Saturday, July 2, 2011

UBI KAYU GORENG



Mula ingat nak rebus. Tapi malas pulak. So pagi tadi goreng jer. Mudahkan kerja sebab lepas tu nak buat lauk Tempoyak Pucuk Kayu untuk lunch.

Oleh kerana pagi tadi agak kenyang bekfas dengan ubi goreng, Kjee terus dera Unclepali dan Nadia tolong kopek durian nak buat tempoyak. Itu citer lainlah.

Ubi kayu memang cukup versatile. Boleh rebus, boleh goreng, boleh disambalkan, boleh disira dan boleh dijadikan getuk ubi. Ubi kayu kata arwah mak makanan ruji masa Jepun memerintah Tanah Melayu dulu. Dia orang sagat dan masak macam nasi. Nasib baik Kjee tak tempoh zaman tu. In other words nak telling you all, Kjee ni masih muda lagi. Kahkahkah.

Kjee jarang beli ubi kayu. Kjee tak reti nak pilih. Dulu kalau balik kampung arwah bapak Nadia, nenek dia selalu cabut ubi kayu belakang rumah dia di Batu Pahat. Rebus dan makan dengan sambal. Bila Kjee try beli ubi kat KL, rasa tak sama macam ubi kampung jadi terus tak selera lagi nak beli.

Pagi tadi, Kjee buang kulit, belah2 enam setiap potong, rendam sekejap dalam air garam dan goreng. Ada kawan Kjee lumur dulu dengan bawang putih tumbuk sebelum goreng. Jadilah ia Ubi garlic.

3 comments:

  1. Assalamualaikum akak...
    sedaaapnya ubi kayu goreng tu akak... dah lama x makan dah.. cicah ngan sambal tumis sedap nie kan akak..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak ubi goreng, makan dengan sambal tumis ikan bilis.. aduh sedapnya. Now ni mana nak cari ubi petang-petang ni? :)

    ReplyDelete
  3. ubi goreng ni makan panas2 sedap juga...saya selalu lumur dengan bawang putih tumbuk, garam dan sedikit kunyit..simpan kejap...perghh sedap kalau cicah sambal ikan bilis

    ReplyDelete