepas. Tetapi alangkah kecewanya apabila anak2 kata :" Isyhh mama ni tak kreatiflah! Biskut yang mama buat ni, kita dah makan sejak dulu lagi. Buatlah cookies zaman ini!"

Pedih. Masa tulah baru nak mengelabah bukak buku resipi..sekarang ni dah canggih...bukak internet, cari kat blog masakan dan sebagainya. Itulah ego sangat kan? Ingatkan biskut2 yang kita buat selama ni dah cukup baguslah. Bila anak2 mula tegur, hmmm.

Ini fav Nadia..kena buat

Apa biskut zaman dulu2 hah? Kalau kat umah emak dulu yang femes sangat ialah biskut dam, biskut sultana, biskut kerang, kuih bahulu, kuih bakar kemboja, kuih tart dan dodol. Biskut dam? Adoii suka sangat tapi malas sangat nak buat sebab renyah.

Kat rumah Kjee pulak..yang menjadi favorite ..tart nenas, biskut Arab...eh apa lagi hah? Yang lain semua biskut tunjuk.

Tadi masa makan tengah hari, Kjee bagitau Nadia tahun ni tak nak buat biskut suji lagi sebab dah boring. Tahun ni mama nak buat semua biskut baru. Alasan Kjee bagi tak nak buat biskut suji sebab minyak sapi mahal. Hari tu Kjee dah borong beli 10 ketul butter Anchor. So tahun ni semua biskut guna butter.

Ini fav Kjee ...pun kena buat

Berubah muka Nadia. Pendek jer dia cakap. "Mahal sangat ke minyak sapi. Sampai RM100 ke se tin?" Pengsannnn. Kata2 Nadia itu bermaksud, Mama jangan nak pandai2 tak nak buat biskut suji tahun ni. Okaylahhhh...biskut suji masuk balik dalam senarai yer.

Apa agaknya korang ingat rahsia Kjee bila nak buat biskut Raya? Guna bahan2 premium atau yang mahal2 supaya boleh ekkk kat jiran2? No no no? Buat sampai 15 hingga 30 jenis biskut mengalahkan bakeri? Bukan Bukan Bukan!

Ini rahsia Kjee. Kjee hanya akan buat di minggu akhir Puasa. Sebab? Kalau tidak, setiap kali berbuka, Unclepali dan Nadia akan ngapp situ dan ngapp sini. Kalau buat awal2, tak ke tinggal serdak je di pagi Raya. Nak marah tak sampai hati kan? Kahkahkah.

Korang tengok tak berapa jenis biskut yang Kjee dah senaraikan/shortlistkan? Korang ingat tercapai ke hajat Kjee nak buat semua? Hahaha poyo jer. Dapat buat separuh daripada tu pun dah nasib baik.

(Kjee plan nak buat Biskut Kelapa dan Biskut Suji Puteri Manja, Biskut Cornflakes Ummi Kuantan, Biskut German dan Biskut Mazola Ijayuji Bangkok,  Chocolate Chip Cookies Dr Ina Harlina dan dua biskut Kjee iaitu Tart Nenas Nyonya dan Biskut Bunga Cina. Lihat gambar2 diatas. Nak resipi mereka tengok link kat bawah sekali yer)

Tapi apa salah simpan cita2 kan?

Alternatifnya...jeng jeng jeng.

Seandainya, Kjee tak sihat dan tak dapat nak buat biskut Raya, Kjee dah congak2. Kat Facebook Kjee ada dekat 4,000 friends. Kat Blog ada dekat 1,300 followers. Semuanya dekat 5,300 friends. Kalau sorang sedekah 10 biji atau sebalang kecik maknanya Kjee dapat berapa banyak daaaaa biskut Raya!!! Yahhooo YaaBedapbedddu!!

Kenapa korang jeling jer? Korang tak kesian ke kat Kjee. Kjee bukannya sihat. OKU. Pergi mana2 naik kerusi roda....pastukan...Kjee ni anak yatim piatu...pastu...hukhukhuk

Ala Kjee gurau jer tau. Tapi kalau nak bagi, kecik tapak tangan Stadium Bukit Jalil Kjee tadahkan. Kalau sesapa nak, nanti Kjee bagi alamat surat menyurat yer!!! Hantar le seminggu sebelum Raya. Kjee ni memang telus dan tak suka sembunyi2 kalau bercakap. Gurau pun gurau tapi kalau nak bagi biskut, sumpah Kjee tak tolak. Hehehe.

(BAGITAU AWAL2 KALAU NAK BAGI SEBAB NAK CLEAR BILIK SETOR NAK SIMPAN KUIH RAYA KORANG!)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

SOURCE GAMBAR2 COOKIES:
TERIMA KASIH/THANK YOU KEPADA:
1. http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com (cornflakes cookies)
2. http://kurniaanmu.blogspot.com (german cookies & biskut kacang mazola)
3. http://myinahar67.blogspot.com (choc chip cookies)
4.puteri manja (di facebook) (biskut kelapa & biskut suji)

8 comments:

CtiE zAr said...

kjee nak ker saya bg popia nestum? hihihi tu je saya pandai buat..

Kjee said...

hehehe CtiE zAr..ingat Kjee serius ker? eh mmg serius pun. kahkahkah. kalau nak bagi, alhamdullilah!!! rezeki rezeki hahaha

MAK TEH said...

kalu kjee rasa biskut yg makteh wat,mesti selop kjee gelak tau..x pandai buat la.tiap tahun pandai tunjuk je.selamat berpuasa kjee n family.

noorazian mohd. noor said...

kak jee.... thn ni..biskut tunjuk jer... coz assignment x habis wat lagi.... kalau wat pun, biskut makmur jer....

noor said...

haha kakjee memang lucu ...tapi betul juga apa yang kjee tulis nie satu orang bagi satu tin maka penuhlah bilik kakjee. Hi rezeki jangan di tolak kan. Kakjee tau tak kekadang kita plan nak buat lima enam jenis saja...last last kira bukan 6 dah jadi bebelas jenis. Tapi semuanya satu dua adunan la.Bebaloi kakjee dah angkut butter awal awal sbb selalu habis stok. Saya pun skg rasa was was nak beli jenama tong (golden churn) dengar kata tak halal tapi saya tak 100% pasti lagi.

mala said...

mak mala baru ja pesan suruh buat biskut kacang utk dia. resepi asal tradisi Penang (mungkin resepi kaum cina) menggunakan minyak kacang tapi kat KL ni mala tak tau mana nak cari minyak kacang so ganti dgn Mazola. Ramadhan mubarak to you & family!

nineynur said...

salam ramadhan,,nak cuba resepi kjee tat nenas bulat2 tu,,nyum2

pia said...

"banyaknya kak jee..saya buat 3,4 jenis jer..yg lain tu kuih2 goreng jer..heee,kerepek ubi pedas atau rempeyek ker..kacang2 jgn lupa...slmt berpuasa utk kak jee dn keluarga.."

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...